Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 27 Januari 2011

Anak Raja Porno Berbohong, PAS Nafi Cikgu Mala Tanya 'Kenapa Jual Arak'.

PAS menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina - China Press - yang memetik ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai berkata calon PAS Normala Sudirman bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".

"Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang hari ini.

NONESehubungan itu, Salahudin yang juga bekas ketua pemuda PAS Pusat mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS Normala (kiri) bercakap sedemikian.

"Itu tidak benar sama sekali,"tegas Salahudin.
Mengulas mengenai kejadian provokasi seperti membakar bendera, pengedaran risalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kumpulan bermotor membuat bising di tengah malam, Salahudin berkata semua perkara tersebut bukan daripada PAS.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor Mazlan Aliman berkata beliau menghantar surat tawaran berdebat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berhubung isu berkaitan dengan Felda. (MK)

Surat tersebut akan diserahkan oleh naib presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Shamsul Bakri pagi esok, yang akan mewakili beliau.

Bagaimanapun masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian kepada pihak media.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular