Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis
Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan bagaimana "rompakan" yang dilakukan oleh kuasa-kuasa kolo nialis telah mengeringkan sumber-sumber asli di kesemua kawasan di Afrika dan seterusnya membawa mereka ke dalam lubuk kemiskinan yang amat dahsyat. Bangsa Barat yang melihat orang-orang Afrika sebagai "bangsa primitif yang masih belum tamat proses evolusi" dan meng anggap mereka yang tinggal di sana boleh dieksploitasikan, sebenarnya melakukan pe nindasan terhadap umat Islam. Penindasan tersebut dilakukan secara terbuka di antara abad ke-15 dan ke-19, selepas itu dilakukan secara tersembunyi pada abad ke-20.
Kuasa-kuasa kolonialis seperti Britain dan Perancis meninggalkan kawasan tersebut selepas mereka tidak lagi boleh berkuasa di Afrika. Namun demikian, mereka meninggalkan rejim-rejim boneka yang mempunyai hubungan erat dengan kuasa-kuasa kolonialis tersebut. Polisi ini membolehkan sebuah sistem kolonialis beroperasi di bawah kepura-puraan yang baru. Kerajaan-kerajaan yang mempunyai rangkaian erat dengan bekas kuasa-kuasa kolonialis masih memerintah beberapa buah negara di Afrika sehingga ke hari ini, dan mereka telah melakukan kekejaman yang melampau. Pen tadbiran-pentadbiran boneka ini secara lazimnya adalah beragama Kristian atau pun golongan-golo ngan minoriti di negara-negara Islam. Dengan soko ngan Barat yang di berikan kepada kerajaan-kerajaan minoriti ini, mereka berupaya melaku kan penindasan yang ber terusan terhadap umat Islam. Kesannya, pepe rangan saudara yang besar telah meletus di antara umat Islam majoriti de ngan pentadbiran-pen tadbiran minoriti, dan me reka akhirnya terjebak ke dalam kawah peperangan. Konflik-konflik ini masih berterusan di kebanyakan negara sehingga hari ini.
Cara lain yang digunakan oleh kuasa-kuasa kolonialis adalah dengan memperkenalkan pemimpin-pemimpin berpengaruh yang berjaya mendapat simpati masyarakat. Barat memakaikan mereka topeng keagamaan, namun sebenarnya mereka adalah seorang yang antiagama. Tidak kira bagaimana kerajaan-kerajaan ini mengaku Islamik, namun mereka sebenarnya menindas umat Islam dan menghalang mereka dari menunaikan kewajipan agama. Contoh paling jelas yang dapat dilihat adalah seperti di Algeria dan Tunisia.
Sejarah Chad juga hampir serupa seperti Algeria dan Tunisia. Chad berjaya mendapatkan kemerdekaan selepas bertahun-tahun lamanya dijajah, selepas perang saudara yang panjang dan kekacauan yang tidak pernah reda.
Sejarah Kolonialisme di Chad
|
Chad menjadi sebuah negara Islam apabila Raja Kanem memeluk Islam pada tahun 1086, dan pada abad ke-16 ia merupakan salah satu dari negara terkaya dan terkuat di wilayah tersebut. Namun demikian, kerajaan tersebut telah dilemahkan oleh satu pembahagian dalaman pada abad ke-19, ditakluki oleh Perancis pada tahun 1900, dan kemudian diikat dengan koloni-koloni milik Perancis yang lain.
Sejak dari itu, kolonialis Perancis telah melancarkan peperangan menentang umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Peperangan tersebut telah menyaksikan amalan-amalan yang sangat tidak berperikemanusiaan, kezaliman, penindasan dan kekejaman. Matlamat utama adalah untuk memusnahkan identiti umat Islam Chad dan kemudian menggantikannya dengan fahaman-fahaman yang lebih bercorak materialistik dan tidak beragama.
Bagi mencapai hasrat ini, semua masjid-masjid, pengajaran al-Quran, pusat-pusat pendidikan keagamaan dan perpustakaan-perpustakaan sama ada telah ditutup atau diruntuhkan. Perancis menghalang umat Islam dari memahami agama mereka sendiri dengan mengharamkan pendidikan Islam. Mereka telah menutup kesemua pusat-pusat dan institusi-institusi keagamaan. Kebanyakan guru, imam dan pelajar dituduh terlibat dengan jenayah. Ada yang telah dibunuh sewaktu penindasan, dan ada juga terpaksa melarikan diri ke kawasan padang pasir dan pergunungan. Tokoh-tokoh agama yang ditahan sama ada dicekik atau diseksa sehingga mati. Hanya anak-anak askar Perancis yang dibenarkan belajar di sekolah-sekolah yang dibuka. Di samping itu, pusat-pusat rekreasi dan kesihatan turut dibina untuk mereka. Tiada sesiapa pun yang memberikan perhatian walau sedikit kepada masalah kesihatan penduduk tempatan.
Golongan intelektual Islam di Chad dan mereka yang berhasrat untuk lari daripada penganiyaan yang berlaku terpaksa bergerak dari satu negara ke satu negara. Beberapa orang tokoh agama telah diarak dalam keadaan bogel di sekitar bandar, kehormatan wanita dicabuli, dan mereka kemudiannya dijatuhkan hukuman mati. Segala macam bentuk ibadat dan perjumpaan keagamaan dianggap sebagai jenayah di negara tersebut. Pada tahun 1917, pentadbiran Perancis di Chad telah melakukan satu penbunuhan beramai-ramai yang amat besar. Dengan mengumumkan bahawa satu konferens akan diadakan untuk membina kembali kehidupan keagamaan di Chad, Perancis telah menjemput para ulama yang masih berada di Chad. Hal ini merupakan satu kejadian yang sungguh tidak diduga. Walau bagaimanapun, para Pesuruhjaya Perancis telah dibawa masuk dan beratus-ratus orang pembunuh yang dilengkapi dengan pisau dan kerambit telah disediakan. Kawasan persekitaran telah pun dibersihkan daripada penduduk awamnya, dan unit-unit militari telah bersedia dan berada dalam kedudukan masing-masing. Ketika setiap orang mula menyedari terdapat plot yang dirancang oleh Perancis, ia sudah pun terlambat. Pada akhirnya, di sana sini terdapat jasad-jasad kaku. Berek-berek dibasahi dengan darah manusia. Setelah selesai kesemuanya, mereka yang melakukan pembunuhan itu melambai-lambaikan pisau mereka dan menjerit kegirangan.
Konflik di antara penduduk tempatan dan askar-askar Perancis berlaku selama bertahun-tahun. Pada 1960, Chad akhirnya berjaya mendapatkan kemerdekaan. Namun, seperti kebanyakan negara-negara Afrika yang lain, kemerdekaan tidak semestinya membawa kedamaian dan keselamatan kepada rakyat. Ini kerana orang-orang Kristian dari Parti Progresif, yang memiliki rangkaian erat dengan bekas kolonialis Perancis, telah menjadi tunjang pemerintahan negara yang memiliki umat Islam sebagi majoriti.
Mereka menurut jejak langkah Perancis dalam melakukan kezaliman dan penindasan. Berlaku tentangan hebat dari umat Islam terhadap François Tombalbaye yang memegang jawatan Presiden dan Pedana Menteri. Dan apabila para intelektual Chad yang menyuarakan protes dibunuh, berlakulah kebangkitan di seluruh negara. Berikutan itu, tercetuslah serangan balas hebat yang ditujukan kepada umat Islam Chad. Seorang penulis Iraq, Imaduddin Khalil telah meng gambarkan kejadian tersebut di dalam bukunya Afrika Dramy (Drama di Afrika):
Pada 22 Mac 1963, kabinet Chad telah disusun semula, dengan menyaksikan kesemua umat Islam disingkirkan dari kedudukan mereka, dan umat bukan Islam telah dibawa masuk bagi menggantikan mereka. Menteri Luar sebelumnya disingkirkan, dan pada hari yang sama, presiden telah memberikan arahan menangkap ketua keadilan, menteri keadilan, pemimpin Persatuan Tanah air dan banyak lagi tokoh-tokoh terkenal. Mereka telah dibawa ke mahkamah 35 hari kemudian. Mahkamah memutuskan bahawa ketua keadilan mesti disingkirkan daripada jawatannya dan diusir keluar dengan alasan dia bukannya rakyat negara tersebut. Hartanya turut dirampas. Para tahanan yang lain ditahan di dalam penjara. Presiden kemudiannya menggunakan kekerasan dan tekanan dalam menentang pergerakan-pergerakan Islam. Ini membawa kepada tercetusnya pemberontakan yang menyaksikan seramai kira-kira seribu orang terbunuh dan ribuan yang lain cedera. Mahkamah yang kononnya didakwa sebagai mahkamah khas telah ditubuhkan, dan para pemimpin pergerakan Islam dan bekas-bekas menteri telah dibicarakan di dalamnya. Hukuman yang bermula dari penjara 15 tahun sehinggalah kepada seumur hidup telah diputuskan. Keadaan kekacauan dan tidak bertoleransi di Chad terus berlaku sehingga kini.42
Bersambung............
Harun Yahya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan