Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 22 April 2011

Tidak Wajar Hadi Di Cabar.



Pelan peralihan pucuk pimpinan parti itu akan berlaku apabila "tiba masanya", kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman.

"(Jadi) perubahan kepimpinan telah berjalan sebenarnya seiring dengan keperluan semasa," katanya.
NONEKetua penerangan PAS Johor itu berkata secara tradisinya amalan yang diamalkan dalam parti itu "sangat menghormati kepimpinan dan bukan budaya saingi-menyaingi" antara satu sama lain.

Sambil berkata, tidak pernah berlaku cabar-mencabar, Mazlan mengambil contoh peralihan kepemimpinan dari Yusof Rawa kepada Fadzil Mohd Noor sehingga kepada Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK) berkata beliau tidak nampak kewajaran Abdul Hadi perlu ditukar.

"Kalau pun ada usaha (untuk mencabar presiden) mungkin dari satu dua kawasan, walaupun ianya tidak salah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mazlan mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia dicabar dalam pemilihan parti dalam muktamar parti itu bulan depan.

Ahli parlimen Marang itu dilaporkan mengalu-alukan mana-mana pemimpin yang mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut kerana tidak selamanya beliau akan memimpin parti itu.

"Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya merebut jawatan presiden), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya. Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," katanya dalam satu laporan hari ini.
merlimau by election pas candidate announcement 240211 hadi awangSebelum ini, dilaporkan sejak awal mesyuarat kawasan bermula pertengahan Mac lalu, Abdul Hadi tidak menghadapi masalah untuk mempertahankannya selepas mendapat dua pencalonan minima. Antara kawasan mencalonlan beliau adalah Muar, Temerloh dan Parit.

Bagaimanapun, PAS Bukit Bintang mencalonkan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa untuk mencabar Abdul Hadi.

Husam, bagaimanapun, telah menolaknya dan sekadar mahu mempertahankan jawatannya dalam jawatankuasa PAS pusat.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pada hakikatnya, Abdul Hadi mendapat sokongan lebih 95 peratus kawasan untuk mengekalkan jawatan presiden.

"Saya yakin cubaan itu tidak memberi kesan kepada keseluruhan kawasan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa PAS Mohamad Hanipa Maidin juga bersetuju dengan Mazlan bahawa tidak nampak keperluan Abdul Hadi dicabarkan.

Bahkan, katanya, perwakilan dari kawasan "melihat kepimpinan Abdul Hadi diperlukan" pada masa kini.hanipah maidin"(Pelan peralihan) bergantung kepada perwakilan untuk membuat perubahan. PAS sebuah parti yang demokrasi, sesiapa sahaja boleh mencabar dan dicabar.

"(Tetapi) saya tidak nampak dalam masa terdekat ini, jawatan presiden akan dicabar... Saya tidak nampak dalam masa terdekat (perwakilan) membuat keputusan untuk menukar presiden parti.

"Mungkin kawasan Bukit Bintang special sikit, selalu buat kejutan, tapi saya tidak nampak sentimen itu memperngaruhi kawasan lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. MK
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular