Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak pada
Sabtu lalu, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai ahli kabinet
negeri yang baru hari ini selepas BN sekali lagi diberi mandat
membentuk kerajaan negeri.
Lima
daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
(PBB) dan setiap seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti
Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak
(SUPP).
Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan di
hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin
Abang Barieng, di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra
Jaya di Kuching.
Mereka terdiri Timbalan Ketua
Menteri, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Timbalan Presiden PBB; Presiden
PRS, Datuk Seri Dr James Masing; Presiden SPDP, Datuk Seri William
Mawan dan seorang lagi Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari
Tun Openg; Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh;
Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Naib
Presiden PBB, Datuk Seri Michael Manyin dan Timbalan Ketua Wanita PBB,
Datin Fatimah Abdullah.
Portfolio baru masing-masing belum diumumkan.
Majlis turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Taib,
yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB, mengangkat sumpah
sebagai ketua menteri pada Sabtu lalu selepas BN menang 55 daripada 71
kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-10 itu. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 18 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki s...
-
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan