Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 10 November 2009

Isu Bai'ah.......... Ini Jawab Saya.

Tanpa Nama berkata...

ya allah kamu cuba mengelirukan fakta,tahu tak itu dosa namanya. yg mula sekali bocor rahsia ini adalah dr hassan semasa perjumpaan dgn bloggers termasuk umno dan di siarkan oleh blogger umno mahaguru58. kenapa sampai begitu saudara ingin mempertahankan pemimpin saudara. kami bukan bodoh untuk memahami niat kamu dalam tulisan di atas.jika benar kamu ahli PAS harap insaf atau sekurang kurangnya berlaku adil la dengan diri sendiri

2009 November 10 09:49
Apabila saya menyebut yang saya akan memberitahu tentang seorang MP yang memgeluarkan tentang isu Bai'ah Talak Tiga, penulis diatas telah menghentam saya. Beliau mungkin merasakan yang saya menuduh YB Kulim untuk melindung pucuk pimpinan PAS, maka beliau telah silap menuduh saya.
Oleh kerana YB Khalil Samad telah mengaku akan kesilapannya maka saya tidak perlulah memanjangkannya lagi. Untuk saudara di atas, saya menulis berpandukan kepada fakta dan bukan menulis mengikut nafsu semata-mata. Sebenarnya Bai'ah dalam PAS, kebanyakkan ahli PAS tahu dan Umno pun tahu. Tetapi mereka dengan sikap sombongnya, buat-buat terkejut untuk merealisasikan isu tersebut. Biasalah bagi orang yang kekeringan modal untuk menghentam PAS. Kami di dalam jemaah PAS sedar yang PAS bukan parti kaya raya seperti Umno. Setiap kali pilihan raya, kami mengeluarkan tenaga dan duit poket kami sendiri. Banner dan bendera-bndera yang terpampang ditepi-tepi jalan, adalah hasil dari titik peluh kami sendiri. Kami bekerja dalam jemaah Islam untuk memenangkan calon kami, tidak mengharapkan imbuhan wang ringgit, projek-projek atau pun kawasan balak. Kami Ikhlas berjuang untuk Islam, kerana itulah kami orang-orang kampung yang tidak seberapa sangat pendapatan, sanggup mengeluarkan duit kami sendiri. Kami parti miskin jika hendak dibandingkan dengan Umno/Bn, semua jentera mereka jika tiada peruntukkan maka lumpuhlah gerakkerja mereka. Dari tampal poster sampaikan duduk kat markaz mereka pun kena bayar upah. Jika dulu, basikal yang parking kat bilik gerakan mereka pun dapat upah, sedangkan tuan punya basikal senang lenang tidur kat rumah. Itulah sikap Umno..... dulu......... kini......... dan tak lama lagi........ wanglah yang mengerakkan jentera mereka, tetapi tidak bagi jemaah kami. Kerana itulah Bai'ah amat perlu bagi yang menjadi calon kerana kemenangan mereka adalah daripada kerja keras yang dilakukan oleh jemaah-jemaah PAS. Apakah perasaan jemaah Kami jika calon tersebut lompat parti............ anda fikirlah sendiri. Bagi Umno, mereka peduli apa kamu nak lompat setinggi mana pun, pasal semua kerja kena bayar. Kerana itulah Umno telah disaman oleh syarikat pembekal RM 200 juta lebih. Adakah anda mendengar ada syarikat datang tuntut hutang dengan PAS?. Bagi saudara tanpa nama.......... lain kali kalau nak hentam saya........... bagi peluang dulu kat saya untuk mendedahkan nama YB yang saya katakan itu.......... jangan pakai langgar je........ maaf le....... lambat tulis, pasal saya sememangnya kurang sihat............. jam 11.00 p.m. baru terkejut dari tidur dan terus buka komputer........... bila buka je......... YB Khalil dah mengaku dan meminta maaf........... jadi tak perlulah saya panjangkan cerita. Kami dalam jemaah Islam.......... bila salah kami mengaku salah............. minta maaf banyak-banyak. Kerana itulah YB-YB PAS tetap setia kerana terikat dengan sumpah, yang mengerakkan PAS bukan pemimpin tetapi pendokong-pendokongnya yang setia. Jadi YB bukan untuk menjadi kaya tetapi sebagai pemegang amanah. Bukan macam Umno yang berebut-rebut nak jadi calon........... kerana jika menang.......... itulah batu loncatan untuk menjadi kaya raya. Macam cerita Ahli Nujum Pak Belalang, bagaimana penyamun membahagikan harta di dalam gua. Aku satu.......... kamu satu........... kamu satu......... aku dua............. aku dua................ kamu satu. Macam itulah pemimpin Umno.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular