Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan laporan akhbar
milik Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara
Kristian?'
Katanya,
dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog blog pro-Umno, Utusan
sanggup “membakar 1Malaysia” dengan mengapi-apikan sentimen perkauman
dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
"Utusan
mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang
berlaku di negara kita sekarang,” kata Lim pada sidang akhbar di Pulau
Pinang hari ini.
"Saya telah minta pemimpin parti
saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan
penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?”
Lim,
yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan
dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan
paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian
sebagai agama rasmi persekutuan.
Selain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu
Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.
Utusan
Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan
berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan
“selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi
itu berdoa.”
Penulis
blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan perdana menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam
laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan
seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan
saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara Kristian.
Utusan yang memetik
blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat
berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap
perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi."
Manakala
blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu
jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan
cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang
bearagama Kristian menjadi perdana menteri.
Menurut
Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh
penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar
kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Tambahnya
lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa
agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu
ataupun mana-mana agama lain.
“Ini permainan politik
orang yang terdesak,” kata Lim sambil menambah, “dalam usaha memancing
undi mereka sanggup melakukan apa sahaja”.
Sementara
itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian
Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer,
Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan
berkenaan.
Dalam
kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap
tulisan tersebut sebagai “tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta
bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.”
Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah.
Menurut
kumpulan itu, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi
membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi
memeranginya.
"Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau menukar agama rasmi negara,” kata mereka. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Minta laluan ya............ bila berhujah mesti ada dalil ada nas ada fakta............ jangan pakai langgar je........... 31 tahun duduk da...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki ...
2 ulasan:
watper utusan mesia ngan 1mesia tuh, utusan mesia kan ker dah ader 1melayu 1bumi? ntah aper-aper...
bodo btul la pencacai2 PR ni..xkan la dap nak mengaku dia nak buat camtu..bule pk bodo? mana pas? selalu menyalak sgt..ni apsal diam?
Catat Ulasan