Translate

Isnin, 31 Januari 2011

Ulasan Ranking Untuk Top Ranking Online Yang Terkini.

Blog ranking statistics
Kali ini pihak Top Ranking Online telah meminta saya membuat ulasan berkenaan ranking yang baru di keluarkan oleh TRO dan terima kasih saya ucapkan kepada TRO diatas kepercayaan yang diberikan kepada blog Musafirlalu.

Ranking kali ini memperlihatkan kemasukkan blog-blog yang mempunyai kedudukkan yang kukuh dengan terkeluarnya 17 blog pada ranking yang lepas. Kali ini pihak TRO telah memasukkan 11 blog baru yang belum pernah disenaraikan dengan blog Bersama Mazidul berada di tangga teratas iaitu pada tangga ke 18.

Apa yang saya difahamkan, sepatutnya blog Malaysian United yang sepatutnya memberi ulasan tetapi kerana blog beliau akan disebut, maka pihak TRO menyerahkan kepada saya untuk mengulasnya. Mengikut apa yang dijanjikan oleh TRO kepada Malaysian United pada 15 January iaitu TRO akan membantu Malaysian United untuk berada dalam Top 10 untuk tempoh 3 minggu.

Nampaknya TRO telah menunaikan janjinya kerana blog tersebut sekarang telah pun berada di tangga 15  (rank 640 ) berbanding ditangga ke 74 (rank 2378) pada 17 Januari yang lepas..... Tahniah saya ucapkan diatas pencapaiannya.

Pada ranking terbaru ini, sebanyak 17 blog telah terkeluar dari senaraian dengan hanya 53 blog sahaja yang meningkat anak tangga berbanding 111 blog turun dari kedudukan pada ranking yang lepas. 10 kedudukan teratas masih seimbang diantara mesra Bn dan mesra PR berbanding pada ranking 24 Januari yang dikuasi oleh blog mesra BN.

Pada kali ini hanya 20 blog sahaja yang kekal kedudukannya dengan jatuh naik blog-blog begitu drastik mungkin disebabkan PRK Tenang yang baru selesai. Yang menarik pada kali ini adalah laman bantuan kepada TRO iaitu Top Ranking Online 1 yang baru sahaja dimasukkan kedalam carta. 

Laman tersebut telah meningkat sebanyak 44 anak tangga daripada tangga ke 180 telah berada ditangga ke 136. Blog Selangor Daily jatuh sebanyak 48 anak tangga iaitu daripada tangga ke 133 jatuh kepada tangga ke 181, blog tertinggi yang jatuh anak tangga.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah pada ranking akan datang, hanya blog yang berada dibawah 9,000 rank sahaja yang akan berada didalam carta Top 200. Apa pun, janganlah terlalu kecewa kerana apa-apa kemungkinan boleh berlaku jika saudara selalu update blog masing-masing.

Nasihat daripada saya, saudara boleh menghubungi Webmaster TRO jika saudara ingin meminta nasihat tentang cara untuk meningkatkan ranking anda.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular