Sebenarnya kejadiaan tersebut tidak berlaku jika AT mengikut apa telah beliau persetujui dengan BatiApi. Saya bukan nak memihak mana-mana pihak kerana yang salah tetap salah.
Sepatutnya beliau bertanya kepada orang yang lebih arif tentang sikap penduduk Rhusila terhadap Tok Guru mereka. Kejadian tersebut tidak berlaku jika AT tidak lagi menerjah TGHH bila TGHH menyatakan yang beliau ada program dan dalam keadaan tidak berselipar, AT masih mengejar Ayah Chik untuk memberi masa beliau selama 5 minit.
Apabila melihat keadaan tersebut, pemuda Rhusila lebih kepada melindungi TGHH kerana takut perkara buruk berlaku. Tidak timbul soal TGHH seorang ulamak tersohor atau Presiden PAS.
Secara logik akal, bagaimana sekiranya kita melihat guru kita diekori oleh seseorang yang tidak dikenali oleh sebahagian penduduk kampung tersebut?. Adakah kita akan membiarkan sahaja?.
Sikap penduduk Rhusila yang amat menyayangi TGHH pasti tidak sesekali membiarkan perkara buruk berlaku terhadap TGHH. Sedangkan AT bukan tetamu TGHH tetapi tetamu BatuApi dan saya percaya BatuApi pasti akan membawa AT berjumpa TGHH selepas mereka berdebat seperti dijanjikan.
Kerana sikap gelojoh, keras kepala, tidak beradab dan mungkin untuk menunjukkan kehebatan beliau maka perkara tersebut belaku.Kelakuan beliau sama seperti yang dilakukan oleh fakaq yang menerjah Nasaruddin Mat Isa di perkarangan parlimen tempoh hari. Inilah sikap kurang ajar pemuda yang tidak beradab hasil tarbiah songsang dari satu puak ba*#%#*.
Bagi pendapat saya, kelakuan AT lebih kepada provokasi dan mempunyai agenda agar blognya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung. Saya amat mengetahui akan sikap TGHH (Ayah Chik) terhadap tetamu kerana TGHH amat menghormati akan tetamunya tanpa mengira bangsa dan agama. Adalah tidak adil apabila ada blogger yang mengambil kesempatan berkaitan isu tersebut dengan memburuk-burukkan TGHH dan penduduk Rhusila kerana dendam mereka berkenaan UG dan puak Terenganu.
Bagi pendapat saya, kelakuan AT lebih kepada provokasi dan mempunyai agenda agar blognya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung. Saya amat mengetahui akan sikap TGHH (Ayah Chik) terhadap tetamu kerana TGHH amat menghormati akan tetamunya tanpa mengira bangsa dan agama. Adalah tidak adil apabila ada blogger yang mengambil kesempatan berkaitan isu tersebut dengan memburuk-burukkan TGHH dan penduduk Rhusila kerana dendam mereka berkenaan UG dan puak Terenganu.
Untuk pengetahuan semua, apabila sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku terhadap TGHH walau dimana pun TGHH berada, penduduk Rhusila akan keluar beramai-ramai dan berkumpul di Masjid Rhusila untuk mengetahui berita terkini kerana disitulah mereka akan mengetahui pergerakan TGHH.
Pada akhir 80'an, beribu-ribu penduduk Rhusila berkehmah mengelilingi masjid dan rumah TGHH apabila terdengar ura-ura yang polis akan menahan TGHH dibawah ISA yang kesudahannya Sultan Terengganu memberi amaran agar pihak polis tidak menahan TGHH.
Inilah sikap penduduk Rhusila yang amat menyayangi Tok Guru mereka sebagaimana penduduk Kg. Melaka mempertahankan TGNA dan jangan salahkan mereka 100% diatas tindakan mengepung dan memukul AT kerana jika AT tidak membuat provokasi, perkara tersebut pasti tidak berlaku.
Lihatlah gambar Pak Wahab bersama AT. Adakah wajah Pak Wahab menunjukan kemarahan dan adakah wajah AT menunjukan yang beliau dalam ketakutan. Disini kita boleh melihat betapa jahatnya sesetengah blogger dalam penulisan mereka disebabkan dendam UG yang tidak penuh padam sedangkan perkara tersebut sudah tutup buku.
Bagi yang kat Lombok tu pula, inikah 'Haji Mabrur' yang beliau bawa pulang?.
Kerana pandai sangat, cuma saya nak tanya pergi Mekah buat balik apa?
Kalau buat balik title 'Haji', maka pakailah gelaran Haji Deraman sampai mati.
Kalau bawa balik air Zam-Zam, minumlah sampai hilang dahaga selama-lamanya.
Jika bawa balik buah kurma, makanlah sepuas hati kamu.
Jika bawa pulang kopiah, pakailah sampai lusuh.
Jika bawa balik tasbih, bertasbihlah sampai haus jari-jari kamu.
Hakikatnya....... apa pun kamu tak bawa pulang melainkan penat dan lelah, mingkin juga 'Haji ManBeruk'. Seorang guru ditanya oleh anak muridnya bagaimana kita nak tahu solat kita diterima oleh Allah s.w.t.?. Jawab gurunya..... kamu berubah dengan membuat kebaikkan dan meninggalkan keburukkan.
Guru itu ditanya lagi........ bagaimana pula kita hendak mengetahui yang haji kita adalah 'Haji Mabrur' iaitu haji yang diterima oleh Allah s..w.t.?. Lihatlah perangai Haji Tulang Besi dan menunjuk-nunjuk gambarnya semasa kat Kaabah. Rujuk kepada Ularmamak Wan Ji dengan kitabnya 'al-Tarbiah wak-prabisberas'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan