Translate

Ahad, 9 Januari 2011

Isu UG & Hadi 'Berbohong' : Jenayah Fakta Puak Celaka! (Pemnembak Babi)

Salam Pencerahan Dahi!

Bila wa tahu berita yang Adoka mendapat 'sentuhan' lembut dan berlaku kekecohan di masjid Rhusila ari Jumaat lepas, maka wa pun belek-belek buku lama dan mengkaji n3-n3 dulu yang berbentuk provokasi dan penipuan fakta oleh blogger-blogger celaka..

'Celaka'
, bukan wa sesuka petik ikut nafsu wa. Ia adalah istilah keramat dan pangkat kebesaran yang dianugerahkan oleh Tok Guru Nik Aziz kepada; "menulis perkara yang bukan-bukan tanpa bukti dan fakta yang jelas"..



Pada yang baru akil baligh, nak berjinak-jinak dgn blog 'provokasi' (macam blog wa jugak..huhuuh), UG = Unity Government atau Kerajaan Perpaduan adalah istilah yang telah diterjemahkan oleh Khalid Samad dalam blognya:

"Apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa."

"Konsep ‘kerajaan perpaduan’ ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR; dan PR yang ‘bergabung’ dengan BN."


Jadi, ia adalah pergabungan antara BN dan Pakatan Rakyat (PR). Manakala, usaha jahat yang dibuat oleh Pak Lah sejurus sahaja keputusan PRU12, 2008, itu adalah Kerajaan Campuran(Coalition Government -CG) seperti dalam tahun 1970an dedulu. Bukannya UG - unity government! (untuk pengetahuan bloggger celaka yang malas membaca!)

Perjumpaan Sulit 2008


Setelah kemenangan besar Barisan Alternatif (BA) pada PRU12, 8 Mac 2008, dan berjaya membentuk kerajaan di negeri-negeri Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, kekal di Kelantan dan menang dengan majoriti di Wilayah Persekutuan, pihak Pas telah mengadakan perbincangan bagi perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin BA daripada parti lain.

Sehari selepas itu, 9 Mac 2008, JK Pas Pusat bermesyuarat di Kota Bharu, Kelantan dan bersetuju untuk menghantar beberapa wakil Pas bagi berbincang ke arah pembentukan kerajaan di negeri yang dimenangi. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang dihantar ke Kedah, Dato’ Husam Musa ke Perak, Hj. Muhammad Sabu ke Pulau Pinang dan YB Nasharudin Mat Isa bersama Dato' Mustafa Ali ke Selangor.

Namun, tanpa diduga, pihak Pas telah mendapat jemputan dari Perdana Menteri sewaktu itu, Dato Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) untuk datang kerumah beliau bagi membincangkan beberapa perkara politik.

Jemputan itu tidak diterima terus, lalu mesyuarat tergempar JK Pas dibuat di Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, bagi membincangkan jemputan itu. Mesyuarat itu memutuskan agar 3 wakil Pas dihantar untuk melayan undangan Pak Lah dan mereka adalah; Dato’ Mustafa Ali (Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat sewaktu itu), YB Nasharudin Mat Isa (wakil Presiden Pas) dan YB Khalid Samad (wakil Pas Selangor).

Perbincangan di rumah Pak Lah berlaku aman yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Khir Toyo. Pak Lah menawarkan pergabungan bersama Umno, dan berjanji melantik Pas sebagai MB Selangor dan beberapa tawaran lumayan yang lain. Namun, sebelum ke mesyuarat Majlis Syura Ulama, secara kasarnya wakil Pas telah menolak tawaran Pak Lah kerana ia dilihat sebagai mengkhianati perjanjian bersama BA.

Maka setelah isu perjumpaan dengan Pak Lah dibawa ke mesyuarat Majlis Syura Ulama, secara sebulat suara menolak tawaran Pak Lah dan jika ada perbincangan dengan Umno, ia hanyalah perjumpaan biasa sahaja bukannya dalam pembentukan kerajaan, dan Majlis Syura juga pada 24 April 2008 setuju melantik 3 orang pimpinan yang mewakili Pas jika ada jemputan dari Umno, iaitu; Dato’ Seri Presiden (Abdul Hadi Awang), YB Nasharuddin (Timb. Presiden), Dato’ Mustafa Ali (S/U Agong).




Malah Dato' Hassan Ali, sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor turut menegaskan dalam kenyataan rasminya pada 14 Mac 2008;

"PAS Selangor menyokong sepenuhnya pelantikan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru."

"PAS Selangor menegaskan kami akan sentiasa memberikan dokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pakatan KeADILan, DAP dan PAS dalam membentuk kerajaan bagi mentadbir negeri"


Isu pertemuan gelap itu lenyap seketika sehingga Pak Lah membuka mulut 21 Julai 2008, yang dia telah berjumpa dgn Pas sebanyak 3 kali...

TG Presiden terpaksa membuat kenyataan media seperti berikut:

"PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri."

Maka soal pertemuan gelap terhenti disitu!

Isu Kerajaan Perpaduan

Wa dah jawab dalam artikel neh:

Kerajaan perpaduan menjadi fitnah besar, bukan disebabkan oleh idea itu, tetapi kerana adanya mereka ynag tidak faham dengan konsep tersebut...

Idea ini timbul setelah TG Presiden membahaskan titah Tuanku di Parlimen Mac 2009 iaitu sebelum berlakunya pertukaran kuasa Pak Lah kepada Najib...


Salah faham ini mengakibatkan Ust Nasha juga difitnah teruk, dan beliau telah dikecam dalam muktamar termasuklah kenyataan yang keras dari TG Nik Aziz, namun kata Ust Ahmad Awang:

"Pada hari Isnin, 28 Jamadil Akhir 1430H bersamaan 22 Jun 2009 kira-kira jam 6.20 petang, tamatlah riwayat isu Kerajaan Perpaduan dalam diari semasa politik PAS."

TG Nik Aziz bersalaman dgn Ust Nasha, tanda persahabatan dan ukhuwwah yang berterusan.



Ust Nasha bebesar hati turun menerangkan kepada pengundi beliau di Bachok pada 29 Julai 2009.

Boleh rujuk artikel wa di sini http://penembakbabi.blogspot.com/2010/05/jawapan-isu-pertemuan-gelap.html

Apakah Hadi berbohong atas semua itu?

Itu tuduhan merapu dari blogger yang malas membaca macam Adoka. Ia tidak timbul langsung masalah berbohong atau membohongi pengundi. Hadi tetap berpegang pada janji yang dimeterai dgn parti Pakatan yang lain, seperti surat di bawah:(tak macam lu, bhai...mungkir janji dgn batu api...huhuhuh)



Hadi adalah seorang yang sangat komited dgn Pas! Hari-hari menjadi bahan cercaan Umno...Bila Edyes bermain tawar-menawar dgn TG presiden, maka kena la jawab; "Ini bukannya berniaga!"...huuhuhu kena sebijik bhai!




Jemputan Istana 2010


Wa jugak menganggap perjumpaan istana sebenarnya istimewa. Ini kerana bukan sahaja pengiktirafan kepada Pas, tetapi seolah-olah 'sesi pengenalan' sebelum PRU13. Mungkin Najib bakal jadi pembangkang...Najib yang pucat, terus membuat perjumpaan dengan semua MP BN hari sabtu lepas, 1 Januari 2011.

Tetapi masih ada yang mulut jahat, mengatakan ada agenda nak bawak Pas masuk Umno!

Bhai, ada perjumpaan yang kena beritahu parti. Tapi ada juga jemputan yang istimewa dari Agung, takkan nak masuk mesyuarat dulu beb!

Ahli yang tertipu dgn blogger pemfitnah yang kebanyakan masih belegar diruang cyber, masih yakin yang ada pemimpin Pas nak bersama Umno. Wa tak kesah, kalau fitnah tuh datang dari Pak Bakaq Imammiah sesiapa yang bukan ahli Pas, tetapi yang pelik...ada yang mengaku ahli Pas pun sanggup berbuat demikian, antara istilah jahat digunakan;

1. 1G - "Pro-Umno"
2. Fakaq - "Beromen dgn Umno"
3. Man Lombok - "Berzina dgn Umno"

Sebab tuh, luorang kena tentang habis-habisan blogger-blogger celaka yang jahat neh! Bukannya percaya adanya 'pemimpin pas' tertentu yang ingin bawa masuk umno! Tentang puak celaka neh habis-habisan kerana kejahatan mereka mengulas sesuatu isu secara jahat. Sumber mereka separa benar, fasik, khabar angin. Ulasan mereka separa masak. Mereka mengada-adakan benda yang tidak ada! Bila mintak bukti, lari macam lipas kudung, lepas tuh citer pasal benda len!

TG Nik Aziz yang solat tahjud dah jadi macam 'solat wajib' hidup dgn penuh kezuhudan, tetap bersangka baik dengan hampir semua pemimpin kanan Pas, apalah sangat blogger celaka yang memandai tetuduh pemipin pas nak bawak masuk umno! Buat malu pakai baju ada 'muka' nik aziz, atau letak gambar Nik aziz pada setiap sudut blog. Tapi inspirasi, sifat baik sangka TG Nik Aziz tidak pernah dicontohi!


"gambar: sekadar hiasan!"


So, kepada Adoka, kalu lu cakap 1G & Fakap adalah pejuang, maka wa jawab: "My Arse!!!"

p/s: wa masih mencabar mereka agar membuktikan siapa pemimpin pas yang nak 'berzina' dgn umno! Kalau setakat beriman dgn khabar angin dan dengar dari blogger haprak, maka luorang tetap dicelakakan oleh wa!....whar666

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular