Perebutan kerusi timbalan presiden PAS dilihat akan lebih mendebarkan sekiranya
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berubah fikiran dengan turut
bertanding dalam pemilihan kali ini.
Menurut pemerhati politik, sekiranya
perkara itu jika berlaku hampir pasti menyebabkan pertandingan
sekurang-kurangnya tiga penjuru antara Mohamad, Tuan Ibrahim dan penyandangnya
Nasharudin Mat Isa.
"Mohamad tidak akan berkompromi dengan sesiapapun. Mohamad
tidak akan tarik diri. Tuan Ibrahim atau Nasharudin yang sepatutnya
berkompromi," katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, dalam
masa yang sama, ujian sebenar bagi Mohamad apabila beliau dilihat tidak lagi
relevan dengan penyertaan Tuan Ibrahim.
"Mereka (kawasan) kemukakan
(pencalonan kepada) Tuan Ibrahim sebab tidak berpuashati dengan Nasharudin,"
katanya.
"Jadi Mohamad relevan bertanding sebab hendak menyingkirkan
Nasharudin. Tetapi jika Nasharudin menarik diri, (dan) Tuan Ibrahim bertanding,
status Mohamad sudah tidak relevan."
Jika Tuan Ibrahim tidak mahu
menawarkan diri, Mohamad mempunyai peluang cerah untuk memenangi jawatan itu.
Majoriti sokongan kepada Tuan Ibrahim dilihat akan berpindah kepada
Mohamad jika tokoh ulama itu tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak
bertanding.
Desakan berterusan
Dalam
pemilihan dua tahun lalu, Mohamad dalam percubaan pertamanya tewas dalam
pertembungan tiga penjuru.
Nasharudin menang dengan memperolehi 480 undi. Manakala
Husam mendapat 281 undi, sementara Mohamad meraih 261 undi.
Nasharudin
yang juga ahli parlimen Bachok menang disebabkan wujudnya pecah undi antara
Husam dan Mohamad.
Setakat ini hanya Mohamad dan Nasharudin telah
mengumumkan pendirian mereka bertanding jawatan berkenaan.
Tuan Ibrahim
pula telah menolaknya dan hanya mahu mempertahan jawatan yang disandangnya.
Bagaimanapun, terdapat desakan berterusan daripada anggota
akar umbi yang mahukannya turut serta.
Kesemua pihak dikehendaki membuat
pengesahan sebelum 26 Mei ini. Seramai enam mendapat cukup pencalonan untuk
bertanding jawatan itu.
Selain tiga pemimpin itu, turut layak Menteri
Besar Kedan Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden Salahudin Ayub dan exco kanan
Kelantan Datuk Husam Musa. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
IMEJ yang disiarkan stesen televisyen Al-Masriya menunjukkan Kabinet baru mengangkat sumpah di depan Hosni Mubarak di Kaherah semalam. ...
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad didesak segera campur tangan untuk membantu menyelesaikan skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang...
-
S ultan Yang Prihatin SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan ...
-
h merupakan kiblat salat bagi seluruh umat muslim di dunia. Ka’bah terdapat dalam area Masjidil Haram yang terletak di kota Makkah, A...
-
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada ...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Inilah LOGO unit tu. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya? Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 ...
-
Kebelakangan ini banyak kisah berkaitan dengan balu Yang Dipertuan Agong, iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah . Mungki...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan