Translate

Ahad, 9 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 8)

KEBENCIAN DARWIN TERHADAP BANGSA TURKI
Matlamat utama penjajahan British sepanjang akhir abad ke-19 ialah Empayar Uthmaniyyah.
Pada waktu itu Empayar Uthmaniyyah memerintah kawasan yang luas daripada Yaman ke Bosnia-Herzegovina. Tetapi kemudian ia menghadapi masalah untuk mengawal kawasan ini yang telah ditadbir secara aman, tenang dan stabil. Minoriti Kristian telah mula bangun di atas nama kemerdekaan, dan kuasa-kuasa ketenteraan yang hebat seperti Rusia telah mula mengancam kerajaan Uthmaniyyah.
Pada suku terakhir abad tersebut, British dan Perancis telah menyertai kuasa-kuasa yang sedang mengancam Uthmaniyyah. British telah mengawasi kawasan-kawasan selatan Uthmaniyyah. Perjanjian Berlin, yang ditandatangani pada 1878, adalah satu ekspresi pilihan penjajah-penjajah Eropah untuk membahagi kawasan-kawasan jajahan Uthmaniyyah. Lima tahun kemudian, pada 1882, British telah menduduki Mesir, yang merupakan sebuah tanah jajahan Uthmaniyyah. Penjajahan British telah mengatur rancangan untuk mengambil alih tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Timur Tengah.
Seperti selalu, Britain mengasaskan polisi jajahannya berdasarkan rasisme. Kerajaan British cuba menggambarkan bangsa Turki, yang menjadi elemen asas Uthmaniyyah, dan secara keseluruhannya kerajaan Uthmaniyyah sebagai manusia yang "mundur".
Perdana Menteri British, William Ewart Gladstone secara terbuka telah menyatakan bahawa bangsa Turki adalah contoh manusia yang bukan manusia, dan demi tamadun mereka, mereka mesti diusir kembali ke padang rumput Asia dan dihapuskan daripada Anatolia.23


KEBENCIAN DARWIN TERHADAP TURKI DI DALAM SURAT-SURAT PERIBADINYA:

Charles Darwin telah menggunakan teorinya untuk memasukkan di dalam politik Britain rancangan menentang kerajaan Uthmaniyyah, dan cuba membuktikan bahawa bangsa Turki adalah satu bangsa yang mundur. Sehingga ke hari ini, musuh-musuh Turki masih mendapatkan sokongan daripada teori Darwin yang tidak masuk akal ini.

Ini semua, dan kenyataan-kenyataan seperti ini telah digunakan oleh kerajaan British selama beberapa dekad sebagai alat propaganda untuk menentang Uthmaniyyah. British cuba menggambarkan bangsa Turki sebagai satu bangsa yang mundur dan mereka harus menundukkan kepala mereka kepada bangsa-bangsa Eropah yang lebih maju.
"Asas saintifik" terkenal untuk propaganda ini adalah Charles Darwin!
Ulasan-ulasan Darwin berkaitan dengan bangsa Turki terdapat di dalam bukuThe Life and Letters of Charles Darwin, diterbitkan pada 1888. Darwin menganggarkan bahawa dengan menghapuskan "bangsa-bangsa mundur" ini, pilihan semula jadi akan memainkan peranan di dalam membangunkan tamadun, dan kemudian telah mengeluarkan kenyataan berikut berkenaan dengan bangsa Turki:
Saya dapat buktikan perjuangan di dalam pilihan semula jadi telah berlaku dan masih terus berlaku untuk perkembangan ketamadunan yang kamu cenderung untuk mengakuinya. Ingat apakah yang menaikkan bangsa-bangsa Eropah, beberapa abad dahulu ketika ditakluki oleh bangsa Turki, dan betapa mustahil idea seperti ini sekarang! Bangsa-bangsa kulit putih yang lebih maju telah menewaskan bangsa Turki di dalam perjuangan untuk hidup. Lihat kepada dunia hari ini, berapa banyak bangsa-bangsa bawahan telah dihapuskan oleh bangsa-bangsa yang lebih maju di seluruh dunia.24
Kegilaan Darwin ini adalah satu alat propaganda yang ditulis untuk memberikan sokongan kepada polisi British untuk memusnahkan Empayar Uthmaniyyah. Dan alat propaganda ini sangat efektif. Kata-kata Darwin bahawa "Bangsa Turki akan hilang, ini adalah undang-undang evolusi", telah memberikan sokongan saintifik kepada propaganda British untuk mencetuskan dendam terhadap bangsa Turki.
BERSAMBUNG......

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular