Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 4 November 2010

Batu Sapi : Pengiraan Undi Bermula.


4.00pm: Pusat pengundian di SK Segaliud pula, yang mempunyai 785 pengundi ditutup, manakala yang lainnya akan ditutup pada jam 5 petang.
3.00pm: Pengiraan undi di SK Tronglit di Pulau Timbang, satu daripada 12 pusat mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi hari ini, sedang dijalankan sebaik pengundian melibatkan 984 pemilih berakhir.
NONEPegawai pengurus pilihan raya, Mohamad Hamsan Awang Supain, memberitahu bahawa apabila pengiraan selesai, undi itu akan dibawa dengan bot ke pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Sandakan.
Dengan berbaki dua jam lagi, jumlah yang keluar mengundi dilaporkan masih rendah. Perangkaan rasmi SPR menunjukkan jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 52.06 peratus atau 13,318 undi.
2.00pm: Jumlah pengundian kini adalah 46.42 peratus atau 11,876 orang.
Proses membuang undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi berjalan lancar setakat ini, namun jumlah pengundi yang menunaikan kewajipan mereka masih kecil, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
NONE"Diharapkan lebih ramai akan keluar mengundi selepas ini bagi mencapai sasaran 75 peratus," katanya.

Menurut Abdul Aziz, waktu pagi didominasi pemilih warga emas, manakala jumlah pengundi muda yang membuang undi hanya meningkat selepas 11 pagi.
1.45pm: Jumlah pengundi yang keluar dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi setakat jam 1 tengahari ialah 41.06 peratus atau 10,505 orang.
12.40pm: Lebih kurang 100 penyokong BN di luar sebuah lagi pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi - kawasan yang majoriti pengundinya bumiputera - masih lagi menunggu. 
NONEMereka membawa sepanduk Tsen dan Najib sambil melaungkan “Hidup BN!” Namun penyokong PKR yang diketuai oleh exco Wanita Felicia Ling yang membawa sepanduk Ansari tidak memberi tindakbalas dan suasana dilaporkan tenang. Tiada ketegangan di antara kedua-dua kumpulan.
12.00pm: Seramai 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.
11.10am: Datuk Yong Teck Lee tiba dan bersalaman dengan pekerja SPR dan juga pengundi.

Bekas ketua menteri itu juga kelihatan tenang dan ceria.
NONEKatanya, jumlah yang keluar undi sebanyak 23 peratus setakat jam 10 pagi tadi dianggap perkara biasa.

"Jumlah peratus yang tinggi akan beri saya keutamaan yang lebih.”

Menurut Yong lebih ramai pengundi yang berusia keluar melaksanakan tanggungjawab mereka berbanding pengundi muda.

Yong berjumpa dengan ketua MCA Sabah, Edward Khoo. Mereka kelihatan mengadakan perbualan yang mesra dalam dialek Hakka.

MK
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular