Translate

Rabu, 9 Februari 2011

Ulasan Ranking Untuk Top Ranking Online.

Blog ranking statistics

Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh TRO menunjukkan blog BurukSangkakala naik mendadak ke tangga 672 selepas ditolak 20.217 juta. Tak tahulah mamat ni sorang, tak cukup serang blogger satu daerah (WZWH) tiba-tiba dengan penuh histeria menyerang TRO. Inilah akibatnya bila kerja jaga stor kilang getah, banyaklah masa curi tulang. Dah duduk kat ladang getah buat apalah kerja kilang getah, kan tak pasal-pasal berputih mata. Orang pergi toreh getah dapat RM 5-6 ribu sebulan, itu pun kerja 3 hari seminggu je dia kerja 6 hari seminggu dapat RM 700-800 sebulan...... kan..... kan nyesal. Memang sah....... tak pandai kira. Tak apalah bagi kredit sikit kat blog dia. So...... kita ulas rankinglah pulak........ kalau layan simamat ini, sehari pun tak selesai.

Kali ini 4 blog baru mula disenaraikan yang diketuai oleh blog Pen Buruk dimana blog tersebut terus berada ditangga 17 (mungkin bayar lebih kat TRO kut). Sebanyak 7 blog terkeluar dari senarai Top 200 (ini mungkin kes tak bayar kat TRO) dan 16 blog masih kekal ditempat masing-masing.

71 blog meningkat  kedudukkan dimana blog Angin Perubahan meningkat sebanyak 34 mata tetapi blog  Rumah Kaca dan Bicara Abu Nawas mula menunjukkan taring dengan peningkatan sebanyak 33 mata (ini mesti ada main mata sama TRO). Sebanyak 106 blog jatuh anak tangga yang mana blog Smart Generation jatuh sebanyak 52 mata dan Uncle Seekers sebanyak 45 mata (yang ni sah tak bayar kat TRO pasal Uncle Seekers awal-awal lagi dah bagi tahu beliau dah muflis). Sepatutnya ulasan ni TRO bagi kat Abu Nawas, pasal dia pandai sangatlah bab-bab ni.

Apa yang menarik ialah,  kebanyakkan blog-blog baru yang menguasai ranking kali ini (pasal boleh hulur kat TRO, tunggulah bila kamu semua pokai.... baru kamu caye kat BurukSangkakal). Mungkin kerana banyak blog-blog disenaraikan, oleh itu yang lebih daripada 9,000 tak ada cam ler........ tapi itu tak jadi masaalah kerana BurukSangkalala ada banyak masa, bolehlah buat teman sembang.

Cukup buat setakat ini ulasan dari Musafirlalu kerana lepas ni nak serang blog-blog BPN pulak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular