Isu ancak benar-benar menjadi duri dalam bagi Zambry Abd Kadir yang berpaksikan golongan 'Ayah Pin'. Oleh kerana beliau bukanlah ahli agama maka terpaksalah beliau menolak S.S. Tan Sri Datuk Seri SB Dr Harussani kedepan sebagai penjaga kunci gedung ilmu.
Maka keluarlah fatwa bahawa tindakkan Zambry menanam ancak hukumnya tidak 'Khurafat'. Mungkin alasan yang diberikan oleh Harussani ialah kerana Zambry telah melakukan perbuatan yang mulia. Mungkin nak bantu pemilik rumah hidup dengan tenang dan apabila belaku musibah, tuan rumah akan merenung tiang tersebut maka akan tenanglah perasaan beliau.
Mungkin juga ancak yang Memanda Zambry tanam itu akan melindungi keluarganya dari perkara-perkara yang ghaib. Kita kena faham....... Kerajaan puak-puak ini bukan didarat dan di air, malah dilangit pun depa punya juga......... Siapalah kita untuk mempertikaikan fatwa puak-puak 'Ayah Pin'.
Jom semua..... kita kejut Mat Said dari tidur dan hebahkan kepada semua rakyat Terengganu, baik yang berada di bandar mahu pun yang berada di hulu-hulu, katakan kepada mereka yang 'Pesta Memuja Pantai' akan dibuka semula. Pasang banner banyak-banyak, pasang dari hujung Jertih sama kehujung Kemaman.
Cari buluh, cari daun kelapa dan buat hidangan yang lazat-lazat untuk makanan puaka kat laut agar permohonan rezeki yang lebih akan ditunaikan oleh puaka-puaka laut tersebut. Bab hukum hakam usah bimbang, sebab Harussani dah kata tak Khurafat.
Tak khurafat....... jangan bimbang......... kita buat benda yang elok........ kita 'Main Puja Pantai' pun kerana nak bagi para nelayan rezeki lebih......... tak ada bezanya dengan ancak yang Memanda Zambry tanam......... semuanya untuk kebaikkan, siapa yang pandai-pandai kata salah................ Lu Sape!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan