Translate

Selasa, 26 Oktober 2010

Dun Galas : Muhyiddin Emosi, Cuba Tutup Janji Manek Urai.


.
PAS mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidn Yasin yang mengatakan "Kalau hendak harapkan PAS, seperti menunggu bulan jatuh ke riba" sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di Manek Urai.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas yang hanya bersebelahan.

"Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai.

"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.

"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.

Muhyiddin didakwa berkata demikian sewaktu sidang media selepas pengumuman calon BN bagi PRK Galas, di Gua Musang semalam.

Tambah Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu juga seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," tambahnya lagi.

Muhyiddin juga jelasnya seperti membuka pekong sendiri apabila menuding kepada PAS Kelantan sedangkan rakyat Sabah di bawah pemerintahan BN selama 50 tahun, masih tidak terbela.

"Sabah di bawah umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah. 


(Malaysiandigest.com)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular