Saya rasa si Tulang Besi betul-betul seorang yang penuh dengan sifat kebencian terhadap blogger yang tidak sebulu dengannya. Saya anggap tuduhan Tulang Besi yang mengaku ahli PAS, tapi tidak dipastikan benar atau tidak memang seorang yang busuk hati. Petikan yang saya kutip dari blog Malaysia Waves...
Tulang Besi said...
mung ke yang beri "maklumat" pasal aku ke PapaGomo?
Saya amat terkejut dengan pertanyaan beliau seperti diatas, walau pun hanya pertanyaan bagi saya jika Tulang Besi yang bertanya, maka ia lebih kepada satu tuduhan. Ini kerana sikap beliau yang bermuka-muka, jika orang lain yang bertanya, saya akan anggap ianya sebagai satu pertanyaan untuk kepastian tetapi tidak bagi Tulang Besi.
Saya langsung tidak mengenali mana-mana blogger dari puak Umno walau seorang pun. Nama PapaGomo pun saya tahu melalui paparan di blog Tulang Besi yang berbalas email. Sememangnya bertapa jahatnya manusia yang bernama Tulang Besi atau Abd Rahman Talib.
Saya tidak menafikan yang artikel yang saya tulis mengenai beliau semata-mata sebagai satu ingatan atau pun teguran. Ini disebabkan cara penulisannya lebih kepada memperlekehkan pimpinan PAS dan hanya beliau sahaja yang betul dalam semua hal. Walau pun mungkin tulisan saya terhadap beliau nampak kasar sikit, tetapi saya menulis semata-mata berpandukan artikelnya.
Saya mengenalinya hanyalah berpandukan gaya penulisannya dan saya sendiri tidak mengetahui akan sikap sebenar beliau. Sebagai contoh blogger Alhusseyn, walau pun ada yang ditulisnya tidak menyenangkan banyak pihak, tetapi saya tetap mempertahankan beliau kerana saya mengenalinya dan tahu akan sifat sebenar beliau.
Hari ini dan dengan ini, baru saya tahu siapa sebenarnya Tulang Besi dan beliau seperti mengistiharkan perang terhadap saya dan saya akan menyambutnya dengan penuh bangga. Apa tidaknya jika kita berperang dengan seorang PENIPU, PEMBOHONG, MUNAFIK dan MUSUH DALAM SELIMUT.
Beliau nak berpolitik, jom kita berpolitik walau pun cara kamu penuh dengan hati yang busuk. Sebagai seorang yang cukup percaya kepada khabar-khabar angin. Jadi betullah yang kamu tidak membayar yuran keahlian tahunan, maka aduan kamu terhadap pemimpin kanan PAS tidak boleh diterima kerana tidak cukup MERIT, keahlian kamu sebagai ahli PAS tergantung.
Kamulah kepala MUNAFIK yang mengadu-domba pimpinan PAS seperti TGNA, TGHH, Hassan Ali, Mustapa Ali, Husam Musa, Tuan Ibrahim dan pimpinan tertinggi PAS yang lain. Jadi betullah yang kamu memang mengidamkan jawatan CEO dengan alasan atas kehendak jemaah.
Inilah salah satu fitnah yang telah kamu lakukan terhadap jemaah PAS. Jika betul atas kehendak jemaah, kenapa Hassan Ali menolak permohonan kamu. Disini pun telah terang-terangan yang kamu memang seorang PENIPU, apabila permohonan kamu ditolak, kamu mereka-reka cerita untuk memburuk-buruk Hassan Ali.
Memang kamu cukup pandai menipu sehinggakan pimpinan PAS terlepas pandang dengan melantik kamu sebagai pembantu khas Hassan Ali. Orang seperti kamu ini bila sekali menipu, ianya akan menjadi kebiasaan bagi kamu.
Yang nyata, kamulah pakar dalam memutar belitkan fakta supaya segala pembohongan kamu itu menjadi satu kebenaran. Kamu merasakan yang kamu seorang yang bijak pandai dan lebih malang lagi sikap kamu yang suka berlagak dan memperlekehkan orang lain.
Saya langsung tidak hairan atau gentar untuk menghadapi orang seperti kamu seorang diri walau seramai mana pengikut kamu. Sedarlah wahai Tulang Besi, sikap buruk kamu itu pasti akan memakan diri kamu sendiri. Ini tidak bermaksud yang saya lebih baik dari kamu tapi sekurang-kurangnya saya masih berdiri diatas kaki sendiri jika dibandingkan dengan kamu yang bergaji 5 kali ganda dari elaun exco.
Saya masih mempunyai maruah dengan tidak mengutip derma seperti kamu. Kenapa perlu mengutip derma untuk guaman jika berada dipihak yang benar. Pasal kamu tahu siapa diri kamu sendiri yang suka membuat fitnah, kerana itulah kamu takut disaman oleh mana-mana pihak yang kamu fitnahkan. Anggaplah artikel ini sebagai permulaan dari saya.