Translate

Memaparkan catatan dengan label Ajaran Sesat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ajaran Sesat. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2013

Dr Maza Bagi Pukulan Maut Buat Zamihan.


Dr. Asri dalam kenyataan dalam media sosial mempertikaikan kredibiliti usaha KDN mengumumkan beberapa bukti penglibatan tokoh politik sebuah parti dalam ajaran Syiah.

Malah dalam status terkini Dr. Asri, beliau mempertikaikan bukti berdasarkan gred yang dinyatakan Zamihan (gambar).

Dalam status itu, Dr. Asri berkata;

“Tongkat Ali dan Kacip Fatimah adalah pengaruh Syiah dalam perubatan Melayu tidak dinamakan Abu Bakar atau Aishah tapi dipilih nama yang dipuja Syiah.

“Namun jika minum kopi Tongkat Ali atau serbuk Kacip Fatimah tidak tidak boleh dijadikan bukti gred C atau D bahawa kita telah menganut Syiah.

“Kita mungkin dapat gred A tenaga batin tapi bukan tenaga Syiah..lebih lucu jika ada yang terbukti Syiah dalam tulisannya serta berguru pula dengan Hassan Saqqaf yang pro Syiah tapi berlakon tidak setuju dengan Syiah”.PakKaramu

Rabu, 11 Julai 2012

'Jaya Negara' Yang Ditembak Mati Adalah Penganut Ajaran 'Mahathirisme'.


Sebenarnya saya tidak mahu menulis tentang lelaki misteri mengaku sebagai 'Jaya Negara'(Khalil Afandi Hamid) yang ditembak mati oleh pihak polis. Beliau dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital setelah ditembak di bahagian tangan dan ari-arinya. Banyak teka-teki bermain di minda tentang lelaki misteri ini dan punca kematiannya jika melihat kepada foto di atas, adakah kecederaan yang dialami boleh membawa kepada kematian melainkan peluru yang dilepaskan memang peluru beracun. Apa pun ajal/maut seseorang adalah ketentuan dari Allah s.w.t. jika diingini, digigit semut pun boleh meninggal. 

Saya pun tidak tahu tentang kaitannya dengan 'Iman Mahadi' seperti dihebohkan oleh media massa kerana dari artikel yang ditulis oleh si mati (Jaya negara) didalam blognya sebelum blog itu dighaibkan oleh tangan-tangan yang ghaib. Tuduhan yang berat dilemparkan oleh media dan blogger-blogger pencacai ialah si mati adalah seorang blogger pro PR walau pun beliau baru berblog pada 2012 dan menulis beberapa artikel yang entah apa dibebelkannya. Para pencacai-pencacai Umno ingin mengaitkannya dengan PAS kerana isu yang mereka mainkan ialah isu agama dan senang-senang memberi gelaran 'Iman Mahadi' kepada simati tanpa meneliti apa yang di tulisnya.

Yang pasti si mati bukannya pro PR tetapi beliau adalah penganut ajaran sesat 'Mahathirisme' kerana semua pemimpin PAS dan wali-wali Allah dihentam tetapi beliau teramat menyanjungi Mahathir sebagai manusia paling mulia. Beliau dengan angkuh dan sombong mempersendakan 'Wali Songo' malah mempermain-mainkan tentang Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan. Apakah agama sebenarnya si mati jika bait-bait perkataannya saling tidak tumpah dengan apa yang di perkatakan oleh Mahathir. Hanya ajaran sesat  'Mahathirisme' sahaja yang berani mempermain-mainkan ajaran Islam tanpa ada tindakan dari 'Kerajaan Islam Umno'.

Beliau menyokong idea Mahathir agar al-Quran ditafsirkan semula walau pun beliau silap menulis dengan mengatakan yang Mahathir mencadangkan dialih kedalam banyak bahasa. Walau tidak sempat menyalin apa yang di tulisnya tetapi saya sempat membaca hampir kesemua artikel yang beliau tulis. Dari pengamatan saya, apa yang beliau tulis menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pemikirannya tentang Islam sama sepertimana pemahaman Mahathir tentang Islam. 

Ahad, 18 September 2011

Sultan Perak Penaung Lion Club Dan Rotary Club, Apa Hukumnya???

Dalam tercari-cari dan selongkar, saya tertarik kepada satu artikel yang sudah lama dikeluarkan, yakni pada Febuari 2009 oleh laman Ibnu Hasyim. Ianya sebagai pedomen dan renungan buat semua kerana seorang raja Melayu adalah ketua agama kepada negeri masing-masing. Isu ini saya lontarkan kerana ia berkait rapat dengan isu tauliah untuk mengajar agama di Selangor. Disini saya amat bangga dengan Paduka Sultan Kelantan yang memberi kuliah agama setiap kali baginda berjemaah dengan rakyat jelata diseluruh Kelantan. Walau pun baginda adalah Sultan termuda di Malaysia, baginda patut dicontohi oleh Sultan dan Raja yang lebih tua dan bertepatan dengan gelarannya sebagai Ketua Agama Islam. 

Sebagai Sultan atau Raja, amat memalukan apabila para agamawan disekat dari mengajar di masjid-masjid kerana agama, politik dan masjid tidak dapat dipisahkan. Apakah masih terjajah dipemikiran yang agama dan politik tidak boleh dicampur, seperti agama suku politik suku. Rasulullah s.a.w. sendiri mentadbir negara menggunakan masjid, siapalah kita untuk menyekat ilmu Allah s.w.t. dari diajar kepada hambanya. Allah s.w.t. tidak melihat darjat seseorang melainkan amalnya dan tiada alasan untuk berbahas dengan Allah di Padang Mahsyar nanti kerana kita sendiri tidak mempunyai hujah. Renung-renungkanlah wahai orang yang diberi amanah...!!!!!


Ibnu Hasyim Catatan Santai
SAYA terima komen atas tajuk Friday, February 20, 2009 Lawan Yahudi Di Indonesia.. dalam blog saya. MJ said... Salam, saudara.. Sultan Perak yang baru-baru ni memecat YB Ir Nizar adalah penaung kepada Lion Club dan Rotary Club di Perak. Saya ada soalan. adakah dia murtad mengikut fatwa ulama-ulama Azhar? Adakah kita boleh kategorikan baginda sebagai pengikut zionis? Harap saudara boleh ulas. February 20, 2009 10:15 PM.
Sementara saya akan mengulas panjang, kalau ada kelapangan, maka saya muatkan tulisan ‘Sultan Penaung Freemason??’ dari blog http://www.mj2020.blogspot.com/ untuk pengetahuan kita bersama…

[ Di Indonesia Ketua Umum FUUI (Forum Ulama Ummat Indonesia), Athian Ali menyebutkan, “Freemasonry ini merupakan Intelligen Yahudi yang merupakan induk dari organisasi-organisasi di bawahnya antara lain Rotary Club dan Lions Club.” Freemason menggunakan pelbagai nama lain bagi menjalankan aktivitinya di sesebuah negara. seperti Persatuan Yoga dan Badan-badan kebajikan yang lain. Sila lihat: Sejarah dan Bgrnd Freemason

Baru-baru ni rangkaian pertubuhan Freemason (Lion Club & Rotary Club) telah diharamkan di Indonesia Sila Lihat: Lawan Yahudi di Indonesia Haram bagi orang Islam menganggotai atau melibatkan diri dengan Lion Club dan Rotary Club. Sila lihat: Haram melibatkan diri dengan kegiatan Freemason Di Malaysia..lodge Freemason ini telah bercambah dengan banyaknya. dan mandapat protection oleh VIP-VIP Malaysia. Ok, sebelum tu, anda harus tahu dan sedar serta menginsafi, Freemason inilah yang terlibat secara langsung dalam melakukan penzaliman terhadap rakyat Palestin, pembunuhan anak-anak kecil dan wanita yang mengandung.

Anda juga harus faham dan cuba untuk memahamkan orang di sekitar anda bahawa hasil sumbangan dana yg disalurkan ke US serta kegiatan Freemason inilah yang menyebabkan kematian ribuan dan jutaan umat manusia di banyak tempat. Anda harus tahu juga bagaimana tangan Freemason ini cuba untuk membelit Malaysia dalam kewangan melalui campurtangan Tan Sri Azman Hashim, dalam perundangan, dan dalam perangkaan strategi politik UMNO melalui sebuah syarikat Jepun kepunyaan Yahudi...dan..banyak lagi....McD, Milo,..... ok. Cukup. buat kali ini, cukup.. 1 benda yang kita kena ambil peduli.

Di Malaysia, seorang sultan rupa2nya merupakan penaung ataupun bapak kepada pertubuhan sebuah lodge Freemason. Sultan ini adalah penaung kepada Rotary Club dan Lion Club di Perak. Oleh sebab itu, Sultan ini telah bersekongkol dengan Freemason secara langsung dan terlibat dalam membunuh anak-anak Palestin melalui kegiatan jahat Freemason. Saya tegaskan, SULTAN INI BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI MURTAD MENGIKUT PANDUAN FATWA ULAMA AL-AZHAR DAN ULAMA INDONESA.

Seorang Muslim mesti bertanggungjawab menyelamatkan saudara2nya yang lain. Sebaran maklumat seperti ini atau usaha menuntut Tok-tok mufti Malaysia mengeluarkan fatwa pengharaman Rotary Club dan Lion Club di Malaysia adalah sangat mustahak dari segi dharuriat. Anda takut? Anda tidak perlu takut dengan seorang manusia tetapi takutlah kepada ALLAH yang Maha Berkuasa keatas segala-galanya. Perjuangan Islam tidak mengira darjat dan pangkat. marilah bersama-sama...... Hapuskan FREEMASON!!! ]

Sekian catatan santai buat kali ini, Wallahu ‘aklam.
ibnuhasyim.com
(e-mail: 
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 21, 2009.

Rabu, 27 April 2011

Isu Wahabi: Memalukan, Jakim Jelas Pandangan Pegawainya Salah


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memanggil pegawainya Zamihan Mat Zain yang mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini.

Pengesahan itu dibuat Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha ketika sidang media di sini.

“Padangan beliau (Zamihan) itu salah, kita memang menjemput Imam Besar Masjidil Haram ini dan menerima kunjungannya untuk menjalin hubungan lebih erat antara dua negara termasuk tentang Islam.

“Jadi tidak ada seperti yang didakwa kononnya Imam Besar Masjidil Haram ini cuba menyuntik fahaman Wahabi dan sebagainya, saya telah panggil pegawai ini pagi tadi serta memberi penjelasan kepada dia tentang kehadiran Imam Besar Masjidil Haram ini ke Malaysia,” katanya.

Ditanya sama ada Jakim akan mengambil tindakan terhadap Zamihan, Othman bagaimanapun berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

“Kita akan siasat dulu perkara ini dan dalam pertemuan dengan pegawai ini pagi tadi saya dah jelaskan, nampaknya dia akur dengan apa yang saya katakan.

“Apa-apa pun kita akan siasat dulu, kita ikut prosedur... tindakan itu akan dibuat kemudian,” katanya.

Tahun lalu, Zamihan menjadi perhatian ekoran laporan bahawa beliau mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Semalam, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan.

Justeru, Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini.

Beliau berkata lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata Zamihan, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar anjuran kerajaan negeri Perlis itu.

“Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata... ada tangan... ada kaki... itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan yang dikeluarkan Zamihan itu bukan mewakili kerajaan atau Jakim.

“Apa yang dia katakan tidak mewakili kerajaan dan Jakim, itu mungkin hanya pandangan peribadinya.

“Biasalah dia ini, biasanya bila orang cakap A, dia akan cakap B tapi apa yang dia katakan dalam perkara ini bukan sebagai lidah kerajaan,” tegasnya.

Sambil mempertahankan kehadiran Sheikh Abdul Rahman, Jamil Khir berkata kunjungan itu bertujuan untuk mewujukan hubungan yang lebih erat antara dua negara - Malaysia dan Arab Saudi.

Selain itu, Juanda turut mempertahankan kehadiran Sheikh Abdul Rahman sambil menafikan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.

Sehubungan itu kata beliau, kenyataan bahawa Sheikh Abdul Rahman telah menggunakan platform jemputan kerajaan untuk menyebarkan amalan Wahabi di Malaysia adalah “satu fitnah.” Insider

Sabtu, 26 Februari 2011

Najib Bermunajat Di Makam Kamal Attaturk Laknatullah.

Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa
“Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Siapa yang tidak mengenali tuhan sekular, Mustafa Kamal Ataturk yang menumbangkan kerajaan Islam terakhir Turki. Beliau amat disanjungi oleh Mahafiraun yang mudah lupa yang dianggap sebagai nasionalis tulen Turki.

Inikah orangnya yang disanjungi oleh Najib yang sanggup bertafakur dan bermunajat dengan meletakkan kalungan bunga di makam musuh Allah yang nyata ini. Apakah Najib ingin mendapat pertunjuk dari bapak sekularnya setelah melihat sebuah demi sebuah pemimpin negara umat Islam tumbang ditangan rakyatnya sendiri.

Dimakam inilah para-para firaun moden datang untuk bermunajat dihadapan tuhan sekular mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Najib. Kerana itulah Najib tanpa merasa malu telah melabelkan Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Apakah taraf Najib untuk melebalkan Yusof al Qardhawi, ketua ulama sedunia yang juga tokoh Maal Hijrah yang dianugerah oleh kerajaan Malaysia sendiri. Kekesalan ini juga telah dinyatakan oleh TGHH seperti yang dilaporkan (Baca Sini)


Dosa-dosa Mustafa Kamal Ataturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
 13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
 14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Allah menyeksa beliau disaat kematiaannya


Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliaupengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulamaTurkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.














Macam Mana firaun besar pun boleh ada bersama dengan rombongan Najid dan Rosmah.
Dia bodoh tetapi dia tidak tahu yang itu bodoh, maka jauhilah dia

Ahad, 9 Januari 2011

Kejahatan Puak-Puak Pas Reform.



Sebenarnya kejadiaan tersebut tidak berlaku jika AT mengikut apa telah beliau persetujui dengan BatiApi. Saya bukan nak memihak mana-mana pihak kerana yang salah tetap salah.

Sepatutnya beliau bertanya kepada orang yang lebih arif tentang sikap penduduk Rhusila terhadap Tok Guru mereka. Kejadian tersebut tidak berlaku jika AT tidak lagi menerjah TGHH bila TGHH menyatakan yang beliau ada program dan dalam keadaan tidak berselipar, AT masih mengejar Ayah Chik untuk memberi masa beliau selama 5 minit.

Apabila melihat keadaan tersebut, pemuda Rhusila lebih kepada melindungi TGHH kerana takut perkara buruk berlaku. Tidak timbul soal TGHH seorang ulamak tersohor atau Presiden PAS.

Secara logik akal, bagaimana sekiranya kita melihat guru kita diekori oleh seseorang yang tidak dikenali oleh sebahagian penduduk kampung tersebut?. Adakah kita akan membiarkan sahaja?.

Sikap penduduk Rhusila yang amat menyayangi TGHH pasti tidak sesekali membiarkan perkara buruk berlaku terhadap TGHH. Sedangkan AT bukan tetamu TGHH tetapi tetamu BatuApi dan saya percaya BatuApi pasti akan membawa AT berjumpa TGHH selepas mereka berdebat seperti dijanjikan. 

Kerana sikap gelojoh, keras kepala, tidak beradab dan mungkin untuk menunjukkan kehebatan beliau maka perkara tersebut belaku.Kelakuan beliau sama seperti yang dilakukan oleh fakaq yang menerjah Nasaruddin Mat Isa di perkarangan parlimen tempoh hari. Inilah sikap kurang ajar pemuda  yang tidak beradab hasil tarbiah songsang dari satu puak ba*#%#*.

Bagi pendapat saya, kelakuan AT lebih kepada provokasi dan mempunyai agenda agar blognya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung. Saya amat mengetahui akan sikap TGHH (Ayah Chik) terhadap tetamu kerana TGHH amat menghormati akan tetamunya tanpa mengira bangsa dan agama. Adalah tidak adil apabila ada blogger yang mengambil kesempatan berkaitan isu tersebut dengan memburuk-burukkan TGHH dan penduduk Rhusila kerana dendam mereka berkenaan UG dan puak Terenganu.

Untuk pengetahuan semua, apabila sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku terhadap TGHH walau dimana pun TGHH berada, penduduk Rhusila akan keluar beramai-ramai dan berkumpul di Masjid Rhusila untuk mengetahui berita terkini kerana disitulah mereka akan mengetahui pergerakan TGHH.

Pada akhir 80'an, beribu-ribu penduduk Rhusila berkehmah mengelilingi masjid dan rumah TGHH apabila terdengar ura-ura yang polis akan menahan TGHH dibawah ISA yang kesudahannya Sultan Terengganu memberi amaran agar pihak polis tidak menahan TGHH. 

Inilah sikap penduduk Rhusila yang amat menyayangi Tok Guru mereka sebagaimana penduduk Kg. Melaka mempertahankan TGNA dan jangan salahkan mereka 100% diatas tindakan mengepung dan memukul AT kerana jika AT tidak membuat provokasi, perkara tersebut pasti tidak berlaku.

Lihatlah gambar Pak Wahab bersama AT. Adakah wajah Pak Wahab menunjukan kemarahan dan adakah wajah AT menunjukan yang beliau dalam ketakutan. Disini kita boleh melihat betapa jahatnya sesetengah blogger dalam penulisan mereka disebabkan dendam UG yang tidak penuh padam sedangkan perkara tersebut sudah tutup buku.

Bagi yang kat Lombok tu pula, inikah 'Haji Mabrur' yang beliau bawa pulang?.
Kerana pandai sangat, cuma saya nak tanya pergi Mekah buat balik apa?
Kalau buat balik title 'Haji', maka pakailah gelaran Haji Deraman sampai mati.
Kalau bawa balik air Zam-Zam, minumlah sampai hilang dahaga selama-lamanya.
Jika bawa balik buah kurma, makanlah sepuas hati kamu.
Jika bawa pulang kopiah, pakailah sampai lusuh.
Jika bawa balik tasbih, bertasbihlah sampai haus jari-jari kamu.

Hakikatnya....... apa pun kamu tak bawa pulang melainkan penat dan lelah, mingkin juga 'Haji ManBeruk'. Seorang guru ditanya oleh anak muridnya bagaimana kita nak tahu solat kita diterima oleh Allah s.w.t.?. Jawab gurunya..... kamu berubah dengan membuat kebaikkan dan meninggalkan keburukkan.

Guru itu ditanya lagi........ bagaimana pula kita hendak mengetahui yang haji kita adalah 'Haji Mabrur' iaitu haji yang diterima oleh Allah s..w.t.?. Lihatlah perangai Haji Tulang Besi dan menunjuk-nunjuk gambarnya semasa kat Kaabah. Rujuk kepada Ularmamak Wan Ji dengan kitabnya 'al-Tarbiah wak-prabisberas'.

Khamis, 23 Disember 2010

Saman Ajer Ustaz........ Jenis Sanggong Gred D Ni Bukan Boleh Biar.


Puak-puak jenis gong gred D bukan boleh biar dan siap cabar suruh saman..... saman jer ustaz. Mangkin biar mangkin jadi royan. Hari tu saya saya bagi dah beberapa logik akal pasal kalau bagi hujah al-Quran dan as-Sunnah bukan diorang faham pun.

Jenis baka Che Detlah...... baka hok dok pakai sekali sejak One Malaysia merdeka. Inilah sisa-sisa peninggalan MahaFiraun dan MahaZalim dengan slogan Islam buat terap jer. Mahaguru ajar ambik  ayat al-Quran hok molek-molek je..... 

Rupa-rupanya ada juga al-Quran hok dok molek....... nilah jenis ajaran Ayah Pin. Terima kasihlah kat Che Det kerana tolong tinggalkan baka jenis sanggong gred D.
KL, 23 Dis 10: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan. 
 
Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya kepada media. Pada 8 Mac 2008, Saipul Bahrin menewaskan calon Umno-BN Hashim Ismail dengan kelebihan 783 undi.

Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata, iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook. Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut. Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut. (AK)

Selasa, 21 Disember 2010

Meh Sini Puak-Puak 'BPN' dan 'TNR'...... Tolong Tafsir Gambar Ini Pulak!!!!!!

Sebenarnya saya bukan nak letak sangat gambar kehidupan anak-anak pemimpin Umno yang bermazhabkan Ayah Pin. Cuma nak bagi tahu kat puak-puak 'Team Nadi Rakyat', inikah orang yang kamu pertahankan!!!!. 

Ini semua adalah sebagai pengesahan yang puak-puak 'Team Nadi Rakyat' atau 'Blogger Pembela Negara' sememangnya blogger upahan yang makan hasil daripada pemberian 'Bapak' Mereka (Umno).

Jika tidak...... bolehkah mereka semua berblog sepenuh masa tanpa mempamerkan iklan-iklan di blog mereka. Maka jadilah mereka semua sebagai barua-barua berbayar. 

 
View Image
View Image

View Image

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNl09ZZxEcTPRWLpkRwZPdTq3pcKuBNMHttS9Yud_IJjx2oYeDMm4JMtzMzIlO60yikuONW1DOL3M3BU2sXozN2UutTpCz3DfKUpb5WtvyVn4uwAwOaIG41NyakiemaRiFdT2-U_1rQrA/s1600/Sham_3.JPG


Kes Adun Selising : Saya Cabar Papa Gomo Buktikan Dan Saya Akan Buktikan Kes Khalwat Najib Di N9.


Memang PapaGomo ni jenis budak bodoh yang tak boleh nak bezakan antara realiti dengan fantasi. Elok sangatlah dia dengan puak baru 'Team Nadi Rakyat' selepas 'Blogger Pembela Negara' dah nak mampus kerana tiada lagi sambutan.

Tak payah susah-susah nak ugut, kalau ada bukti tolong siarkan. Kalau setakat ceramah Simamat yang entah dari pelusuk hulu mana datangnya itu dikatakan bahan bukti, simpan sahajalah bukti itu buat koleksi. Kenapa letak gelaran Ustaz Saidi Hussin, letaklah gelaran Tuan Guru Saidi Hussin baru ada class.

Tak payah cabar saman menyaman, kalau kamu dan puak-puak 'Ayah Pin' kamu ada teluq, papar sahajalah kat laman web kamu. Jenis puak-puak kami ni boleh simpan bukti ke??? Jangan kata 'Kalau' ada bukti, tak ada bukti pun puak-puak 'Ayah Pin' kamu palsukan bukti.

Gua cayalah sama puak-puak sesat kamu tu.......... kerana boleh simpan dalam peti besi bukti-bukti skandal pemimpin PAS. Patutlah kat rumah setiausaha para pemimpin Umno banyak peti besi, rupa-rupanya buat simpan bukti dan fulus. Kalau orang Mat Nor sahaja pun ada 48 peti besi, tak tahulah orang Najib One Malaysia......... mungkin 100 peti besi kut.

Gua cabar lu dan puak-puak sesat lu........ kemukakan bukti tentang skandal Adun Selising dan sebagai balasannya gua akan siarkan skandal kes khalwat Najib One Malaysia di Negeri Sembilan. Sebelum diselamatkan oleh mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Samad. Kalau setakat ceramah dan dakwaan Simamat Saidi tu......... tak payahlah.

Puak 'Nadi Rakyat' yang berideologi 'Ayah Pin' ni buta-buta kena kencing simamat Saidi. Nak kata Papa Gomo ni cerdik tak boleh, nak kata bodoh memang bodoh pun. Nak kata ada akal...... akal letak kata  kat tapak kaki pasal tak boleh fikir secara waras. 

Al-ustaz Saidi dalam ceramah tersebut berkata yang beliau tangkap Adun Selising didalam koch Vip1 bersama dengan sepupunya yang bernama Haji Fauzi. Waktu itu Adun Selising (Ustaz Saipul Bahri) hanya berseluar dalam dan perempuan tersebut (isteri seorang guru) bertuala merah. Takkanlah apabila orang ketuk pintu rumah kita, kita pakai seluar dalam je bila buka pintu.

Kemudian beliau pergi kerumah TG Nik Aziz minta Ustaz Saipul diadili mengikut hukum Hudud dan TG Nik Aziz minta beliau datang keesokkan harinya kerana TG Nik Aziz ingin melakukan solat Istikharah. Keesokkannya beliau pergi semula ke rumah TG Nik Aziz dan TG Nik Aziz kata yang dosa Ustaz Saipul telah diampunkan oleh Allah Ta'ala. Yang menjadi kemuskyilan saya ialah,
  • Adakah kereta api tersebut sedang bergerak atau pun berada didalam stor atau koch Vip1 ada depan rumah  Simamat Saidi.
  • Kalaulah Simamat Saidi seorang ustaz, beliau mesti tahu tentang kesaksian sebelum menuduh seseorang itu berzina melainkan jika beliau mengguna pakai kitab 'Ayah Pin'.
  • Dalam kitab 'Ayah Pin', jangan kata dua orang kalau tiada saksi pun hukum boleh dilaksanakan.
  • Logik tak dek akal kita bila beliau meminta Tg Nik Aziz jatuhkan hukum Hudud keatas Ustaz Saipul.
  • Begitu senang meminta seseorang menjatuhkan hukum Hudud tanpa melakukan perbicaraan.
  • Walaupun TG Nik Aziz seorang Menteri Besar, beliau bukan seorang hakim.
  • Beliau tidak menyebut nama perempuan tersebut kerana hendak menjaga maruah, kalau dah berzina ada maruah ke.
  • Boleh percaya ke..... yang Simamat Saidi tak dapat apa-apa upah dari Umno.
  • Takkan kedekut sangat Umno, sedangkan Mar Rempit kat Terengganu pun dapat topi kelendar, minyak motor penuh dan RM 60.
Dan kita tunggu sahajalah bukti yang akan dipaparkan oleh puak-puak 'Ayah Pin'......... itu pun kalau mereka ada 'Teluq'.

Jumaat, 17 Disember 2010

Baka 'Ayah Pin' menghukum TG Nik Aziz Masuk Neraka........ Lu Sape!!!!






















Rasulullah telah menyeru kepada kita agar berhenti dan diam apabila ada jenazah/mayat melalui dihadapan kita tanpa mengira apa pegangan agama mereka............ tetapi kenapa ya!!!!. Wahai para pakar-pakar agama yang bertaraf 'Ularmamat'......... tolong bagi tahu kat aku sikit!!!!. Pasal aku bukan taraf kamu nak hukum siapa masuk Syurga dan siapa masuk Neraka.

Kalaulah kamu dah hukum Nik Aziz Masuk Neraka, bagaimana pula kamu hukum Che Det, Najib, Rosmah dan seluruh pemimpin Umno!!!!. Adakah mereka semuanya ahli-ahli Syurga sebagaimana Rasulullah menamakan 10 Sahabat yang di janjikan Syurga.

Aku ni sememangnya jahil bab-bab agama ni, tak macam kamu yang bertaraf 'Ayah Pin'. Aku tak berani nak hukum siapa masuk Syurga atau Neraka kerana pasal aku jahil pasal agama. Jangankan orang itu hidup lagi, kalau dah mati pun aku tak berani nak hukum pasal aku tahu Allah s.w.t. adalah Tuhan yang Maha Pemberi  Rahmat.

Aku tak tahulah pulak dengan puak-puak kamu yang bertaraf 'Ayah Pin', mungkin puak-puak kamulah yang akan memberi syafa'at di alam akhirat kepada pengikut kamu dihadapan Allah s.w.t. Tuhan yang memiliki seluruh alam ini.
Bagi aku yang jahil ni satu sahaja yang aku boleh kata, iaitu "Engkau Dengan Agama Puak-Puak Engkau Dan Aku Dengan Agama Aku".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular