Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 10 Mei 2011

PERKASA Sokong PM, Dunia Lebih Selamat Tanpa Osama. Bagaimana Dengan ISA..!!!



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyokong kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dunia kini lebih selamat selepas pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh Amerika Syarikat.

NONE
Namun, PERKASA tetap membantah tindakan Amerika Syarikat yang membunuh dan membuang jenazah Osama ke laut, kata timbalan presiden pertubuhan Melayu itu, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar (kanan).


"Apa yang kita bantah ialah tindakan membuang jenazah itu ke laut sebab itu menghina (Osama) sebab dia ada agama, sebagai seorang Islam.

"Agama mana yang benarkan mayat penganutnya dibuang ke laut?" katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan AS yang menembak mati Osama dalam operasi mengejut di sebuah perkampungan di Pakistan pada 2 Mei lalu.

azlan
"Ini juga satu penghinaan. Kenapa dia dibunuh kalau dia tidak ada senjata. Kenapa dia tidak ditangkap dan dibicarakan," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.


Terdahulu, beliau bersama sekumpulan lebih sepuluh orang anggota PERKASA berhimpun di hadapan kedutaan AS di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi menyuarakan bantahan ke atas pembunuhan berkenaan.

Satu notis bantahan yang dialamatkan kepada presiden AS Barack Obama turut diserahkan kepada seorang pegawai kedutaan berkenaan petang ini. MK
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular