Mungkin artikel yang Kickdeffa menyerang TGNA, saya adalah orang pertama melihatnya dalam 'masterblogger'. Ini kerana artikel beliau keluar dalam 'masterblogger' ialah 25 saat baru berada dilaman web.
Tetapi saya tidak membaca penuh artikel beliau disebabkan kesihatan saya yang tidak boleh membaca dan menangkap serangan beliau itu.
Walau bagaimana pun saya cukup tahu akan permusuhannya dengan TGNA begitu meluat-luat. Saya tidak mampu untuk menyerang balik akan artikel beliau itu.
Bukan saya tidak berani, tetapi saya tidak mampu untuk menulis dalam kesihatan yang amat serius.
Walau pun begitu, saya amat yakin dengan blog-blog penyokong tok guru seperti Kayu Kelat, Albanjri, ahlifikir2, Manjadda, Penembak babi, Freezone Terengganu, Apa Bro, Ali Zidan, Alhusseyns dan ramai lagi yang tidak dapat saya sebutkan disini. Tidak juga buat AdukaTaruna yang membuat laporan berkaitan kes ugut bunuh TGNA..... Syabas.
Sebenarnya kita masih lagi ada blogger-blogger yang bangun dengan penuh semangat untuk berhujah dengan 'Blogger Celako' ini. Untuk ingatan semua, blog-blog inilah yang selalu dihentam dan dicaci maki berkaitan isu UG dan Edongen. Jika dalam diri dah beristikhomah untuk ISLAM, lantaklah kamu nak maki hamun ke, nak mencarut ke, langsung tidak berbekas dalam perjuangan kami.
Diharap saudara-saudara akan terus berjuang selagi pemimpin kita tidak berpaling tadah, bab ni susah sikit nak kata pasal payah sangat MP/ADUN PAS nak melompat parti. Seandainya saya mempunyai kekuatan dan sihat, pasti saya akan menulis setiap hari untuk mempertahan dan menyerang Umno/Bn/APCO................... Tunggulah bila saya sihat nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan