Translate

10 CATATAN TERKINI MUSAFIRLALU

Senarai Blog Saya

  • AGIQAH DAN QORBAN - Makluman, Sekolah SRATI akan menganjurkan Majlis Qorban dan Aqiqah pada tahun 2014 seperti berikut: *Tarikh: 6 Oktober 2014 (Hari Raya Haji ke-2)* *H...
    Seminggu yang lalu
  • LAAA..., MURAH RUPANYA VITAMIN SHAKLEE NI. - Assalamualaikum, *IF YOU THINK WELLNESS IS EXPENSIVE, THEN TRY ILLNESS!!* Haaa, amacam, BEST tak tajuk kali ni? Ramai antara kita yang takut nak keluark...
    4 minggu yang lalu
  • Pembongkaran : Penemuan Bahtera Nabi Nuh. - Kumpulan pengkaji dari China dan Turki yang bergabung dalam 'Noah's Ark Ministries International' pada 26 April 2010 mengumumkan bahawa mereka telah menemuka...
    2 bulan yang lalu
  • Ruqyah : Doa Tuntutan Rasulullah SAW - Doa-Doa Tuntunan Rasulullah SAW 1. Doa meminta pertolongan dan kekuatan حَسْبُنَااللهُ وَنِعْمَ الْوَ كِيْلُ،نِعْمَ الْمَوُلَىوَنِعْمَ النَّصِيْرُ Hasbunal...
    4 bulan yang lalu

Selasa, 22 Januari 2013

Inilah Manusia Yang Mencabar Allah s.w.t.


Sedar atau tidak, Ibrahim Ali telah mengapi-apikan orang Islam agar al-kitab berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah mesti dibakar. Adakah beliau seorang penganut agama Majusi yang suka bermain dengan api dengan mengapi-apikan pemikiran orang Melayu dengan hasutan yang jahat di hadapan Bapak segala kejahatan iaitu sifu beliau yang bergelar 'Melayu Mudah Lupa' itu. 

Ahli-ahli Perkasa patut keluar beramai-ramai daripada pertubuhan perkauman Melayu itu jika ingin iman mereka selamat. Manusia yang telah dirasuk oleh syaitan yang dikenali akan berkata apa sahaja kerana api itu sendiri adalah asal syaitan. Jika beliau tidak suka pun dengan kalimah Allah dimasukkan dalam al-kitab berbahasa Melayu, beliau patut banyak bertakbir dan berselawat kerana batas-batas iman seorang Islam ialah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan kepada para Rasul Nya bermula dengan Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad Rasulullah s.a.w. penutup segala nabi dan rasul.

Walau pun kita sebagai umat Islam tahu yang kitab Zabur, Taurat dan Injil telah banyak diubah, tetapi kita tidak boleh menolak apa yang terkandung didalam kitab-kitab tersebut kerana kita tidak mengetahui ayat mana dan surah mana yang telah mereka pinda. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan yang si Ibrahim nak suruh umat Islam bakar al-kitab itu, apa pasal. 

Seorang alim telah ditanya tentang perkara ini dan beliau menjawab kita seorang sebagai umat Islam mesti percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan tetapi kita tidak boleh mengatakan yang ayat ini dan ayat itu salah kerana kita tidak mengetahui ayat mana yang benar dan ayat mana yang telah dipinda oleh pendita-pendita mereka. Lainlah kalau beliau nak bakar kitab perlembagaan Umno Baru yang sememangnya jelas menghina Islam di hadapan pengasas dan ahli pertama parti Umno Baru, Mahathir yang mudah lupa.

Cakap boleh sebarang cakap tetapi biarlah bercakap sebagai orang yang berilmu, bukannya macam tin kosong bunyi sahaja bising tetapi tiada apa-apa kat dalamnya. Perkara ini melibatkan akidah kerana percaya kepada kitab-kitab adalah termasuk didalam Rukun Iman. Memang benarlah apa yang telah dilakukan oleh penjajah barat, mereka memberi kemerdekaan kepada setiap negara setelah pemikiran anak-anak jajahan berjaya diresapi dengan apa yang ada pada pemikiran beliau, sifu beliau dan para pemimpin Umno.

Penjajah tahu jika mereka menjajah dengan cara membakar al-Quran atau masjid-masjid, Melayu yang jahil pun akan bangun menentang mereka maka jadilah 'alam semulajadi' dan bukannya 'alam yang dijadikan' didalam mata pelajaran ilmu alam, ini sebagai salah satu contoh yang banyak lagi dari contoh-contoh yang lain. Maka perlukah al-kitab dibakar sepertimana yang di perintahkan oleh presiden Perkasa dengan disaksikan Pengasas Umno Baru. 

Wahai penyokong Umno, Perkasa dan yang sewaktu dengannya, fikirlah dengan fikiran yang waras walau pun kamu bukan beragama Majusi, Kristian atau Yahudi, patutkah kamu membakar kitab-kitab yang telah diturunkan kepada kaum sebelum kamu kerana semua itu adalah daripada Allah s.w.t. Jika ikutkan Ibrahim Ali yang cuba mencari sedikit simpati untuk dicalonkan semula oleh Umno di parlimen Pasir Mas maka pergilah beli dan bakar al-kitab berbahasa Melayu tetapi jika kamu seorang yang mengaku taat kepada Allah dan Rasul Nya, maka nyahkan Ibrahim Ali dari menjadi pemimpin kamu kerana jelas ia akan merosakkan akidah kamu yang mungkin tinggal tak seberapa itu.

4 ulasan:

  1. orang porno tak suka kitab tapi suka wang

    BalasPadam
  2. Bengong punya Ibrahim Ali..
    Kitab2 spt Zabur,Turat dan Injil tu pun kalam2 Allah..
    Jika ada pengubahsuaian pun pastilah bkn semua ayat dlm kitab itu diubah..
    Jgn biadab boleh tak anak Ali oiiii..
    Tlg respect agama org..jgn ikut perangai org fanatik yg melebihi ulama pulak..

    BalasPadam
  3. muzium padi gunung kheyang22 Januari 2013 11:08 PTG

    munafikun umno laknattullah!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular