Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 16 April 2011

Terkini : BN- 8, Pakatan- 5... Tidak Rasmi, BN- 8, Pakatan- 10.


6.20pm: Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng memberitahu  Malaysiakini berdasarkan pengiraan awal tidak rasmi setakat ini, DAP mungkin tewas di empat kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya.

He memerhatikan keputusan tidak rasmi dari layar gergasi yang dipasang dari pusat operasi DAP di Sibu.

Menurut Wong, empat kerusi itu adalah Simanggang, Dudong, Bawang Assan dan Bukit Kota.


DAP masih mendahului di Piasau, yang disandang oleh ketua SUPP Dr George Chan. 

DAP: 1,088
SUPP: 771

6.17pm: SUPP dikatakan berjaya mempertanakan Bawang Assan dengan majoriti 1,850 undi. Kerusi itu ditandingi oleh orang kuat Sibu, Datuk Wong Soon Koh yang ditentang oleh Alice Lau. Namun, empat peti undi masih belum dibuka.



6.13pm: Tidak Rasmi: PAS kalah disemua lima kerusi yang ditandinginya - - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

6.04pm: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata DAP hampir pasti mempertahankan Meradong dan mungkin juga merampas Repok dari Supp (kedua-duanya di Sarikei) tetapi tewas di Bukit Raja yang kali pertama ditandinginya.

Bukit Raja mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau iaitu sebanyak 54.3 peratus manakala pengundi Cina hanya 30.8 peratus.


5.54pm: Di Piasau, Tan Sri George Chan dari SUPP ketinggalan di belakang calon DAP Ling Sie Kong. George kini mendapat 428 undi manakala Ling memperolehi 680 undi. Di Kidurong, calon SUPP, Henry Ling Koung Meng mendahului dengan 824 berbanding 530 untuk calon DAP Chiew Chiu Sing. 

6.00pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS gagal merampas kerusi Beting Maro dari BN-PBB.

PAS - 2,578 undi
BN - 3,014 undi
Majoriti - 436 undi
Undi rosak - 48


Komen calon PAS di Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Ahmad Masagus:

"Walaupun kita kalah tetapi masyarakat Cina dan Iban memberikan sokongan penuh kali ini. Cuma di (daerah mengundi) Beladin kita kalah seribu lebih. Saya terimalah kekalahan ini."

Ditanya sama ada puas hati dengan peningkatan undi walau kalah, beliau berkata:


"Mungkin strategi kita agak kurang atau mungkin ada yang terlepas pandang. Saya anggap ini takdir."

Abang Ahmad akan terus membantu penduduk Beting Maro seperti biasa.


Manakala di Sebuyau, calon BN Julaihi Narawi mendahului dengan 2,387 undi. Calon PAS, Adam Ahid mendapat 841 undi manakala seorang calon Bebas hanya mendapat 54 undi.

5.46pm: Menurut sumber, BN berjaya mempertahankan Balingian, Beting Maro, Belaga, Saribas, dan sedang mendahului di Ngemah, Jepak, Katibas, dan Bawang Assan

5.44pm: Berikut keputusan tidak rasmi pengiraan awal daripada sumber DAP:

DAP - Alice Lau - 1161
BN - Wong Soon Koh - 2723

DAP - Yap Hoi Liang - 2082
BN - Tiong Thai King - 2862

DAP-  Wong Ho Leng - 301
BN - Chieng Boon Tuong 265

DAP - Ting Tze Fui - 1969
BN - Ling Kie King - 1170


5.32pm: Pengurus Kempen PKR di Ba'Kelalan, Paul Bian mengesahkan abangnya Baru Bian yang juga seorang peguam berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan pengerusi PKR Sarawak itu mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira. Pusat itu hanya mempunyai sekitar 100 pengundi.



5.30pm: Di Piasau, timbalan ketua menteri, Tan Sri Dr George Chan memberi cabaran hebat kepada calon DAP Ling Sie Kiong.

Daripada saluran 1 di DM Merbau, Chan mendapat 83 undi manakala Ling pula 90 undi manakala undi rosak - 2.



5.27pm: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sedang mendahului di Balingian. Dengan lima pusat mengundi dikira, beliau mendapat majoriti 641 undi.

Taib dicabar oleh dua pupunya, bekas timbalan menteri, Datuk Salleh Jafaruddin, yang bertanding sebagai calon Bebas manakala PKR pula meletakkan ahli perniagaan wanita Suriati Abdullah dari PKR.  

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular