Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 9 November 2010

Sejarah Wajib Lulus : Bekas Sultan Kelantan Kena Ambush..... Salah siapa????

DS Najib berbohong kepada rakyat Malaysia apabila menyatakan bahawa pindaan Perlembagaan yang berkaitan hak orang Melayu/Bumiputera tidak boleh diusik oleh mana-mana pihak kerana Raja-Raja Melayu masih ada peranan sebagai benteng.

Gambar-gambar dibawah menunjukkan bagaimana bekas Sultan Kelantan dilayan oleh Unit Tindakan Khas Polis (UTK). Apakah ini yang dimasudkan oleh beliau akan kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu?. Kejadian yang amat memalukan itu tidak boleh disalah kepada Polis semata-mata jika tiada tangan-tangan ghaib yang mengarahkannya.

Jika Paduka Sultan sendiri diperlakukan sebegitu rupa, adakah lagi tempat untuk rakyat boleh mengadu. Selepas pindaan Perlembagaan dibuat pada 10 Disember 1992 oleh mantan PM Tun Mahathir, maka pemimpin Umnolah menjadi 'Raja Yang Bermaharajalela'.










Bahagian Perlembagaan yang disebut-sebut akan dipinda adalah Perkara 181(1) yang menyebutkan bahawa “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.” Mengikut peruntukan ini, adalah sukar bagi kerajaan Barisan Nasional untuk meminda Perkara 66 (4) Perlembagaan Malaysia yang berbunyi “Yang Di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa 30 hari selepas sesuatu rang undang-undang dikemukakan kepada baginda diperkenankan dengan menyebabkan rang undang-undang itu dicop dengan Mohor Besar.” Kod Etika yang dikemukakan oleh Barisan Nasional ditolak oleh Majlis Raja-Raja, menjadikan ia sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya kerajaan berjaya memasukkan satu artikel tambahan di bawah Perkara 66 (4) iaitu 66 (4A) yang berbunyi “jika suatu rang undang-undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam fasal(4), rang undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.”

Perkara 66(4) memberikan beberapa implikasi. Antaranya sesuatu rang undang-undang itu akan lulus secara automatik walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya. Ini memungkinkan kezaliman akan tertimpa ke atas rakyat. Umpamanya soal Akta Pengambilan Tanah yang telah dipinda, rakyat tidak mampu menolak jika tanahnya ingin diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah tuntutan pampasannya boleh dipertikaikan di Mahkamah. Selebihnya seseorang itu akan kehilangan tanahnya jika kerajaan berhasrat untuk mengambilnya.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular