Gambar yang diperolehi oleh Reuters ini telah diambil lebih
kurang sejam selepas serangan AS di persembunyian Osama bin Laden di
Abbottabad, Pakistan yang menunjukkan mayat tiga lelaki yang telah
terbunuh berlumuran darah dan TIDAK BERSENJATA.
Gambar-gambar yang telah diambil oleh Pegawai Keselamatan Pakistan yang
memasuki halaman kediaman ini selepas serangan pada awal pagi Isnin,
menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisi Pakistan dan seorang lagi
berbaju-T, dengan darah mengalir dari telinga, hidung dan mulut mereka.
Pegawai Keselamatan itu, yang tidak mahu dikenali, telah menjual gambar-gambar itu kepada Reuters.
Tiada seorang pun daripada lelaki ini yang kelihatan seperti Bin Laden.
Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak mengeluarkan gambar-gambar
jasad Osama kerana ia mungkin menyebabkan meningkatnya serangan
keganasan dan akan menjadi alat propaganda al Qaeda.
“Adalah penting bagi kami untuk memastikan setiap gambar
terperinci seseorang yang ditembak mati di kepala tidak disebarkan
sebagai satu tindakan yang boleh mengapi-apikan keganasan baru ataupun
sebagai alat propaganda,” Obama memberitahu di dalam program CBS "60 Minutes."
Berdasarkan tarikh dan masa pada gambar-gambar yang diambil, gambar
paling awal ialah 2 Mei, 2:30 a.m., kira-kira sejam selepas serbuan di
mana Bin Laden telah dibunuh.
Gambar-gambar lain berikutnya di antara 5:21 a.m. dan 6:43 a.m.
menunjukkan keadaan di luar rumah yang berselerak dan terdapat bangkai
helikopter Amerika Syarikat yang ditinggalkan.
Reuters amat yakin dengan ketulenan imej-imej tersebut kerana
terdapat butiran di dalam gambar yang menunjukkan sebuah helikopter
rosak kesan dari serangan, sepadan dengan gambar-gambar yang
dikeluarkan pada Isnin lepas.
Tentera AS kehilangan sebuah helikopter di dalam serbuan itu disebabkan
oleh satu masalah teknikal dan kemudian menghancurkannya.
Gambar-gambar yang diambil juga berturutan dan semuanya mempunyai saiz
dan pixel yang sama, menunjukkan semuanya tidak diusik. Masa dan tarikh
di dalam gambar-gambar turut sepadan dengan keadaan cahaya kawasan
tersebut.
Gambar-gambar yang diambil tidak menunjukkan sebarang senjata pada
lelaki-lelaki yang terbunuh itu, tetapi gambar-gambar itu diambil
secara dekat dan kemungkinan tangan dan senjata lelaki itu tidak
kelihatan.
Satu
foto menunjukkan kabel komputer dan seolah-olah pistol plastik mainan
hijau-jingga berada di bawah bahu kanan seorang daripada lelaki yang
terbunuh itu. Di bawah kepalanya berlumuran darah.
Foto
ini menunjukkan seorang lagi lelaki dengan darah yang keluar dari
hidungnya melalui pipi kanannya dan satu tompokan besar darah di
dadanya.
Foto lelaki ketiga, yang berbaju-T, dibelakang kepalanya penuh dengan takungan darah dipercayai kesan dari kecederaan kepala.
Kerajaan AS mengakui pada Selasa lalu bahawa Bin Laden tidak bersenjata
ketika ditembak mati dan ini telah menimbulkan tuduhan Washington telah
mencabuli undang-undang antarabangsa. Keadaan-keadaan tepat bagaimana
kematiannya tidak jelas dan dapat memarakkan kontroversi, terutama
sekali di dalam dunia Islam.
Pakistan turut merasa malu, akhbar utama Islamabad berkata, bagaimana
lelaki paling dikehendaki di dunia mampu hidup selama bertahun-tahun di
dalam bandar yang turut menempatkan pasukan tentera di Abbottabad,
hanya di utara ibu kota.
Pakistan turut menyalahkan unit perisikan di seluruh dunia kerana gagal
mengesan Bin Laden, ketika Washington menuduh bahawa sekutunya itu
telah memberikan perlindungan kepada pemimpin al Qaeda, dan Islamabad
bersungguh-sungguh menafikannya.(Sumber)
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Kalau kamu hendak baca blog yang paling terbaik daripada terbaik........... kamu bacalah blog K.B.O, Tulang Besi dan yang sewaktu dengannya...
-
Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8. Ketika ini ramai pemimpin Umno cuba mengintai untuk masuk ke lubuk di antara parti-parti yang be...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan