Translate

Isnin, 18 Jun 2012

Adakah Murka Sultan Johor Lebih Hebat Dari Kemurkai Allah Taala...!!!


Banyak komen dan tulisan dari pencacai yang meletakkan kesalahan DS Nizar amat besar dan mereka berhujah DS telah bersalah terhadap Sultan Johor yang mana kesalahan itu mesti dimaafkan sebelum DS Nizar dihisad di hadapan Allah Taala. Cetek sungguh pemikiran Melayu yang mengaku Islam dalam membezakan kesalahan terhadap makhluk dengan kesalahan terhadap Allah Taala. Teguran DS Nizar terhadap Sultan Johor bukannya satu kesalahan walau semurkai manapun Sultan Johor terhadapnya kerana baginda adalah pemimpin yang terang dan nyata menyalahgunakan kemewahannya dalam keadaan rakyat sendiri hidup merempat di jajahan baginda.

Siapakah Sultan yang disabitkan kesalahan menembak sampai mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada 1980, tetapi serta merta diberi pengampun diraja. Apakah kerana mereka dari keturunan raja maka mereka boleh membunuh sewenang-wenangnya dan mungkin kerana mereka Raja maka mereka akan terlepas dari diadili di Padang Mahsyar dengan membawa seberapa banyak pingat-pingat di dada untuk menunjukkan kepada Allah Taala yang mereka juga kebal dari undang-undang Allah Taala.

Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan dan puteranya Tuanku Abdul Majid Idris terhadap jurulatih hoki, memuncak dengan pelucutan kekebalan raja-raja dari pendakwaan. Kedua-dua kes ini banyak disiarkan di muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa lalu diberi jolokan "Peristiwa Gomez". Pada 10 Julai, putera kedua Sultan Iskandar, Tuanku Bendahara, Tuanku Abdul Majid Idris naik berang ketika berakhirnya perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti, lalu menyerang penjaga gol Perak. Mohamed Jaafar Mohamed Vello. 
Mohamed Jaafar kemudiannya membuat laporan polis pada 30 Julai. Kejadian ini menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dibahaskan dalam parlimen. Kejadian ini menyebabkan Persekutuan Hoki malaysia mengenakan larangan daripada menghadiri mana-mana perlawanan kepada Tuanku Majid selama 5 tahun selepas siasatan. Tuanku Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang pada Januari 1993, oleh itu dipenjarakan setahun dan denda RM2,000, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, dan tuduhan-tuduhannya digugurkan atas sebab kekebalan yang masih sah diperlakukan sewaktu kejadian tersebut. Bagaimana jika isu ini rakyat marhaen yang hadapi, mahu tak mahu maka rakyat marhaen tetap akan dipenjarakan.

10 Disember 1992, kesemua 96 ahli parlimen yang hadir pada hari itu sebulat suara meluluskan ketetapan yang menyeru agar tindakan diambil untuk menyekat kuasa raja-raja sekiranya perlu. Ketika persidangan ini, para ahli mendedahkan rekod jenayah lepas mengenai Sultan Iskandar dan dua puteranya yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 23 kes serangan dan pematian orang, lima daripadanya dilakukan oleh Sultan selepas 1981, dua kes oleh Tunku Mahkota dan tiga kes oleh Tunku Bendahara. Adakah PAS terlibat dalam perbahasan ini walaupun tangan-tangan mereka masih merah dengan darah-darah rakyat marhaen. Mereka terlepas kerana kekebalan yang ada pada mereka dan mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa siapa yang berani mengambil tindakan. Kebal raja atau murka raja pasti tidak terlepas untuk diadili di hadapan Allah s.w.t.

Sultan dan raja patut sedar sebagai seorang Ketua Agama Islam, baginda patut menunjukkan teladan baik sebagaimana yang disuruh oleh Islam dan bukannya menunjuk-nunjuk akan kekayaan masing-masing kerana rakyat sendiri sudah maklum betapa kaya raja-raja Melayu. Sebagai contoh pada 10 November 2011, hartawan Singapura, Peter Lim telah memeterai perjanjian kerja sama dengan kerabat Diraja Johor bagi membangunkan projek komersial di selatan Johor yang bernilai  S$2 bilion (RM4.8 bilion). Dibawah perjanjian itu, sebuah pusat perubatan dan Marina City mengandungi hotel, aparment dan pusat hiburan (perkara yang kerabat paling suka) akan dibangunkan bersempadan dengan negara itu di atas tanah berkeluasan 10 hektar.

Menurut Pengarah Best Blend Sdn.Bhd (Best Blend), Koh Kim Huat, projek pembangunan itu memakan masa selama 10 tahun. best Blend merupakan salah satu syarikat yang terlibat dalam projek itu yang dijalankan secara usahasama. Pada peringkat awal, sebuah hospital dengan kapasiti 200 katil akan dibangunkan dengan menawarkan perkhimatan kesihatan bagi pesakit diabetes dan oftalmologi. Mungkin selepas sihat, bolehlah pergi berhibur dan mabuk-mabuk pula. Lihatlah sedikit demi sedikit tanah Johor jatuh ketangan orang asing walaupun atas nama usahasama. Maka jadilah pemimpin Umno dan kerabat sebagai agen untuk mengadaikan tanah rakyat Johor. Sudah tiba masanya rakyat Johor pula yang memurkai kerabat dan pemimpin Umno.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular