Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 17 Jun 2011

Maka Berkatalah Ketua Beruk Muda...


umno youth rally 090209 khairy 02
























Seekor Panglima Beruk yang menjaga pasukan pengawal berkata bahawa siapa sahaja yang menyertai perhimpunan walau pun dari Beruk Nasional (BN) mahu pun dari Pertubuhan Beruk Peribumi Nasional (Perkosa) tetap akan ditangkap. 

Panglima Beruk yang menjaga pasukan pengawal berkata bahawa sesiapa sahaja tidak akan diberi permit kerana ia akan memudaratkan hutan-hutan dan pasukan pengawal mungkin akan membuat tangkapan pencegahan. Ini kerana pada perhimpunan yang lepas, syarikat perniagaan Mydin telah melaporkan bahawa mereka mengalami kerugian sebanyak 300,000 sikat pisang.

Mendengar kata-kata tersebut, Ketua Beruk Muda mula rasa gentar kerana selama ini setiap perhimpunan yang mereka adakan sentiasa mendapat pelindungan dari pihak pengawal walau pun tanpa permit. Untuk menyedapkan hatinya, Ketua Beruk Muda menyatakan bahawa ini adalah keputusan sebulat suara dari Majlis Kerja Beruk Muda dan bukannya keputusan beliau seekor.

Maka berkatalah Ketua Beruk Muda kepada pengikut-pengikut dengan penuh bersemangat, "Kita sebagai barisan depan Beruk Muda tidak akan sekali-kali berganjak untuk mengadakan perhimpunan sebagai menyokong pemerintahan Raja Beruk kita dan Suruhan Lantik Beruk (SLB)".

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara beruk-beruk bukan dimonopoli oleh pembangkang,” kata Ketua Beruk Muda mengulas kenyataan panglima pasukan pengawal supaya hasrat beruk muda itu dibatalkan demi keselamatan hutan.

“Panglima Pasukan Pengawal Beruk boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini negara Beruk Baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh undang-undang rimba. Beruk Muda tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja”.

Panglima pasukan pengawal pada sidang rimbanya, petang tadi memberi amaran kepada Ketua Beruk Muda supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

“Tak kira sama ada saya bekas Ketua Beruk Muda atau tidak, beruk muda mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi Ketua Beruk Muda dulu,” katanya kepada wartawan di rimba Putrajaya dan sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang rimba.” Semasa Panglima Beruk menjadi Ketua Beruk Muda, beliau terkenal kerana menyembunyikan batunya kerana takut dan mengunakan pasukan pengawal untuk melindunginya.

“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan pasukan pengawal. Saya jangkakan mereka (Beruk Muda) berbuat perkara yang sama. "Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” Panglima Beruk berkata pasukan pengawal melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan hutan dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan pasukan pengawal.

Semalam, Pergerakan Beruk Muda Negara Baru memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu negara beruk pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian. Kami menyokong sistem pilihan raya beruk sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SLB untuk melakukan penambahbaikan," kata Ketua Beruk Muda. 

Sebelum itu, Ketua Pertubuhan Beruk Peribumi Nasional (Perkosa) yang menjadi pengutip kulit pisang Beruk Nasional (BN) juga mengumumkan akan mengadakan perhimpunan pada hari dan tempat yang sama dilakukan oleh Bersih 2.0 sebagai menunjukkan sikap pengampunya kepada Beruk Nasional. 

Dua tahun yang lepas, Ketua Perkosa memberi amaran yang sama pada pihak pembangkang supaya berhadapan dengan kumpulannya dahulu jika berani dan beliau memberitahu wartawan bahawa ahli Perkosa seramai 500,000 ekor akan turun tetapi yang hadir hanyalah seramai 50 ekor sahaja. Ketua Perkosa sendiri lari bersembunyi dalam kain Beruk Betina kerana terlalu takut dengan gerombang yang besar dari Pembangkang.

Untuk menunjukkan sikap beraninya, Ketua Beruk Muda berkata bahawa Beruk-Beruk Muda tidak akan gentar dengan segala kemungkinan baik ditangkap mahu pun gas belacan atau pun siraman air yang dicampur dengan belacan.

"Kita Beruk Muda akan bertempur sehingga ketitisan taik terakhir untuk mempertahankan kerajaan Raja Beruk dan Suruhan Lantik Beruk". kata Ketua Beruk Muda sambil menghunuskan batang pisang.

Kemudian adalah seekor beruk gatal mulut mengajukan pertanyaan kepada Ketua Beruk Muda, "Kenapa dahulu tuan memanggil orang buat demontrasi sebagai beruk dan apa kurangnya kita".

"Celaka kamu, pandai-pandai tanya soalan bodoh". Kata Ketua Beruk Muda itu lagi, " Kita beruk gred A........... orang-orang itu beruk gred D". 

Beruk tersebut terpinga-pinga lalu bertanya balik, " Gred A ke............. gred D ke........... bukankah sama-sama spesis". 

"Kalau ikutkan hati, aku terajang beruk ni sekor banyak soal pulak, dahlah nak suruh mai pun bukan main liat lagi semua nak kena aku sediakan, kandang nak kena hantar depan rumah, bas pun aku kena sewakan", kata Ketua Beruk Muda didalam hati dengan marahnya.

Ketua Beruk Muda yang terkenal dengan tahi hidung masinnya membebel lagi  dalam hatinya, "Celaka beruk-beruk ni, dia ingat aku cop duit ke".
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular