BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM. Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.
Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.
Antara
alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat
ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan
keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun
lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA
itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas
tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan.
Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu
untuk menjelaskan cukai.
Satu
lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3
hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8
hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah
padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu
sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah
‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.
Kadar
cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter
persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00.
Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu
3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi
RM1,743,735.00.
Kadar
RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut
semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak
RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang
berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu
meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru
bagi UUM ialah RM2,615,602.00!
Pejabat
Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap
rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan ‘precedent case’ atau
kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh
kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri
ialah RM31 juta setahun.
Jika
UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan
tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri
menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan
kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar
cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter
persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika
UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk
meminta rebat?
Sepanjang
tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah
kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk
mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun
maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah
tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam
Kedah.
Jika
pihak UUM masing ‘membuat bising’ kononnya kadar cukai tanah RM0.20
satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu
dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan
terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.
USM
Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi,
Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di
negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua
premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan
lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis
tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi
Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.
Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang
berpihak kepada UUM. Cakapnya ‘double standard’ kerana dia tidak
mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak
di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh
dalam memberi rebat ‘gila-gila’ itu kepada semua IPTA yang terdapat
di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.
Di
Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai
tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa
permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi
pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi
politik.
Apabila
nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda
mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan
negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang
tersirat dari apa yang tersurat, maka ‘eloklah’ mereka meneruskan
niat busuk tersebut.
Soalan
politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah;
jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?
Jawapannya begini:
1)
Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi
rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM?
(Jawapan dalam bentuk soalan)
2)
Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat
pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya
dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat
kelemahan kerajaan negeri pada masa itu.
Sekarang
kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui
negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat
namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat.
Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan
bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus
menerima bantuan.
3)
Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan
rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN
lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah
hutang berkaitan air.
4)
Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan
mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk
kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih
mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
4 ulasan:
Who are you to judge whether UUM should pay the tax or not? Do you had ever be a student there? And why you politicized this issue and related this to Government? Your mentality is so low!
bende dh btol...apasal institut lain x bsing pn psal cukai?? UUM org dh bg cukai rendah pn bising nk mntak rebat lg...weh, U lain 2 lg tnggi la cukai die, tp xde pn nk bsing2, nmpak sngt la propaganda smue 2...
aku adalah bekas student UUM, so kepada anon 4.41pm..jgn la nak judge kjaan negeri kedah plak...fakta lawan fakta, hujah lawan hujah..jadi la anak jantan yg bertelor, jgn jadi takde telor...now whose mentality is low?
shame to UUM. you know what, the are the best IPTA that provide acct and taxes subject but cannot do basic calculation by themselves, what happen to RM 300mil every year? dont be so stupid..do your research 1st before want to say other people with low mentality.
since 1999, VC for UUM always 'totok UMNO', go ask the student. i know it very well. if you cannot follow their rules, of coz SB will monitor you. this happen a lot at my time.
Isu ini menyerlahkan lagi bagaiaman Umno mempolitik isu tanah di UUM. Apakah kita buta sehingga fakta yang ada dibuang. TV3 memperbesarkan isu hanya di Kedah sahaja dengan menutup kes yang sama dinegeri-negeri yang diperintah Umno. Inilah sikap bacul yang ada pada media pencacai dan menteri pengajian tinggi, kenapa tidak hebohkan IPTA dinegeri Melaka, Pahang, Perlis, Terengganu, Johor dan sebagainya. Jika lu menuduh, gua jawab dengan faktanya sekali. Jika gua salah, lu keluarkan fakta lu berkaitan IPTA dinegeri yang di perintah oleh parti kesayangan lu tu dan jangan pakai tuduh tanpa mengemukakan bukti. Jadilah seorang yang gentleman.
Catat Ulasan