Low yang juga hadir sebagai tetamu jemputan pada majlis 5
Mei di Pulau Pinang itu berkata beliau sempat menyaksikan keseluruhan majlis itu
dan ia bukan seperti apa yang dilaporkan oleh dua penulis blog dan akhbar
Utusan Malaysia."Saya secara kategori mengesahkan tiada pakatan atau ikrar bagi menjadikan Kristian agama rasmi atau melantik seorang perdana menteri Kristian pada petang 5 Mei ataupun pada bila-bila masa semasa persidangan itu.
"Saya belum diminta memberi sebarang kenyataan kepada polis semasa siasatan tetapi sudi berbuat demikian jika diminta,” katanya ketika membacakan kenyataan medianya di ibupejabat TI di Kuala Lumpur pagi ini.
Laporan itu pertama kali muncul apabila dua penulis blog
berdasarkan sekeping gambar yang agak kabur mendakwa majlis makan malam itu
dianjurkan dengan hadirinnya berikrar untuk melucutkan Islam sebagai agama rasmi
Malaysia.Laporan itu disiarkan semula oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia pada keesokannya.
Seorang anggota DAP yang mengiringi ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi, kemudiannya membuat laporan polis dan mengakui bahawa beliau yang merakamkan gambar yang disiarkan di blog pro-Umno itu. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan