Translate

Khamis, 4 November 2010

Dun Galas : BN Dahului, Ramai Lagi Tunggu 'Habuan Politik'

Lebih separuh daripada pengundi di Galas masih menyembunyikan pendirian politik mereka dan mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap "tawaran politik" daripada kedua-dua parti bertanding PAS dan BN.

Menurut kajian terkini sebuah firma penyelidikan bebas, golongan tersebut mewakili 54.1 peratus daripada 11,553 pengundi di DUN itu.

"Jumlah peratusan sebanyak 54.1 peratus ini juga dilihat menyediakan peluang terbuka kepada kedua parti ini untuk berusaha meyakini dan memenangi hati pengundi untuk parti masing-masing menang dalam pilihan raya ini," ringkasan kajian oleh Ilham Centre itu dipetik.

Sementara itu, kajian mengenai sikap dan kecenderungan pengundi itu juga mendapati 22 peratus daripada 486 respondenMelayu dan Cina di semua unit peti undi Galas menyokong BN.

Manakala PAS pula hanya mendapat 15.6 peratus sokongan sahaja.

Daripada aspek personaliti, kajian yang dibuat antara 29 hingga 31 November 2010 itu merumuskan, calon PAS Dr Zulkifli Mohamad lebih dikenali kerana pernah bertanding di peringkat parlimen itu dalam pilihan raya lepas.

"Namun begitu, calon Umno/BN mengekori rapat dengan 56.7 peratus popular di kalangan pengundi," demikian menurut kajian Ilham Centre.
Bagaimanapun, masalah tanah sebagai isu utama dan infrastuktur tidak lengkap didakwa masih "membelit" kempen parti Islam itu setakat ini.

Dalam dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa isu pemilikan tanah agak kritikal dibangkitkan oleh pengundi terutama di Daerah Mengundi Kampung Pulai, Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah.

"Merujuk kepada isu tanah, di Kampung Pulai misalnya, permintaan pengundi Cina Peranakan terhadap status tanah yang diterokai mereka masih belum jelas status hak milik menyebabkan pendirian politik mereka agak dingin. 

"Ini sedikit memberi tekanan dalam kempen PAS, kerana pengundi di sini ingin melihat penyelesaian konkrit dalam permasalahan ini," laporan itu dipetik.

Dapatan lain dalam kajian itu seperti berikut:

  • Faktor parti memainkan peranan terbesar mempengaruhi undi (31.5 peratus)
  • Kelebihan jentera BN pada sumber kewangan yang besar (75.5 peratus)
  • Kelebihan jentera PAS pada jentera yang komited dan agresif (68.8 peratus)
  • Gagasan 1Malaysia ialah isu nasional yang boleh mempengaruhi undi (39 peratus)
  • Isu pemilikan tanah iala isu nasional yang boleh mempengaruhi undi (56.5 peratus)
  • Televisyen merupakan sumber maklumat utama pengundi (56.5 peratus)
  • Kempen paling berkesan adalah ziarah rumah ke rumah (76 peratus)
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Ilham Centre ditubuhkan pada 2006 dengan tumpuan penyelidikan berasaskan kajian lapangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan dan kajian dasar dengan mengambil kira pendekatan penyelidikan akademik.



Malaysiakini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular