GUA MUSANG, 25 Okt: Menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Galas, esok, kini kedua-dua parti sedang bersiap sedia mempamerkan kekuatan menjelang perarakan.Bandar Gua Musang yang terletak hampir 200 kilometer dari Kota Bharu dan 300 kilometer dari Kuala Lumpur mulai dilimpahi manusia. Ramai yang tidak dikenali kelihatan di sana-sana. Biar pun hari penamaan calon agak luar biasa kerana diadakan pada hari bekerja, namun ia tidak menghalang kedatangan tenaga kempen dari luar. Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersebut dianggap banyak pihak sebagai tidak mesra pengundi. Mengambil kira hari mengundi juga jatuh pada hari bekerja, kerajaan negeri menjadikan 4 November ini sebagai cuti umum di Kelantan. Manakala petugas parti di kalangan penduduk tempatan dan pembantu dari luar mulai memasang sepanduk dan lambang parti di kawasan mereka malam sehingga awal pagi tadi. Semalam juga berakhir teka teki siapa calon Barisan Nasional (BN), apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof. Pengumuman itu mengiyakan telahan yang dibuat banyak pihak sebelum ini, orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon bagi meneruskan cabaran merampas semula Dun Galas. “Nampaknya usaha Ku Li untuk memastikan orang kanannya diberi tempat benar-benar menjadi kenyataan. Saya juga diberitahu Ku Li memberi kata dua itu kepada pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur. “Difahamkan Ku Li hanya menerima pelantikan sebagai pengarah jentera pilihan raya BN sekiranya calon dipilih atas kehendaknya,” kata seorang aktivis Majlis NGO Kelantan. Beliau juga mendakwa Ku Li menolak cadangan banyak pihak dalam Umno untuk memberi peluang kepadanya sebagai calon di Galas. Katanya Ku Li sudah melihat dari awal lagi pengaruhnya tidak mampu lagi menarik simpati pengundi di Galas. “Ku Li sudah tidak ada apa-apa kuasa dan kedudukan dalam Umno sekarang. Jadi sekarang tidak ada apa-apa yang mampu beliau janjikan kepada rakyat Galas. “Lagi pun rakyat Gua Musang kenal siapa Ku Li. Kalau tanpa ada Kesedar yang bertanggungjawab membangunkan kawasan hulu Kelantan, tiada projek besar yang mampu dilaksanakan kerajaan pusat,” ujarnya lagi. Muhyiddin juga seperti tidak serik apabila terus menabur janji ketika janji 2009 di Manek Urai belum membuahkan hasilnya. Jambatan yang menyeberangkan Sungai Lebir di Kampung Manek Urai lama belum kelihatan selepas lebih setahun pilihan raya Dun berkenaan berlalu. Semalam tiba-tiba Timbalan Presiden Umno itu mendakwa kerajaan pusat memperuntukkan RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kata beliau rumah itu untuk disewakan dan dijual kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah. “Projek PPR ini adalah satu nikmat besar kepada rakyat di Gua Musang, kalau nak tunggu kerajaan negeri melaksanakannya, ia adalah sesuatu mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. |
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Selasa, 26 Oktober 2010
Dun Galas : Ku Li Dapat Kesemuanya Di Galas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”. Demikian tutur Menteri Besar Ter...
-
Nampaknya Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat terlalu ghairah berpolitik sehinggakan sanggup menepikan dasar parti PAS kerana mengeluarkan ken...
-
Salam Ku Yem, kalau tak silap ana, hanya elaun sultan saja yang dikecualikan dari cukai pendapatan. Bilakah kali terakhir anta bayar tax...
-
Anda meminati kereta-kereta mewah?. Tak dapat miliki........ dapat naik dah kira nasib baik. Tak dapat naik........ dapat sentuh pun ok...
-
Dipetik Oleh : setiaPemuda Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang...
-
IMEJ yang disiarkan stesen televisyen Al-Masriya menunjukkan Kabinet baru mengangkat sumpah di depan Hosni Mubarak di Kaherah semalam. ...
-
(Majlis Tun Dr Mahathir dan Ustaz Azhar di Putrajaya malam tadi) PUTRAJAYA: Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicar...
-
11.00am: Jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 28.59 peratus atau 7,313 orang. 10.55am: Hujan renyai-renyai di sekitar pusa...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan