Translate

Rabu, 11 Mei 2011

Rintihan Dari Bilik Akhir: Sambutan Hari Ibu.



Yetian,

Tanpa disedari kita telah bertukar empat pucuk surat. Saya amat menghargainya, juga kepada pembaca yang sudi mendengar rintihan hati saya dan menunaikan hasrat saya. Saya mungkin tidak banyak masa lagi tetapi saya akan terus menulis hingga saat terakhir.

Saya berpendapat setiap orang, khususnya golongan muda wajib ada kepercayaan masing-masing. Hanya dengan agama, seseorang dapat menyelamatkan diri masing-masing.
NONESemua agama, tidak kira Islam, Kristian, Buddha atau Hindu mengajar kita mengenai apa yang betul dan apa yang dilarang. Bagi saya, ini amat penting. Ketika saya memberontak dan sesat dahulu, saya tidak ada agama dan terus terpesong mengikut laluan yang tidak mempunyai jalan pulang.

Apabila kali pertama dikurung di sini, kakak saya memberika saya tiga kitab agama - antaranya 'Earth Buddha' dan 'Heart Sutra'. Buku-buku ini banyak membantu dan memberi kesan terhadap pembelajaran saya, cara berfikir dan kehidupan saya.

Kebijaksanaan, belas kasihan, moral dan pencerahan budaya tidak membezakan antara bangsa dan agama. Jika seseorang berusaha gigih mempelajari sesuatu, nescaya beliau akan mendapat manfaatnya.

Sakit dan uzur

Hari Ibu baru sahaja berlalu..., betul? Adakah semua orang menikmati jamuan bersama ibu-ibu mereka?

Soalan saya tetap sama: “Adakah saya akan berpeluang untuk pulang bagi makan bersama ibu saya?”

Yeetian, Kita boleh membaca pelbagai buku berhubung ajaran Buddha tetapi jika kita kurang keyakinan, kita tidak akan benar-benar memahaminya.

Saya tidak berpeluang untuk berbual dengan ibu saya bagi menenangkan mindanya. Ibu saya sakit dan uzur dan saya tidak sanggup menceritakan kepadanya berhubung hukuman mati yang menunggu saya.

Sebab itu, Yeetian, kita mesti menghargai keluarga dan rakan-rakan kita.
protest in hongkong save yong vui kong 070411 02Yetian, awak beritahu saya ada sebuah forum yang dianjurkan bagi membincangkan nasib saya sedangkan saya masih takut melalui kematian. Saya tahu awak marah, begitu juga dengan mereka yang telah membantu saya. Jangan marah, kerana ia akan menyebabkan kita membuat lebih banyak kesilapan.

Walaupun saya seorang banduan yang bakal digantung tidak lama lagi, ingin saya katakan bahawa saya bukannya banduan yang mensia-siakan masa. Saya mahu menggunakan sisa masa yang ada untuk memberi didikan kepada orang ramai. Ini adalah harapan terakhir saya agar dapat melakukan sesuatu yang bermakna sebelum digantung.

Yeetian, masihkah awak ingat dalam surat pertama saya sebut mengenai manik-manik? Ia diperbuat daripada tepung dan saya menggunakannya untuk bertafakur . Apabila menggunakannya, saya menjaganya dengan baik kerana ia mudah rosak dan musnah jika ditekan terlalu kuat. Apabila memikirkannya, jika seseorang itu lemah dan menjaga dirinya dengan baik tanpa pengaruh orang lain, orang itu boleh bertahan untuk masa yang lama.

Itu yang sepatutnya kita lakukan dengan hidup ini. Kita mesti tabah.

Sebelum berakhir, saya ingin mendoakan kepada semua dengan harapan mereka juga sihat, selamat dan gembira! Lakukan perkara mengikut cara anda!

Vui Kong
09/05/2011

YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.
Dia dijadual digantung dalam tempoh kurang tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular