Translate

Memaparkan catatan dengan label PAS Haji Hadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS Haji Hadi. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Oktober 2012

Amat Bodohlah Kalau Ditipu 'Syaitan Yang Dikenali'.



Tuan Guru Abdul Hadi

ULASAN: Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku pernah menyaksikan satu persefahaman di rumah Abdullah bin Jud'aan, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya." (Al-Sirah Al-Nabawiyyah, Ibn Kathir)

Peristiwa bersejarah ini berlaku di masa jahiliah, ketika Rasulullah SAW belum dilantik menjadi rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus di kalangan pemimpin utama Mekah.

Rasulullah SAW diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Mekah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi seorang bangsawan Mekah bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan dan kenalannya, kerana kedudukan bangsawan si zalim itu.

Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Mekah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari para pemimpin Mekah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half al-Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.

Rasulullah SAW bersabda tersebut di atas dengan huraiannya: "Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya."

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya." (Riwayat Ibn Majah)
Di atas konsep inilah maka Rasulullah SAW menerima persefahaman tersebut, walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliah. 
Kerjasama politik berpandukan nas


Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. 

Rasulullah SAW juga menyatakan sempadan dengan sabdanya yang bermaksud:
"Orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab atas segala syarat yang mereka tetapkan, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram." (Riwayat Al-Bukhari dan selainnya)




PAS adalah parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan Umno.

Begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen BN yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada al-Quran dan Sunah, Ijmak Ulama dan Qias.

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan tahaluf (kerjasama) yang berpandukan nas tersebut di atas. Pakatan adalah muafakat politik dalam konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum fikah politik Islam.
Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, masyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.
Umno yang mewakili Melayu-Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak membezakan antara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam.

Islam pernah memperkasakan Arab. Dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melimpah ruah.

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS, Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama Umno, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.

Tak halang ahli DAP minum arak, tapi...

Cukuplah menegakkan Islam ala-Umno yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.

Melayu yang perkasa bersama Umno, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak di atas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga.

Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walaupun disembunyikan di bawah tikar yang hina.

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia.

Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh (bertoleransi) mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan BN bersama Umno dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan muktamar khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama Umno, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama Umno.

Kemudian PAS dihalau keluar daripada BN pada 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh Umno dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihan raya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan Umno.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah Umno dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada Umno. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional (PKN) yang juga berpecah daripada Umno. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

Hudud: Umno ibarat ayam jantan

PAS mengucapkan terima kasih kepada Umno dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu-Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama-sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama Umno sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.

Kaum lain di kalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam Umno atau bersekongkol bersamanya.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walaupun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjasama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990-an berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin PKR dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walaupun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah senario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan Umno berjuang menegakkan hukum hudud laksana ayam jantan kokok berderai ada hal ekornya bergelumang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya Umnolah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa di peringkat negeri dan pusat.

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan istiqamah di tengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.
Berguru dengan media yang berniaga dengan politik

Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990. Sehingga kini PAS menjadi penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran Umno bagi melemah dan menjatuhkannya atas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisme.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang bawah parti Gerakan sebelum BN dan Sabah bawah PBS. Inilah hakikat Umno dengan Melayu dan Islam anutannya.

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada Umno.

Kepada ahli dan penyokong PAS, saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang berniaga dengan politik.

PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjemaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah SAW: "Sesiapa yang memencilkan diri daripada jemaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya."

Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali. MK

Selasa, 10 Januari 2012

Media dan pilihan raya adil

Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kepimpinan mereka. Terminologi akar umbi “dēmokratía” yang berasal dari bahasa Greek ini memberi maksud – “rule by the people” atau “pemerintahan oleh rakyat”. Pemahaman terhadap maksud demokrasi ini yang pada pandangan Barat tidak mempunyai kaitan dengan Tuhan Yang maha Pencipta, telah diperkembangkan dan disuntik roh hubungan manusia-Tuhan menerusi pandangan para sarjana Islam dalam bentuk penulisan di sepanjang zaman kegemilangan Islam. Antaranya kitab-kitab hasil karangan para ulama Islam dalam aspek politik seperti karya tersohor Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun (1332-1406 M), Al Mawardi (972-1058 M), Al Ghazali (1058 - 1111M), Imam Al Haramain Al Juwayni (1028 -1085M ), Ibnu Taimiyyah (1263 -1328M), Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1292-1350M) dan lain-lainnya yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah. Encyclopaedia Britannica (15thed.,Vol.9, p.148) antaranya memuatkan testimoni ahli sejarah British, Arnold J.Toynbee, memperakukan bahawa karya Muqaddimah adalah “membicarakan aspek falsafah sejarah yang paling hebat pernah ditulis oleh sesiapa di sepanjang zaman”.

Sebelumnya negara-negara Eropah yang dihimpit kezaliman terpaksa melakukan revolusi berdarah yang mengorbankan raja, pemimpin dan rakyat.

Sekiranya kita mengkaji hal ini secara lebih jauh dan mendalam, Al-Quran sebenarnya telah menceritakan kisah-kisah benar perjuangan para Rasul A.S. berdakwah, umpamanya Nabi Ibrahim dan Nabi Musa AS, para nabi ini dalam masa yang sama menentang kerajaan yang zalim, menindas dan memperhambakan rakyat, serta menyalah gunakan harta negara mengikut hawa nafsu. Walau pun tamadun kebendaannya tersergam menakjubkan, seperti 138 buah binaan Piramid di Mesir, Petra di Jordan, yang kesemuanya masih menjadi kesan sejarah yang dibanggakan sehingga zaman terkini, tetapi dilupakan betapa tamadun itu dibina di atas  mayat-mayat rakyat yang diperhambakan.

Semua  kerajaan zalim  ini dinamakan jahiliyyah, walau pun dianggap bertamadun, semuanya berakhir dengan kejatuhan yang meninggalkan nama-nama buruk yang dikutuk dalam catatan sejarah, walau pun meninggalkan bangunan dan binaan yang indah. Ramai yang tidak menyedari bahawa Allah SWT mengutuskan para Rasul memimpin rakyat menentang kerajaan-kerajaan yang sangat zalim itu.

Apabila Nabi Muhammad SAW berjaya menegakkan negara dengan petunjuk Al Quran dengan sempurna sehinggalah wafat meninggal dunia, Baginda SAW telah berjaya mendidik para sahabatnya. Dalam sejarah generasi awal Islam, khususnya di zaman Khulafa Rasyidin yang paling banyak menjadi teladan, setiap tokoh Khalifah yang dipilih secara musyawarah menyampaikan ucapan, bahawa ketaatan kepada pemimpin adalah tidak mutlak, dinyatakan syarat yang tegas, selagi pemimpin itu tidak zalim dan tidak menyeleweng daripada perintah Allah dan Rasul.

Para ulama tafsir Al Quran, Hadith, sehingga ilmu Tasawuf yang paling teliti mengecualikan takrif mengumpat yang dikira dosa besar, apabila mendedahkan kejahatan yang membawa fasik daripada seseorang yang bertaraf pemimpin di kalangan ulama dan umara (ketua negara), kerana kejahatan kalangan ini sangat mempengaruhi masyarakat umum. Mereka menamakan perkara Al Jarhu wa Ta’dil,  sehingga menjadi istilah ilmu Asanid(untuk mensahihkan sesuatu riwayat) dalam meriwayatkan hadith dan lain-lain sumber ajaran Islam.

Para ulama Islam dengan tegas menyatakan pendedahan kejahatan dan kebaikan seseorang menjadi hukum wajib apabila menjadi saksi di mahkamah, bagi menjamin berlakunya keadilan kepada hakim yang membuat keputusan. Saksi bohong pula berdosa besar dan boleh dijatuhkan hukuman mengikut ukuran sesuatu tuduhan.

Sistem Demokrasi Moden melantik rakyat menjadi hakim bagi menentukan pemimpin atau parti yang memerintah negara. Mengikut ajaran Islam pula, urusan politik memilih pemimpin adalah amanah yang sangat besar. Maka pilihan raya adalah mahkamah rakyat  dalam menunaikan amanah besar ini.

Semua negara yang maju menjadikan pilihan raya sebagai peluang untuk memilih kerajaan yang adil dan mampu memajukan negara serta membela rakyat. Setiap kelemahan dan kesilapan menyebabkan kerajaan dan pemimpin akan dihukum oleh rakyat dengan adil dan telus. Para pemimpin pula mempunyai maruah tinggi dan berjiwa besar, rela dihukum dalam pilihan raya atau meletakkan jawatan sebelum pilihan raya, kalau betul-betul bersalah atau walau pun tidak bersalah. Kalau sebab fitnah maka nilai tambahnya sangat besar, kalau pun bersalah maka peluang ini dimanafaatkan untuk bertaubat dan membaiki imej.

Dalam amalan Demokrasi adil, peranan media disemua lapangan, dikira sangat penting bagi pilihanraya yang adil, kerana mereka meletakkan media sebagai saksi kepada mahkamah rakyat untuk mejatuhkan hukuman dengan adil, kerana pengundi yang membuat keputusan adil wajib mendapat maklumat yang benar dan teliti. Adalah tidak adil bagi pengundi untuk membuat keputusan dengan kempen  sebelah pihak sahaja dengan pihak satu lagi mempunyai peluang yang sangat terhad, atau peluang yang tidak sama rata, tidak saksama dan adil. Keadaan terus menerus menjadi penyakit lebih parah hingga merosakkan negara kalau berlaku politik wang rasuah bagi mengabui pemikiran rakyat.

Maka cara yang benar dan adil ialah media diberi peluang secara bebas kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya, sama ada kerajaan atau pembangkang. Sehingga bertaraf sama di sepanjang masa, supaya rakyat sentiasa melakukan muhasabah terhadap kerajaan, parti dan  wakil rakyat mereka. Tuduhan yang benar terimalah hukuman dengan adil, tuduhan fitnah pula terimalah padahnya, sama ada melalui undang-undang pengawalan dan pengawasan media atau keputusan rakyat dalam pilihan raya.

Ada negara yang memberi peluang secara lebih terperinci, dibuka peluang semua pemimpin utama parti berhujah dalam media, samada secara debat atau berdailog secara lansung dan terbuka.  Semua pihak bukan sahaja boleh menonton dalam kaca TV, bahkan boleh melibatkan diri dengan berbagai-bagai soalan. Seluruh rakyat boleh menilai secara langsung terhadap ketokohan dan peribadi pemimpin  atau bakal pemimpin dengan lebih teliti, kerana memilih pemimpin adalah amanah yang sangat  berat.

Selepas pilihan raya media tetap diberi hak sepanjang masa melakukan muhasabah bagi pihak rakyat dan negara. Pihak media yang salah laku juga boleh dihukum dengan tindakan undang-undang yang adil atau dipulau oleh rakyat.

Dalam sejarah Islam, apabila Khalifah Abu Bakar RA dipilih menjadi Khalifah selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. beliau menyampaikan ucapan sulungnya :
“Wahai tuan-tuan !, Saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, pada hal saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya berlaku baik tolonglah saya, sekiranya saya melakukan kesilapan perbetulkan saya, benar adalah amanah, bohong adalah khianat" .

Inilah contoh keterbukaan seorang pemimpin yang menjadi teladan, meminta semua pihak berlaku ikhlas dan berani, jangan mengampu sehingga berbohong, yang betul dibantu, yang salah diperbetulkan, yang silap ditegur secara beradab, kalau menjadi makhluk perosak maka diturunkan dengan cara setimpal.

Para ulama melaporkan dalam kitab-kitab karangan mereka, banyak contoh di zaman keemasan sejarah Islam, apabila penganutnya disemua peringkat, pemimpin dan rakyat bersikap terbuka memberi nasihat dan teguran menunaikan kewajipan muhasabah. Hasil penulisan yang berharga ini dipungut oleh para orientalis sehingga mempengaruhi perubahan Demokrasi Moden daripada Demokrasi purba.

Kita menyaksikan berlaku berbagai-bagai peristiwa dalam dunia terkini, sejak masa terdekat di abad yang lalu dan yang paling mutakhir, apabila negara-negara dunia yang bertanggungjawab sentiasa mengislahkan (menambah baik) amalan Demokrasi masing-masing. Demokrasi pilihanraya pula bukanlah semata-mata memangkah kertas undi, tetapi hak demokrasi berpilihan raya menjangkaui semua proses pendaftaran pengundi, peraturan yang adil, media yang bebas, pihak berkuasa yang berkecuali, sehinggalah kepada kebebasan rakyat memilih tanpa sebarang elemen rasuah yang boleh mempengaruhi mereka.

Di negara Eropah dan Amerika, mereka melaksanakan hak media menjadi saksi adil kepada rakyat, termasuklah juga di negara Asia Tenggara seperti Filipina, Indonesia dan Thailand. Rakyat menukarkan kerajaan berbagai parti silih berganti melalui pilihan raya, sehingga tidak ada parti yang boleh memerintah dalam tempoh yang terlalu lama apabila melakukan kesilapan atau mengalami kelemahan. Ada juga berlaku parti yang memerintah mengundurkan diri lebih awal, apabila dituduh dalam perkara besar, memberi peluang diadakan pilihanraya semula untuk mendapat kepercayaan rakyat seperti yang berlaku di Itali dan Greece  beberapa bulan lalu.

Ada yang sekadar mendapat kepercayaan di parlimen sahaja dengan memberi hak tanpa paksaan kepada wakil rakyat termasuk daripada parti kerajaan yang memerintah. Ada juga presiden atau perdana menteri atau menteri kabinet meletakkan jawatan lebih awal. Semuanya  berlaku apabila terdapat pendedahan media secara adil kepada rakyat dan semua pihak merasa bertanggungjawab menunaikan amanah.

Ada negara yang berani memberi kebenaran kepada Parti politik daripada media cetak sehinggalah memiliki stesyen TV yang boleh menyatakan dasar dan perjuangan dan perbezaannya dengan kerajaan dan Parti lain. Terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian sendiri, atau semua media ini diselia menerusi undang-undang yang mengawasinya.

Malangnya masih banyak kalangan negara membangun termasuk Malaysia,  ada yang mendakwa sudah bertahap maju, pada hal tercorot, bukan sahaja tercorot dalam  bidang ekonomi mengisi perut rakyat, bahkan tercorok juga dalam bidang minda kefahaman berpolitik sehingga membodohkan rakyat dengan kawalan media supaya berpihak kepada parti yang menjadi kerajaan sehingga  rakyat  menjadi jahil murakkab (jahil yang tidak tahu dirinya jahil dan merasa bijak).  Maka berlakulah minda tertutup dan terkongkong. Mana-mana pihak yang menegur kerajaan termasuk dalam kerajaan sendiri pun tidak diberi hak yang sewajarnya untuk membuka minda yang bijak memperkasakan rakyat dan kerajaan sendiri. Maka jadilah kerajaan itu Maha Suci daripada segala sifat kekurangan, walau pun pemimpinnya adalah makhluk manusia, cuma berada di singgahsana dan kerusi  memerintah negara  berlagak seperti Tuhan.

Menyekat kebebasan media boleh melemahkan kerajaan sendiri kerana sentiasa syok sendiri, tanpa menyedari kesilapan dan kelemahan, atau  menutup kelemahan dan kesilapan secara degil, atau sentiasa menipu diri sendiri  menggunakan  media, akhirnya tamat riwayat cara memalukan dan terkutuk sehingga telah mati tanpa taubat, dan  berada dalam kubur terus dikutuk masyarakat yang dizaliminya.

Peranan media mengikut Islam ditempatkan dalam medan Jihad Akbar sekiranya berani menyatakan benar dan adil, menentang kezaliman, kerana  pengaruhnya yang besar dalam masyarakat awam yang lemah. Banyak negara melahirkan tokoh media yang berani sehingga dibunuh dan dipenjara, seperti di negara komunis di zaman tabir dan kuku besi, negara barat dan negara Asia dan Afrika juga melahirkan tokoh Islah di kalangan media.

Bagi umat Islam kerajaan dan pemimpinnya adalah ujian dalam kehidupan dunia, sebelum dicabut nyawa dan disumbat kedalam kubur, memasuki alam akhirat. Maka menjadi hikmat besar apabila seseorang Islam disunatkan berwirid selepas solat dengan firman Allah SWT :

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27 ) آل عمران .
Maksudnya : “Katakanlah: "Wahai Tuhanku yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup dan Engkau beri rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)".

Menunjukkan bahawa Allah SWT tidak mengekalkan kerajaan yang memerintah selama-lamanya, sama ada adil atau zalim, yang kekal hanya kerajaan Allah yang mencipta dan memiliki seluruh alam. Kerajaan yang silih berganti adalah ujian menunaikan amanah dalam kehidupan dunia. Kerajaan yang adil menjadi teladan, kerajaan yang zalim menjadi iktibar.

Peranan Media wajib menjadi saksi yang adil kepada rakyat, menyatakan yang benar dan meyebarkannya dan mengkritik membina dan akhirnya mendedahkan kesilapan dan kezaliman, mengambil peluang fadilat sabda Rasulullah S.A.W. 
: 
”Jihad paling besar pahalanya ialah menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim “.

Kalangan  ulama soleh menegaskan;”Orang yang diam menyembunyikan yang benar adalah syaitan bisu”.

Presiden PAS

Khamis, 5 Januari 2012

TGNA Atau TGHH Sebagai PM, Satu Cadangan Paling Ideal.



Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

husan ali pc 050112 01Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Untuk jadi pemimpin track recordmesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira.

“Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah.

“Sebab kita nak jadi pemimpin dan pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya.
Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.
nik aziz hugging hadi awang 230708“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.

“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.
Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.
“Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.

“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.
Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

“Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi. MK

Rabu, 27 April 2011

PAS Kedah Sokong TGHH Pertahan Jawatan Presiden.



PAS Kedah akan terus menyokong dan mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Abdul Hadi adalah orang yang paling layak memimpin PAS ketika ini kerana berjaya membawa banyak perubahan kepada parti.
pas muktamar 130610 abdul hadi awang"Beliau telah membawa kejayaan besar kepada PAS. Di bawah beliau, kita dapat menawan Kedah...kita juga dapat mengekalkan Kelantan. Beliau juga berjaya meyakinkan ahli-ahli untuk bekerjasama dan berganding bahu di bawah Pakatan Rakyat.

"Dulu kita susah nak bekerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat," kata menteri besar Kedah itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Star hari ini.

Ditanya sama ada beliau berhasrat bertanding jawatan tertinggi parti dalam pemilihan itu, Azizan berkata beliau menyerahkan kepada anggota parti untuk mencalonkannya bagi sebarang jawatan.

"Saya pernah jadi naib presiden tetapi kemudian pemilihan lepas saya tak bertanding. Saya hanya tunggu orang calonkan saya untuk saya bertanding," katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan pemilihan kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit, Azizan berkata pemilihan dalam PAS sengit sejak
dahulu lagi tetapi kurang mendapat perhatian media.

Beliau turut menafikan wujud kem dalam PAS berdasarkan keadaan semasa yang membayangkan banyak individu mahu merebut jawatan tertinggi dalam parti itu.

"Setakat yang saya tahu..tak ada kem-kem dalam PAS. Tapi kalau di luar pengetahuan saya, saya tak tahulah," katanya.
- Bernama    

Jumaat, 22 April 2011

Tidak Wajar Hadi Di Cabar.



Pelan peralihan pucuk pimpinan parti itu akan berlaku apabila "tiba masanya", kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman.

"(Jadi) perubahan kepimpinan telah berjalan sebenarnya seiring dengan keperluan semasa," katanya.
NONEKetua penerangan PAS Johor itu berkata secara tradisinya amalan yang diamalkan dalam parti itu "sangat menghormati kepimpinan dan bukan budaya saingi-menyaingi" antara satu sama lain.

Sambil berkata, tidak pernah berlaku cabar-mencabar, Mazlan mengambil contoh peralihan kepemimpinan dari Yusof Rawa kepada Fadzil Mohd Noor sehingga kepada Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK) berkata beliau tidak nampak kewajaran Abdul Hadi perlu ditukar.

"Kalau pun ada usaha (untuk mencabar presiden) mungkin dari satu dua kawasan, walaupun ianya tidak salah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mazlan mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia dicabar dalam pemilihan parti dalam muktamar parti itu bulan depan.

Ahli parlimen Marang itu dilaporkan mengalu-alukan mana-mana pemimpin yang mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut kerana tidak selamanya beliau akan memimpin parti itu.

"Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya merebut jawatan presiden), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya. Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," katanya dalam satu laporan hari ini.
merlimau by election pas candidate announcement 240211 hadi awangSebelum ini, dilaporkan sejak awal mesyuarat kawasan bermula pertengahan Mac lalu, Abdul Hadi tidak menghadapi masalah untuk mempertahankannya selepas mendapat dua pencalonan minima. Antara kawasan mencalonlan beliau adalah Muar, Temerloh dan Parit.

Bagaimanapun, PAS Bukit Bintang mencalonkan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa untuk mencabar Abdul Hadi.

Husam, bagaimanapun, telah menolaknya dan sekadar mahu mempertahankan jawatannya dalam jawatankuasa PAS pusat.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pada hakikatnya, Abdul Hadi mendapat sokongan lebih 95 peratus kawasan untuk mengekalkan jawatan presiden.

"Saya yakin cubaan itu tidak memberi kesan kepada keseluruhan kawasan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa PAS Mohamad Hanipa Maidin juga bersetuju dengan Mazlan bahawa tidak nampak keperluan Abdul Hadi dicabarkan.

Bahkan, katanya, perwakilan dari kawasan "melihat kepimpinan Abdul Hadi diperlukan" pada masa kini.hanipah maidin"(Pelan peralihan) bergantung kepada perwakilan untuk membuat perubahan. PAS sebuah parti yang demokrasi, sesiapa sahaja boleh mencabar dan dicabar.

"(Tetapi) saya tidak nampak dalam masa terdekat ini, jawatan presiden akan dicabar... Saya tidak nampak dalam masa terdekat (perwakilan) membuat keputusan untuk menukar presiden parti.

"Mungkin kawasan Bukit Bintang special sikit, selalu buat kejutan, tapi saya tidak nampak sentimen itu memperngaruhi kawasan lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. MK

Ahad, 9 Januari 2011

Tazkirah Jalanan - Berita Gembira Buat Geng 13

tazkirah jalanan - berita gembira buat geng13

usaha usaha mendamagekan imej tok guru haji hadi berjalan dengan lancar tanpa perlu bersusah payah. adukatarakguna telah berjaya melakukannya. polis panggil dia bodoh walaupun semua orang tahu dia bodoh. geng13 berjaya juga setelah lama berusaha untuk membuatkan imej tok guru tercalar. kerja umno dalam pas berjalan sebagaimana yang dirancang. adukatarakguna berjaya melanggar jemaah rhusila ditengah hujan lebat melanda terengganu. rombongan adukatarakguna bersama cipan tenuk tapir sebagai jurugambar. datang solat jumaat bersama kameraman tu. bukan calang manusia yang boleh buat. kerja kerja bangang adukatarakguna telah lama berjalan dan di bantu oleh edyesdotcom dan cipan tenuk tapir. cipan tenuk tapir menjadi musuh dalam selimut di rhusila. semasa adukatarakguna di tarik mengikut kata adukatarakguna lah cipan tenuk melarikan diri ketakutan atau mengaku yang dia juga jemaah rhusila.



kenyataan paling bodoh aku baca bagi cipan adalah ada dua blogger waktu itu, apakah jemaah rhusila kenal sangat blogger cipan yang kurang tersohor kerana belum maki sapa sapa lagi orang pemimpin atasan umno. playing safe rupanya cipan tenuk ni. sekadar menjadi penipu dalam drama ini. hebatnya dia menipu jemaah rhusila. cipan tenuk hebat memutarkan fakta dan disamping itu mengenakan adukatarakguna di sana. sambil adukatarakguna memberikan ceramah undang undang kepada pakwahab adukatarakguna berlagak hebat. ada orang rhusila ambik gambar sambil adukatarakguna tunjuk peace. kata kena belasah, sampai tanggal gegendang telinga tapi masih lagi beri ceramah mengenai undang undang kepada pak wahab. mentang pak wahab tak pakai seluar jean dia ingat iq pak wahab setaraf dengan iq dia. kalau dia bangang pakwahab tak sebangang itu. walaupun pakai kain pelikat otak dia tetap bijak. walaupun pakai jaket kulit seluar jean otak tetap seperti otak lembu tak guna juga

kalau lah adukatarakguna kena belasah teruk mesti adukatarakguna dah kiok. kalau seratus membelasah adukatarakguna bukan saja sengih atas kusyen tapi dah selamat masuk kubur, lu orang ni macam saidi penipu dikelantan lah. buat fitnah kepada adun selinsing. kata diserang tetapi tak ada apa apa. heran aku. saidi dikelantan pun penipu macam adukatarakguna jugak. kereta dilanggar di kawasan pemandu tapi dia kebal tu tak ada sikit pun calar balar. bergambar dengan bini lembu mana ntah sampai gemuk macam tu sekali. jubah arab menggambarkan betapa islamnya saidi celaka tu. perangai saling tak tumpah umno tapi mati mati tak mengaku umno. bangang macam umno tapi tetap tak ngaku umno. telinga adukatarakguna kuar cecair bukan apa sebab lama tak korek dah berbuih orang cakap dia tak dengar sebab tu masa projek langgar tu dia baru dapat dengar ceramah orang lain. penipu macam umno tapi tetap ngaku bukan umno. lu baik belajar dengan saidi celaka le adukatarakguna kalu nak menipu pun.

kalau lu duduk kelantan pi le belajar dengan kickdefello dengan saidi yang hebat sekarang adalah rockybru. lepas bergaduh dengan rais yatim tuduh sana tuduh sini akhirnya kereta dicuri. sama macam kick defella hari itu masa kes tengah hangat ada orang baling kapak ke keretanya. hebat gila cerita cerita hero alam maya ni. cipan lagi hebat masuk dalam masjid tak dengar orang khutbah sebab telinga tak korek rupanya sebab tu pekak. masjid rhusila bukan macam masjid umno yang hang duk solat tu. masjid tu jemaah miskin yang bayar bukan masjid umno bangang, duit rakyat dibelasah siang malam. bodoh dan bangang cipan, kalau nak solat jumaat jangan banyak sangat merewang nanti hati tak khusyuk, kalau tak khusyuk hati masuk setan. alah cipan bukan nak solat sangat sebab hanya nak tunjuk jadi hero je. tapi awal awal lagi dah cabut lari. siap mengaku jemaah rhusila lagi. bebal dan bangang cipan. edyesdotcom lagi hebat duduk jauh dari rhusila tau apa yang terjadi. dapat tengok tok guru tengok je aduka kena belasah. betapa perangai jahanamnya edyesdotcom barua chegubard.

kalaulah adukatarakguna dibelasah seramai 50 orang pasti sudah mampus adukatarakguna. ini sempat lagi minum air dengan cybershot. cybershot sedih menangis tengok keadaan adukatarakguna yang dibelasah teruk oleh jemaah rhusila sambil minum dia lap taik telinga adukatarakguna keluar. cybershot lap bukan apa dia kotor tengok taik telinga adukatarakguna mengalir kuar. lama mana dah mamat ni tak korek telinga sebab tu pekak. yang hebatnya cybershot suruh adukatarakguna buat aduan dalam tko tu dalam bicara webmaster. setahu akulah bicara webmaster tu hanya ada kat selatan online je. ni mana satu betul ni adukatarakguna. lemah sangat penulisan dan rekaan cerita tu. suruh tulangbesi buat. suruh manjungmari dia hebat apa dalam menulis. bawak sekali fakap@tedybear dengan ulamak kepala lutut mesti dia boleh bagi fatwa kepada jemaah rhusila.
 
KayuKelat

Sabtu, 8 Januari 2011

Pemuda Rhusila Gengstar atau Aduka Tak Tahu Adab !!!!!!

Saya malas nak ulas kes AT langgar Rhusila pasal seronok baca N3 Tulang Besi, Briged MP Segambut dan yang sewaktu dengannya buat cerita fitnah tentang  Mujahidin Rhusila. Bak kata orang-orang tua, orang Melayu ni penuh dengan adab.

Lantaklah apa yang mereka nak kutuk, kerana ramai yang tahu bagaimana sikap TGHH terhadap tetamunya. Kutuklah selagi kamu larat nak kutuk selagi hayat dikandung badan tetapi gambar tidak akan menipu. Seperti gambar dibawah yang membawa seribu erti dan sekurang-kurangnya AT akan mengambil iktibar mana kawan mana lawan bila berada didalam kesusuhan.

Jika orang kata susah nak jumpa TGHH bermakna orang itu sememangnya jenis baka Tulang Besi, melainkan TGHH benar-benar sibuk. Dulu setiap kali saya pulang ke Dungun, tiada masaalah pun untuk berjumpa dengan beliau malah siap bersembang kat lambor (beranda) rumah beliau lagi.

Lain kali saya tolong bawa jika dihati masih ada hasrat nak langgar Haji Hadi. Nasiblah kamu kerana tidak mengikut perjanjian dengan Batu Api dan usahlah cuba menegak benang yang basah bila diperlakukan sebegitu sekali. Apa pun tahniah saya ucapkan kerana keberanian kamu yang berseorangan melanggar TGHH.


Kebodohan blogger2 celaka, yang sedikitpun tak hingin nak tolong aduka sewaktu projek langgar Hadi baru neh, nampak sangat mengulang-ulang pasal adoka kena hentak. Walhal kalaulah ikut n3 adoka pasal projek tu, adoka masih boleh tersenyum lebar dan relax je dengar ceramah Pak Wahab atas kusyen empuk bhai...

 Dah la tuh, siap minum free dgn Cybershot. Borak-borak lagi...Oii...lu neh tak ubah macam mamak azeez yang kena hentak kat Bagan Pinang dedulu...hhuhu

Wa nampak dengan keadaan kutukan (bukan kritikan) sedahsyat itu, Adoka hanya dapat dua das sentuhan lembut yang tidak menyebabkan apa-apa kecederaan siyess pun...Malah, dapat 'rabaan' istemewa dari Dr Illyana yang cun di kala Jumaat petang....Tapi wa ingat Dr Ilyana tuh hangin giler, petang-petang Jumaat, dah la waktu cuti, tak pasal-pasal kena chek mamat giler berkepala biol neh! Mungkin lu pun nak guna tektik macam Azeez mamak jugak bhai..heheheh

1G dan Fakaq meneruskan agenda celaka mereka untuk memburuk-burukan TGHH. Padahal satu malaya tahu, ini semua disebabkan kesilapan teknikel Adoka. Yang best semua kekawan Adoka lari...tinggal dia seorang....huhuuuu. Bhai, sekarang baru lu kenal siapa kawan siapa lawan....kena provokasi sikit, lari lentang pukang! whar333

Bayangkan tetengah suasana tegang macam tuh, Pak Wahab boleh ajak lu bincang, Cybershot siap offer hantar dan tunjuk jalan kat lu lagih! Itu pun lu belum contact Songkok Puteh, mungkin lu boleh claim minyak, caj hospital dll. Wa gerenti!

Jadi, blogger celaka tetap akan bercelaka dalam blog! Dengan situasi macam tuh, wa anggap jemaah Rhusila masih waras dan mungkin ingin menguji sejauh mana 'ketahanan' kawan-kawan lu! Nampak sangat kawan-kawan lu tu pondan siam! Takut nak tolong dan protect lu!

Dalam n3 dulu pun, wa menganggap dan terus bersetuju dgn Batu Api yang dia seorang yang ingin melihat projek lu berjaya. Tapi, lu saje, nak menunjukan genetik 'melayu' bangang dalam darah lu, tak reti nak ikut tata susila...

Wa anggap jemaah Rhusila bukannya jahat sangat, tapi blogger celaka macam Fakaq, 1G, dll. akan terus menabur fitnah jahat yang beterusan!

Bayangkan wa tak tahu nasib si Fakaq bila datang Rhusila...walaupun lu sendiri pernah kena sergah kat Hadi dalam perjumpaan satu ketika dulu...

Sumber.... Penembak Babi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular