Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 20 Disember 2011

Insiden Bendera Najib: Saifuddin Di Desak Latak Jawatan.


Datuk Saifuddin Abdullah kini berhadapan dengan serangan daripada beberapa pihak dari dalam Umno dan proparti itu, dengan ada yang mendesak agar beliau meletakkan jawatan berhubung insiden menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Serangan itu dibuat menerusi mesej-mesej Twitter dan entri dalam blog-blog.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu, yang dilihat sebagai antara pemimpin Umno bersikap terbuka dalam isu-isu berkaitan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digesa memikul tanggungjawab insiden kumpulan mahasiswa menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera Najib di pekarangan ibu pejabat Umno di sini.
Selain kritikan di dunia siber, Persatuan Alumni Pemimpin Pelajar IPT Malaysia bercadang berhimpun di pekarangan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya petang esok.
Presidennya Mohd Shahar Abdullah berkata, pihaknya mahu melahirkan sokongan kepada kepimpinan Najib selaku perdana menteri dan presiden Umno susulan insiden kelmarin.
Justeru, pertubuhan yang mewakili bekas pelajar dan mahasiswa menyasarkan lebih 1,000 akan berhimpun petang esok.
“Ya, kita boleh katakan bahawa langkah ini satu bentuk reaksi balas dengan apa yang berlaku dan usaha membetulkan persepsi masyarakat terhadap gerakan pelajar IPT pada masa sekarang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Selain menunjukkan bahawa gerakan mahasiswa juga menyokong kepimpinan dan terdapat kumpulan penuntut-penuntut IPT yang beradab, kata Mohd Shahar, pihaknya sedang meneliti mahu meminta Saifuddin (gambar) memikul tanggungjawab dengan insiden tempoh dan meletakkan jawatan jika respons tidak memuaskan.
“Soal sama ada akan meminta Datuk Saifuddin meletakkan jawatan, pendirian rasmi akhir akan kami putuskan dalam mesyuarat malam ini dan akan umumkan ketika perhimpunan petang esok... datanglah,” katanya.
“Datuk Saifuddin perlu menjelaskan tindakan beliau menerima memorandum... mengapa beliau mahu menerima memorandum di pekarangan ibu pejabat Umno, mengapa ada ucapan, mengapa tidak menerima memorandum mereka di tempat lain, misalnya di Chow Kit, sebab mereka berarak dari kawasan Masjid Jamek... kami pun ada maklumat.
“Ini semua kami akan mempertimbangkan dalam perbincangan kami,” katanya ketika ditanya mengenai penjelasan Saifuddin semalam.
Tengah hari semalam, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata beliau mengulangi pendiriannya bahawa kumpulan mahasiswa, yang didakwa menurunkan bendera wajah Najib di pekarangan ibu pejabat Umno harus meminta maaf.
Tegas beliau, soal perbezaan pendapat adalah perkara yang berbeza dan kumpulan itu harus meminta maaf kerana perkembangan menunjukkan mereka bersalah.
Saifuddin menambah, beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.
“Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) mesti meminta maaf,” katanya lagi.
Saifuddin menambah: “Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas.”
Katanya, para petang tersebut, beliau menerima panggilan telefon daripada penganjur yang mereka hendak menyerahkan Memorandum Bebas kepadanya.
“Saya membuat keputusan bersetuju menerimanya kerana mendapat maklumat daripada sumber lain bahawa mereka sedang berarak ke PWTC dengan diselia polis.
“Pada saya, kalau cepat saya menerima Memorandum tersebut, maka cepatlah mereka bersurai. Telahan saya itu betul, kerana tidak lama selepas saya menerima memorandum tersebut, mereka bersurai,” katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, beliau hanya mengetahui insiden menurunkan bendera itu melalui Twitter kira-kira satu jam setelah meninggalkan PWTC.
Ditanya mengenai lokasi perhimpunan esok, Mohd Shahar berkata, pihaknya memilih pekarangan Kementerian Pengajian Tinggi sebab ia adalah entiti yang seharusnya menjaga kebajikan dan melindungi pelajar.
“Kalau anak ada masalah kena jumpa bapa, begitu juga apabila kami ada isu, kami kena pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi, kami tidak boleh pergi ke Kementerian Belia dan Sukan atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
“Kami akan mengadakan perhimpunan esok tanpa mengganggu lalu  lintas dan menyukarkan orang ramai,” kata Mohd Shahar.
SMM dan Bebas sudah menyatakan pendirian mereka tidak akan memohon maaf.
Dalam pada itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau akan bersama Saifuddin sambil mempertahankan pendiriannya.
“Datuk, ana bersama enta,” katanya yang kini merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford.
Beberapa mesej yang dihantar kepada Saifuddin turut memintanya meletakkan jawatan.
“Mohon letak jawatan kalau Saifuddin ada maruah, jangan jadi gunting dalam lipatan,” kata pemegang akaun SS253.
Bagaimanapun Saifuddin juga mendapat sokongan daripada beberapa pihak.
Pengguna akaun dengan nama Ridzuan1706 berkata, “penggerak mahasiswa minta Datuk Saifuddin letak jawatan, sewajarnya bersykur ada timbalan menteri yang lebih terbuka.”
Saifuddin enggan mengulas perkembangan itu tetapi dalam mesej menerusi Twitter menyebutkan bahawa, “tak mengapa, mereka ada hak berhak bersuara.”
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam mesejnya menyokong pendirian Saifuddin dalam membela kebajikan penuntut IPR.
“Anda dan saya akan terus berjuang bagi hak dan kebebasan pelajar tetapi kumpulan mahasiswa yang kecil ini harus memohon maaf atau berhadapan dengan tindakan,” katanya yang juga Ketua Pemuda BN.Insider
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular