SAUDAGAR Dari Venice mengisahkan nasib seorang ahli perniagaan selepas dia gagal menjelaskan hutangnya kepada seorang peminjam wang Yahudi.
Mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh peniaga dan peminjam wang itu, jika hutang tidak tidak dapat dilunaskan pada waktunya, si peminjam hendaklah membayar dengan dagingnya sendiri.
Oleh kerana terlalu memerlukan wang, saudagar itu bersetuju tanpa berfikir panjang.
Dia yakin dapat menjelaskan hutangnya itu. Malangnya apabila tempoh pinjaman tamat, saudagar itu gagal menjelaskannya. Hutangnya menjadi banyak selepas ditambah wang bunga.
Saudagar itu menjerit takut apabila teringatkan perjanjian yang dibuatnya. Dia terpaksa membenarkan daging di tubuhnya dipotong untuk diserahkan kepada peminjam wang Yahudi itu.
Saudagar itu hampir berputus asa tetapi tiba-tiba dia teringatkan seorang hakim yang terkenal bijak di kota Venice. Mungkin hakim itu dapat membantu, fikirnya.
Dia kemudian membawa peminjam Yahudi yang kelihatan tidak sabar untuk melapah dagingya, berjumpa hakim.
Di depan hakim, kedua-duanya pun menceritakan kisah masing-masing. Hakim kemudian membenarkan Yahudi itu memotong daging saudagar yang ternyata terkejut besar dengan keputusan itu.
Sebaik saja si Yahudi mengacukan pisaunya ke tubuh saudagar itu, hakim itu menjerit: “Kamu boleh ambil dagingnya tetapi kamu tidak boleh ambil setitik pun darahnya. Mengikut perjanjian, kamu hanya berhak ke atas dagingnya tetapi tidak disebut langsung pasal darah!”
Si Yahudi terpinga mendengar jeritan hakim. “Mana mungkin aku lapah dagingnya tanpa menumpahkan darah?” fikirnya.
Akhirnya, peminjam wang Yahudi itu terpaksa pulang dengan tangan kosong.
Semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu tempoh hari, PM Najib Razak membuat perjanjian dengan pengundi dalam bentuk kata-kata yang berbunyi: “I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me.”
Jika peminjam wang Yahudi membuat perjanjian dengan saudagar kekurangan dana, Najib membuat perjanjian dengan pengundi. Jika Yahudi gagal dapatkan daging si saudagar, nasib Najib juga sama, dia gagal mendapatkan kemenangan di Sibu.
Jika peminjam Yahudi gagal mendapatkankan daging manusia diidamkannya kerana faktor darah, Najib gagal untuk mendapatkan kemenangan untuk Robert Lau Jr, daripada Sarawak United People’s Party (SUPP) kerana terpesongnya perjanjian beliau yang berbunyi “I help you, you help me” (Saya tolong awak, awak tolong saya).
Ya, Najib mahu tolong penduduk Sibu, tetapi wang dan dana peruntukan yang mahukan diberikannya itu bukan daripada poket beliau atau Barisan Nasional atau SUPP tetapi adalah daripada kerajaan Persekutuan. Buktinya semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebelum ini, pada cek RM3 juta yang diberikan kepada Sekolah Cina Rasa jelas tertera perkataan KERAJAAN PERSEKUTUAN. Jadi “I” (saya) yang digunakan Najib, tidak ‘valid’ (sah), kerana wang yang ditaburkannya adalah wang KERAJAAN bukan daripada poketnya sendiri atau wang Barisan Nasional.
Apabila wang kerajaan yang sebenarnya hak RAKYAT digunakan sesuka hati oleh seseorang individu, maka tidak wujud perjanjian antara Najib dengan pengundi Sibu. Sewajarnya wang rakyat yang diperolehi daripada semua rakyat tidak kira parti sokongan mereka, juga dikembalikan kepada rakyat tanpa mengira ideologi masing-masing.
Namun apa yang mahu dilakukan Najib, wang rakyat itu mahu diberikan kepada orang yang dipercayai mahu menyokongnya saja. Apakah ini bermakna orang yang dirasainya tidak menyokong beliau, tidak akan merasai langsung wang atau faedah pembangunan daripada wang itu? Kalau demikian tidak payahlah orang tidak menyokong Barisan Nasional membayar cukai kerana faedah daripadanya tidak diperolehi mereka. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana semua rakyat kena membayar cukai jika sudah cukup syarat-syaratnya.
Satu perkara lagi yang menyebabkan Najib dan konco-konconya gagal ‘memakan’ daging penduduk Sibu adalah kerana ‘perjanjian’ itu membabitkan Najib dan mereka, langsung tidak disentuh akan calon daripada SUPP itu.
Najib berkata “I help you, you help me.” Ya sesetengah pengundi Sibu yang baik hati, yang termakan budi mahu menolong Najib, tetapi bagaimana pula ya, sebab muka Najib tidak ada pula pada kertas undi. Yang ada hanyalah wajah Wong Ho Leng daripada DAP, muka Robert Lau Jr (SUPP) dan gambar Narawi Haron (Bebas).
Mungkin sesetengahnya berkata: “Kami mahu pangkah ‘you’ Najib, tapi ‘sorrylah’ muka awak tak ada!” Maka kempunanlah Najib, hajatnya tidak kesampaian di Sibu. Harap-harap beliau dan konco-konconya akan kempunan lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti!
(Roslan Harun)
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Salam Pencerahan Dahi! Bila wa tahu berita yang Adoka mendapat 'sentuhan' lembut dan berlaku kekecohan di masjid Rhusila ari Jumaat...
-
Apabila memperkatakan tentang Noordin Mat Top dan juga Dr. Azhari iaitu penjenayah, pengganas atau hero. Apapun kita patut mengucapkan takzi...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Ramadhan Mula melabuhkan tirainya setelah sebulan berpuasa kita mula merayakan hari kemenangan selepas menahan lapar dan dahaga. Syawal mula...
-
Tan Sri Tony Fernandes lewat petang ini menafikan beliau akan melepaskan jawatan sebagai ketua AirAsia dalam waktu terdekat, sebaliknya mene...
-
Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadakan siasatan awam berhubung insiden seorang k...
-
Krisis Istana Kelantan bukan satu perkara yang baru kerana ianya sudah bermula semasa Ku Li menubuhkan parti Semangat 46. Pada 29.0...
-
Namewee diberi layanan VVIP di Parlimen oleh Nazri Nazri harus dikeluarkan dari senarai Menteri jika tidak BN kehilangan hampir 4 j...
-
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara ‘songsang' semasa memimpin orang Mel...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan