Translate

Ahad, 14 November 2010

Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. (Bhg.12)


KASHMIR




Umat Islam Kashmir Sedang Menunggu Bantuan
Seperti kebanyakan umat Islam lain yang terdapat di benua Asia, rakyat di Kashmir telah menghabiskan separuh kedua abad ke-20 dalam kancah peperangan dan konflik. Sebab utama mengapa keamanan dan ke stabilan tidak wujud di Kashmir selama lebih kurang 50 tahun adalah disebabkan oleh penindasan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan India yang mendudukinya.

Kashmir merupakan kawasan dunia yang sangat penting dari segi ekonomi, kerana mengandungi emas, batu zamrud dan batu delima. Memandangkan kawasan yang diduduki India ini terletak di kawasan gunung-ganang, maka ia menjadi petempatan strategik untuk mengawal keadaan persekitaran. Inilah sebab nya mengapa Kashmir, yang memiliki ke pentingan strategik dan kekayaan hasil bumi nya, telah menarik banyak bangsa sepanjang sejarahnya. Walau bagaimanapun, sebab paling utama mengapa negara-negara di kawasan tersebut amat berminat terhadap Kashmir adalah kerana identiti Muslimnya.

India, yang terkenal dengan sikap prejudis nya menentang Islam, ataupun Rusia dan China tidak akan membenarkan Kashmir untuk mencapai objektifnya menjadi sebuah negara Islam merdeka, atau pun bersatu dengan kerajaan Islam Pakistan. Hakikat bahawa rakyat Kashmir yang merupakan umat Islam menjadi sebab asas kepada terjadinya sekatan ekonomi, tindakan kekejaman, penahanan dan penderaan yang tidak ber justifikasi yang dikenakan ke atas mereka. Dengan cara ini, kuasa-kuasa ter sebut dapat menghalang umat Islam dari memegang kuasa, dari segi ekonomi dan juga politik. Dengan cara yang sama juga, me reka turut melakukan seka tan dan tekanan anta ra bangsa untuk menghalang kerajaan Islam Pakistan dari menyokong rakyat Kashmir.

Pergerakan yang Terancang dan Strategik di Kashmir

Sub-benua India kekal di bawah pengaruh British sehingga akhir Perang Dunia II. Apabila British berundur, umat Islam India berhasrat untuk memiliki negara mereka sendiri dan dengan itu menubuhkan Pakistan. Terdapat perpindahan populasi di antara India dan Pakistan. Ramai umat Islam yang tinggal di India berpindah ke Pakistan. Walau bagaimanapun Jammu/Kashmir yang majoriti populasinya terdiri daripada umat Islam, terus kekal di bawah kawalan India. Hal ini terjadi akibat muslihat India dan juga sokongan daripada pihak British. Kashmir terus hidup di bawah penindasan India sehingga kini.

Berlaku tragedi kemanusiaan yang memilukan di luar kem-kem pelarian di Kashmir. Sehingga 10 orang dimuatkan dalam sebuah bilik, khemah satu katil. Umat Islam Kashmir sedang berhadapan dengan kebuluran, kemarau dan penyakit berjangkit. Apa yang boleh dijadikan makanan adalah beberapa ranting kering yang dicampakkan ke dalam perigi.
Umat Islam Kashmir berharap untuk menentang peraturan India yang menekan itu dan seterusnya mendapatkan kemerdekaan. India telah menjalankan proses pembunuhan beramai-ramai terbesar sebanyak tiga kali, iaitu pada 1947, 1965 dan 1971. Beratus-ratus ribu umat Islam Kashmir dibunuh. Lebih 4,000 orang wanita didera dan diperkosa. Sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan keagamaan telah ditutup untuk mengelakkan daripada berlakunya kesedaran Islam.18

 Pergerakan pembunuhan dan asimilasi menjadi semakin kejam selepas tahun 1990. Rakyat ditahan tanpa sebab dan diseksa sehingga mati. Rumah-rumah dirampas, rakyat yang tidak bersenjata dianiaya, dan syarikat akhbar serta sekolah-sekolah ditutup. Kerajaan India masih tidak berasa puas dengan melakukan kekejaman bersenjata sahaja. Maka, empangan yang diperlukan untuk tujuan pertanian turut dirampas untuk menekan lagi umat Islam. Mereka mengisinya sehingga penuh dan tiba-tiba membukanya kembali apabila hujan monsun tiba. Kesannya, kawasan tanah rendah di Kashmir dan Pakistan mengalami banjir. Malah, beribu-ribu manusia kehilangan nyawa dan kawasan yang terlibat pula mengalami kerosakan yang sangat teruk. 
Bersambung.........

Harun Yahya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular