Translate

Memaparkan catatan dengan label Skandal Sultan Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skandal Sultan Johor. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Januari 2014

Peguam Kamal Menulis : Dari Baik Jadi Musuh (Part 3)




Saya pun meminta untuk membaca dokumen-dokumen tersebut yang pada mulanya apabila membaca muka surat 1 dan 2 saya berpendapat mungkin ini boleh menyelesaikan "masalah" walaupun antara tarikh dokumen-dokumen itu  telah dikebelakangkan. Namun apabila saya membaca sehingga muka surat akhir, saya mendapati bahawa tandatangan di muka surat belakang bukanlah tandatangan Sultan Iskandar yang SAH (tandatangan dibahagian yang sepatutnya ditandatangani oleh Sultan Iskandar telah ditandatangani oleh Dato' Ali Musa bekas askar pencen).

Saya pun terus meletakkan semula di atas meja dan mengatakan dokumen-dokumen ini tidak SAH dan tidak boleh digunakan. Sewaktu dokumen-dokumen DDG itu dikeluarkan oleh Aziz, saya percaya rancangan "mereka" adalah untuk meminta saya menurunkan tandatangan sebagai saksi untuk menyaksikan kedua-dua tandatangan di dokumen tersebut. Apabila saya menegaskan bahawa saya bukanlah peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak boleh menurunkan tandatangan saya sebagai saksi. Saya telah bertanya kepada Sultan Ibrahim kenapa tidak diminta sahaja Abdul Aziz Jaffar Sidek peguam yang membuat dokumen tersebut untuk menurunkan tandatangannya sebagai saksi kerana ianya lebih mudah sebab Aziz akan mengikut apa sahaja arahan Sultan. Sultan Ibrahim telah menjawab "kalau aku suruh Aziz adik-beradik dan waris-waris lain tentu tidak percaya kerana dokumen ini dibuat secara "back dated" dan pasti mereka akan mempertikaikannya. Sebab kau bapak aku percaya dan semua adik-beradik tahu kau rapat dengannya dan mereka tak kenal Aziz, KAU NAK TURUNKAN TANDATANGAN INI ATAU TIDAK KAMAL..!". Suaranya menjadi semakin kuat. Saya semakin ditekan pada masa itu. "Kau mesti tandatangan sebagai saksi. Aku memang dah lama berdendam dengan kau sejak zaman bapak aku lagi. Kalau kau nak selamat Kamal, kau jangan cari pasal. Kau tahu apa aku boleh buat. Aku boleh musnahkan masa depan kau. Aku boleh jadikan kau merempat jika aku mahu atau jadikan kau meringkuk dalam penjara."

Di dalam suasana tersebut saya hanya berserah kepada Allah dan memohon petunjuk dari-Nya agar dapat melalui ujian Allah ini dengan berani dan tabah. Akhirnya saya menjawab bahawa saya "hanya" boleh bersetuju menurunkan tandatangan sebagai saksi di dokumen DDG itu, tetapi dengan syarat tandatangan saya bukan sebagai peguam kerana saya tidak bersetuju dengan isi kandungan dokumen tersebut dan saya hanya akan turunkan tandatangan sebagai seorang Pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan tandatangan dibuat di hadapan saya kerana seorang Pesuruhjaya Sumpah tidak perlu mempersoalkan apa isi kandungan dokumen yang dibuat. Fungsi saya sebagai Pesuruhjaya Sumpah hanya menyaksikan siapa  yang menangani dokumen itu menurunkan tandatangan secara sukerala sahaja. Sultan Ibrahim pun berkata "macam tu pun ok, senang aku nak cakap kat orang lain jika ia dipertikaikan"

Inilah dokumen Deed of Declaration of Gift yang telah ditandatangani pada 1 March 2010, tetapi telah diletakkan tarikh yang dikebelakangkan iaitu pada 2 November 2009. Dokumen ini telah metrai setem pada 3 March 2010.

Setelah dokumen-dokumen ini ditandatangani Sultan Johor mengarahkan Abdul Aziz Jaffar Sidek dan Ong Eng Leong untuk menghantar dokumen tersebut bagi disetemkan. Selepas dari itu saya telah difahamkan bahawa pihak Dato' Ali Musa telah berurusan dengan pihak DCA bagi menghantar dokumen-dokumen sokongan yang telah disaksikan oleh saya dan juga ditandatangani oleh Dato' Ali Musa serta Ungku Yusof. 


Surat Sumpah oleh Dato' Ali Musa yang dibuat dihadapan saya selepas tarikh kemangkatan.
Surat Sumpah oleh Ungku Yusoff yang dibuat dihadapan saya selepas tarikh kemangkatan.
Aku janji yang dibuat oleh Dato' Ali Musa dan Ungku Yusoff bertarikh 1 March 2010

Setelah menerima dokumen sokongan ini barulah prosedur seterusnya dibuat dan ditandatangani oleh pihak Sultan Johor dan pihak Peguam Negara. Sekiranya tiada dokumen sokongan ini saya percaya pihak DCA tidak akan membenarkan pendaftaran pindahmilik secara "back-dated". 

Saya kesal kerana tersepit di antara ketaatan kepada Allah dan tekanan dari seorang Sultan. Saya berserah kepada Allah agar mengampunkan saya sekiranya saya bersalah menyaksikan tandatangan yang saya sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan "menipu". Hanya Allah sahaja mengetahui bagaimana tekanan-tekanan, paksaan, cacian, herdikan, templak, makian dan sumpahan yang telah dilemparkan kepada saya. Saya hanya percaya kepada Allah dan Allah tau kebenaran saya. Namun secara peribadi saya bangga kerana saya rasa inilah perkara yang terbaik pernah saya lakukan didalam hidup saya walaupun saya terpaksa "bermusuh" dengan seorang Sultan. 

PEOPLE POWER

Khamis, 9 Januari 2014

Peguam Kamal Menulis : Dari Baik Menjadi Musuh (Part 2)


BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID 

Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan
http://kehidupanalguran.blogspot.com/2011/06/pembagian-harta-pusaka.html

An-nisaa
{7} لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Dikala seluruh rakyat Negeri Johor sedang sibuk mengadakan tahlil-tahlil di masjid dan surau, rakyat berkabung menghormati Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat. Saya tidak menyangka disebabkan cara saya seolah-olah tidak mahu mengikut arahan atau cuba mengelak dari melakukan apa yang diminta oleh Sultan Ibrahim berkaitan dengan harta peninggalan ayahandanya, Sultan Ibrahim telah cuba membuatnya secara "senyap" untuk melakukannya sendiri tanpa pengetahuan saya dengan menyuruh Dato' Ali Musa menulis surat kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi memindahmilik nama pendaftaran pesawat-pesawat milik bapanya secara "back-dated" iaitu tarikh dikebelakangkan kepada namanya. Tiada siapa yang tahu wujudnya percubaan untuk mengenepikan hak-hak waris lain dengan cara "menipu" dan meletakkan tarikh kebelakang walaupun sangat jelas dan nyata bahawa pada tarikh kemangkatan Sultan Iskandar (22 Jan 2010) semua pendaftaran pesawat-pesawat tersebut adalah didaftarkan atas nama Sultan Iskandar.
gambar sekadar hiasan
Namun pada akhir bulan February kira-kira sebulan selepas kemangkatan, pihak DCA difahamkan enggan dan tidak mahu mendaftarkan secara "back-dated" kerana mereka percaya untuk tujuan pendaftaran memerlukan dokumen-dokumen sokongan bahawa wujudnya "titah" dan dokumen undang-undang berkaitan bagi membolehkan pendaftaran pesawat-pesawat itu dibuat oleh pihak DCA.

Inilah surat yang telah dikeluarkan disaat rakyat dan keluarga DiRaja diselubungi kesedihan .


Surat bertarikh 4 Feb 2010
Rujukan (32) dlm PBDR 9/6 jld. 1

Kepada;

Director of Airworthiness
Dept. of Civil Avaition Malaysia
Level 2, Block Podium A Lot 4G4
Presint 4
Federal Goverment Administration Centre
60250 Putrajaya

(U/P: Dato' Hj. Suhaimi Abd. Ghani


YB. Dato;

PENDAFTARAN PINDAHMILIK PESAWAT UDARA

Dimaklumkan adalah saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar yang titahkan kepada saya pada 12 Oktober 2009 telah berkenan bahawa semua pesawat udara yang disenaraikan di Lampiran ini dipindahmilikkan dan didaftarkan kepada DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar yang kini adalah Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta'zim..............


Adalah Saya yang menjungjung titah

ditandatangani oleh

(BRIG JEN (B) DATO' ALI BIN HJ. MUSA)
Pengelola Bijaya DiRaja
Johor. 

(Surat asal tidak dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu).

Barulah pada masa itu saya mendapat tahu bahawa wujudnya percubaan awal yang gagal untuk mendaftarkan pesawat-pesawat secara "back-dated". Saya telah dipanggil untuk mengadap bagi membincangkan perkara ini setelah pihak DCA enggan mendaftarkannya. Namun saya tetap berpegang pada pandangan profesional saya sebagai seorang peguam bahawa kesemua pesawat dan harta yang masih di atas nama Almarhum Sultan Iskandar sewaktu kemangkatannya perlulah dimasukkan kedalam senarai harta-harta untuk pertimbangan pembahagian secara faraid dan semua waris-waris lain perlu dimaklumkan tentang situasi ini.

Saya masih ingat bagaimana saya di templak dan dimarah apabila memberi pandangan tersebut di depan beberapa pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor. Saya terus berkata Sultan Johor jika beliau tidak berpuas hati dengan pendapat saya, saya boleh bawa beberapa peguam lain untuk memberi pandangan tentang perkara ini. Akhirnya pada petang hari yang sama, saya telah membawa beberapa orang peguam ke Istana dan mengadap Sultan Johor untuk memberikan pendapat mereka. Kesemua mereka telah memberi pandangan yang sama bahawa mengikut undang-undang, harta-harta tersebut perlulah melalui proses pembahagian secara faraid.

Selang beberapa hari kemudian, kalau tak silap saya pada 1 March 2010 secara tiba-tiba saya diarah untuk mengadap Sultan Johor dengan tiba-tiba. Sebaik sahaja saya menerima arahan tersebut, saya terus bersiap dan turut mengajak rakan kongsi saya Abdul Aziz Jaffar Sidek untuk ikut sama ke Istana. Apabila tiba di Istana saya telah diminta secara "tegas" supaya membuat dokumen-dokumen sokongan bahawa konon wujudnya "titah" dari Almarhum Sultan Iskandar pada tarikh 12 Oktober 2009 (iaitu tiga bulan sebelum tarikh kemangkatan) untuk "menghadiahkan" semua pesawat-pesawat tersebut kepada Tunku Ibrahim (Tunku Mahkota pada masa itu).

Sebagai seorang profesional dan seorang Islam yang telah mendapat pendidikan agama hingga ke Darjah Khas Sekolah Agama Johor dan sebagai seorang peguam dari University Malaya serta seorang yang mendapat biasiswa dari Sultan Iskandar untuk pengajian peringkat saujana (master) di Amerika Syarikat (melalui Yayasan Temenggong), saya terus beristigfar kepada Allah dan meminta agar Sultan Johor tidak melakukan perbuatan ini kerana ianya menyalahi dengan hukum-hukum Allah serta undang-undang Negara. Saya telah memaklumkan dengan jelas yang saya tidak sanggup untuk melakukannya dan meminta Sultan Ibrahim membatalkan niatnya itu.

Sultan Ibrahim telah menjadi berang dan murka kerana keengganan saya mengikut arahannya. Pada masa itu saya telah diberi amaran bahawa saya akan menerima akibat disebabkan keengganan saya ini. Suasana menjadi semakin tegang apabila ada beberapa pegawai lain yang cuba mengapi-apikan Sultan Ibrahim bahawa saya lebih menyebelahi keluarga ibu tiri Sultan Ibrahim iaitu Sultanah Zanariah. Saya tetap dan terus bertegas menyatakan bahawa saya hanya boleh melakukan perkara yang saya percaya betul mengikut undang-undang dan saya juga tidak mahu bersubahat di dalam perkara yang saya percaya adalah satu "penipuan".


Namun untuk meredakan keadaan tegang pada masa itu saya telah bertanya jika benar wujudnya "titah" secara lisan atau ada dokumen yang berkaitan. Saya minta ianya diberikan kepada saya untuk saya kaji permintaan Sultan Ibrahim itu. Sultan Ibrahim telah menjawab "kau jangan risau Kamal, aku boleh minta Ali Musa dan Ungku Yusoff tanda tangan apa saja. Mereka tak degil macam kau. DOKUMEN-DOKUMEN BOLEH DIBUAT BARU, apa dokumen yang kau nak"

Apa yang sangat memeranjatkan saya pada ketika itu, secara tiba-tiba Abdul Aziz Jaffar Sidek telah bersuara dan berkata bahawa dia telah menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan yang dikenali sebagai "Deed of Declaration of Gift" (DDG) pada pagi sebelum saya diarahkan mengadap Sultan Ibrahim. DDG adalah document yang cuba diwujudkan untuk menunjukkan bahawa Almarhum Sultan Iskandar telah  memberikan "hadiah" semua pesawat-pesawat tersebut kepada Tunku Ibrahim (Sultan Ibrahim) sebelum kemangkatanya walaupun saya secara peribadi tidak pernah dimaklumkan oleh Sultan Iskandar mahupun pihak Istana. Di dalam keadaan terperanjat saya telah bertanya kepada Aziz macam mana beliau mengetahui bahawa pada majlis mengadap hari ini isu berkenaan pesawat akan dibincangkan sedangkan sayalah yang mengajaknya untuk menemani saya ke Istana. Dia menjawab bahawa dia telah mendapat panggilan telefon dari Accountant Sultan Ibrahim yang bernama Ong Eng Leong untuk menyediakan dokumen tersebut dan Ong berjanji akan memaklumkan kepada saya tentang arahan itu.

Rabu, 8 Januari 2014

Peguam Kamal Menulis : Dari Baik Menjadi Musuh (Part 1)



gambar sekadar hiasan
Peristiwa Petang Kemangkatan Sultan Iskandar 22 Jan 2010


Negeri Johor tiba-tiba diselubungi suasana kesedihan dengan berita kemangkatan Sultan Iskandar pada 22 Jan 2010. Al-marhum Sultan Iskandar merupakan seorang Sultan yang "unik" dan mempunyai pendirian serta cara tersendiri sepanjang hidupnya. Beliau tidak pernah sekali pun meminta apa-apa projek persekutuan dan negeri yang dibuat di Negeri Johor bagi kepentingan peribadi. Baginda hanya menumpukan kepada perniagaan perladangan kelapa sawitnya. Baginda juga tidak mahu dan tidak pernah bersaing dengan rakyat Johor untuk berniaga, merebut projek-projek Kerajaan, melobi kontrak-kontrak Kerajaan bagi pihak ketiga/orang asing, tidak mengganggu pegawai-pegawai Kerajaan untuk mendapatkan peluang perniagaan, apakah lagi mengambil bahagian merebut lot-lot kecil perniagaan bersaing dengan peniaga kecil yang disediakan oleh pihak Kerajaan. Inilah Sultan yang bengis wajahnya tetapi lembut dihatinyaserta ikhlas menjadi "Pemimpin" kepada rakyat Johor. 

Ini jelas berbeza dengan Sultan Ibrahim, Sultan sekarang, hampir semua projek Kerajaan Persekutuan dan mega projek di Negeri Johor beliau mempunyai kepentingan peribadi sama ada di atas namanya, nama anak-anaknya atau syarikat miliknya iaitu IBZI. Bukan hanya projek-projek besar, projek sekangkang kera dan lot-lot gerai perniagaan pun beliau campur tangan dan menyebabkan ramai peniaga mengeluh dan kecewa. Kebanyakan kepentingan peribadi beliau dan keluarga di dalam syarikat-syarikat di dapati "tanpa mengeluarkan duit....(faham-faham sajalah)". Kalau tidak dapat apa yang dikehendakinya maka "bermusuhlah" dengannya. Kalau nasib baik projek berjaya, kalau tidak tunggulah masalah-masalah yang akan timbul atau tunggulah pengumuman projek akan dibatalkan. 

gambar sekadar hiasan
gambar sekadar hiasan
gambar sekadar hiasan
gambar sekadar hiasan
Pernah suatu ketika, beliau sanggup pergi ke Sri Perdana pada satu petang menyatakan ketidak puasan hati kepada Perdana Menteri terhadap pembahagian saham satu projek "Bunkering" yang dikenali sebagai Asia Petroleum Hub (APH) yang mana beliau mendapat saham yang sangat kecil. Apabila balik dari Sri Perdana beliau dengan egonya berkata "Aku dah beri kata dua kepada PM....."

Al-marhum Sultan Iskandar memang pada zaman mudanya telah melakukan beberapa perkara yang tidak "disenangi" oleh rakyat Johor namun Baginda berubah pada beberapa tahun akhir pemerintahannya sebagai seorang Sultan. Baginda menjadi seorang Sultan yang prihatin, berpandangan jauh serta mengamalkan sikap tidak campur tangan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri kerana Baginda percaya kepada orang yang dilantik sendiri oleh Baginda untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran Negeri serta menjalankan amanah rakyat. Memang ada sekali-sekala teguran-teguran dibuat oleh Baginda terhadap pegawai-pegawai Kerajaan, tapi yang pasti segala tegurannya dibuat dengan ikhlas dan bukannya "mempunyai udang disebalik batu" atau "bersandiwara".

 Semasa jenazah Sultan Iskandar dibawa dari Hospital Pakar Putri Johor Bahru ke Istana Besar, pada petang 22 Jan 2010, saya telah pun berada di Istana Besar menunggu ketibaan jenazah Baginda. Pada masa itu tidak ramai yang ada disitu hanya Sultan Ibrahim, Tun Daim, Dato' Yahya Jalil dan beberapa pegawai Kerajaan dan Istana. Di dalam suasana penuh kesedihan saya telah dipanggil oleh Sultan Ibrahim dan beliau telah berbisik kepada saya, "kau mesti cepat-cepat "back-dated"kan harta-harta bapak aku sebelum adik-beradik aku tau apa yang ditinggalkan oleh bapak aku". 

Saya terperanjat dan termenung sejenak mendengar kata-kata itu. Saya berkata kepadanya "kalau harta yang telah ditinggalkan masih atas nama Almarhum Sultan Iskandar, caranya ialah melalui pembahagian faraid atau wasiat jika ada, ini hukum Tuanku". Sultan Ibrahim menjawab "kau dah cukup "lemak" semasa zaman bapak aku, kalau kau nak selamat dan nak hidup senang kau ikut cara aku, FAHAM!!!"

Tidak lama kemudian kakitangan Istana memaklumkan Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman sudah sampai di Istana Besar setelah bergegas pulang dari luar Negara mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri. Memandangkan jumlah kerusi tidak banyak dikawasan menunggu, Dato' Yahya Jalil telah berkata bahawa beliau hendak bangun dan memberi kerusinya kepada Menteri Besar, tapi Sultan Ibrahim berkata "biarkan Ghani tu berdiri, aku pun nak bagi peringatan dekat dia".



ganbar sekadar hiasan
Apabila Menteri Besar sampai dan bersalaman, Sultan Ibrahim terus bercakap kepadanya "kau baru sampai Ghani, bapak aku sakit kau keluar Negara. You never take care of my father. Ghani, aku nak bagi tahu kau..this is my era, you have to follow my style not my father style. If you can't  follow u can GO..!! i will replace you with other people. You never submit the EXCO paper to me since you became The Menteri Besar. Start from now, you better submit that paper every week without fail"

Dato' Ghani tergamam. "Ada juga beberapa perkara lain, aku akan minta Daing Malik untuk sampaikan pada kau nanti" (Daing Malik http://www.mykmujohor.net/index.php?option=com_content&task=view&id=449&Itemid=67 )

Secara peribadi saya tidak pasti cara Sultan Ibrahim, adakah beliau memang penakut atau pun tidak cukup "guts" untuk menegur orang secara berdepan dan sering menggunakan orang lain seperti Daing Malik untuk menyampaikan kehendak dan kerenah beliau. 

Selepas Dato' Ghani berlalu dari kelompok kami Sultan Ibrahim telah berkata, "aku nak suruh Daing Malik cakap dengan Ghani supaya bila salam dengan aku MESTI CIUM TANGAN aku. Selama ini dia tidak pernah cium tangan aku pun. Kalau dia rasa nak jadi Menteri Besar lagi ikut cara aku....., kau Kamal, kau pun sama, kalau kau tak nak dengar cakap aku, aku boleh suruh orang lain buat, kau boleh GET LOST.." Saya hanya berdiam diri sahaja dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepada bakal Sultan pada masa itu. Setengah jam selepas itu jenazah Sultan Iskandar pun sampai di Istana dan suasana menjadi sibuk dengan proses dan istiadat pengurusan jenazah bermula.

gambar sekadar hiasan
gambar sekadar hiasan
gambar sekadar hiasan


Khamis, 12 Julai 2012

Kenapa Raja Marah Sangat Untuk Dikritik...!!!!!


Tidak boleh ditegur, dinasihat kerana mereka sahaja yang betul dan penegur pula dituduh secara kurang bijak, jahil malah menderhaka. Istilah menderhaka adalah untuk Allah, ibu bapa dan suami tetapi tidak untuk raja kerana mereka hanyalah khadam yang diamanahkan untuk menjaga bukannya menunjuk-nunjuk kerana patut sedar yang mereka bukannya maksum sepertimana Rasulullah s.a.w. walau pun berbagai gelaran yang hebat-hebat diletakkan di belakang nama mereka. Pesanan Jibrail a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Telah diriwayatkan bahawa Jibrail a.s. pernah berkata: "Hai Muhammad (s.a.w.) hiduplah engkau sesuka hatimu, tapi ingat bahawa engkau akan mati. Cintailah siapa yang engkau sukai, tapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa yang engkau mahu, tapi ingat bahawa engkau akan menerima balasan atas perbuatanmu itu".
Jika Rasulullah s.a.w. insan yang dicintai oleh Allah s.w.t. malah baginda adalah maksum daripada segala dosa pun diberi nasihat/teguran daripada Malaikat Jibrail a.s., siapalah kita untuk mendabik dada sedangkan sebelah kaki pemimpin atau raja sudah berada di Neraka. Raja atau pemimpin yang baik bukan dinilai dengan kekayaan, kehebatan atau kekuasaannya tetapi kebaikannya, keperihatiannya dan amal solehnya walau pun mereka tak sehebat Umar Abdul Aziz.

Raja Boleh Dikritik, Kata Bekas Mufti
Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka — mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini.
Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.
Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.
Dr Asri (gambar fail)menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.
Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.
“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.
Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad.
Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu.
“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter‏ nya, @realDrMAZA.
Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.
Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.
“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.
Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.
Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.
“Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal.
Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik.
“Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan.
“Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut,” jawab Dr Asri.
Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar.
Dalam usaha untuk memulihkan imej beliau sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan, perdana menteri mengumumkan pelan pentadbirannya untuk meminda akta berusia 64 tahun itu dan menggantikan dengan akta baru yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional.
“Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.
“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” lapor The Star. Sumber

Isnin, 18 Jun 2012

Adakah Murka Sultan Johor Lebih Hebat Dari Kemurkai Allah Taala...!!!


Banyak komen dan tulisan dari pencacai yang meletakkan kesalahan DS Nizar amat besar dan mereka berhujah DS telah bersalah terhadap Sultan Johor yang mana kesalahan itu mesti dimaafkan sebelum DS Nizar dihisad di hadapan Allah Taala. Cetek sungguh pemikiran Melayu yang mengaku Islam dalam membezakan kesalahan terhadap makhluk dengan kesalahan terhadap Allah Taala. Teguran DS Nizar terhadap Sultan Johor bukannya satu kesalahan walau semurkai manapun Sultan Johor terhadapnya kerana baginda adalah pemimpin yang terang dan nyata menyalahgunakan kemewahannya dalam keadaan rakyat sendiri hidup merempat di jajahan baginda.

Siapakah Sultan yang disabitkan kesalahan menembak sampai mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada 1980, tetapi serta merta diberi pengampun diraja. Apakah kerana mereka dari keturunan raja maka mereka boleh membunuh sewenang-wenangnya dan mungkin kerana mereka Raja maka mereka akan terlepas dari diadili di Padang Mahsyar dengan membawa seberapa banyak pingat-pingat di dada untuk menunjukkan kepada Allah Taala yang mereka juga kebal dari undang-undang Allah Taala.

Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan dan puteranya Tuanku Abdul Majid Idris terhadap jurulatih hoki, memuncak dengan pelucutan kekebalan raja-raja dari pendakwaan. Kedua-dua kes ini banyak disiarkan di muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa lalu diberi jolokan "Peristiwa Gomez". Pada 10 Julai, putera kedua Sultan Iskandar, Tuanku Bendahara, Tuanku Abdul Majid Idris naik berang ketika berakhirnya perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti, lalu menyerang penjaga gol Perak. Mohamed Jaafar Mohamed Vello. 
Mohamed Jaafar kemudiannya membuat laporan polis pada 30 Julai. Kejadian ini menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dibahaskan dalam parlimen. Kejadian ini menyebabkan Persekutuan Hoki malaysia mengenakan larangan daripada menghadiri mana-mana perlawanan kepada Tuanku Majid selama 5 tahun selepas siasatan. Tuanku Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang pada Januari 1993, oleh itu dipenjarakan setahun dan denda RM2,000, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, dan tuduhan-tuduhannya digugurkan atas sebab kekebalan yang masih sah diperlakukan sewaktu kejadian tersebut. Bagaimana jika isu ini rakyat marhaen yang hadapi, mahu tak mahu maka rakyat marhaen tetap akan dipenjarakan.

10 Disember 1992, kesemua 96 ahli parlimen yang hadir pada hari itu sebulat suara meluluskan ketetapan yang menyeru agar tindakan diambil untuk menyekat kuasa raja-raja sekiranya perlu. Ketika persidangan ini, para ahli mendedahkan rekod jenayah lepas mengenai Sultan Iskandar dan dua puteranya yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 23 kes serangan dan pematian orang, lima daripadanya dilakukan oleh Sultan selepas 1981, dua kes oleh Tunku Mahkota dan tiga kes oleh Tunku Bendahara. Adakah PAS terlibat dalam perbahasan ini walaupun tangan-tangan mereka masih merah dengan darah-darah rakyat marhaen. Mereka terlepas kerana kekebalan yang ada pada mereka dan mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa siapa yang berani mengambil tindakan. Kebal raja atau murka raja pasti tidak terlepas untuk diadili di hadapan Allah s.w.t.

Sultan dan raja patut sedar sebagai seorang Ketua Agama Islam, baginda patut menunjukkan teladan baik sebagaimana yang disuruh oleh Islam dan bukannya menunjuk-nunjuk akan kekayaan masing-masing kerana rakyat sendiri sudah maklum betapa kaya raja-raja Melayu. Sebagai contoh pada 10 November 2011, hartawan Singapura, Peter Lim telah memeterai perjanjian kerja sama dengan kerabat Diraja Johor bagi membangunkan projek komersial di selatan Johor yang bernilai  S$2 bilion (RM4.8 bilion). Dibawah perjanjian itu, sebuah pusat perubatan dan Marina City mengandungi hotel, aparment dan pusat hiburan (perkara yang kerabat paling suka) akan dibangunkan bersempadan dengan negara itu di atas tanah berkeluasan 10 hektar.

Menurut Pengarah Best Blend Sdn.Bhd (Best Blend), Koh Kim Huat, projek pembangunan itu memakan masa selama 10 tahun. best Blend merupakan salah satu syarikat yang terlibat dalam projek itu yang dijalankan secara usahasama. Pada peringkat awal, sebuah hospital dengan kapasiti 200 katil akan dibangunkan dengan menawarkan perkhimatan kesihatan bagi pesakit diabetes dan oftalmologi. Mungkin selepas sihat, bolehlah pergi berhibur dan mabuk-mabuk pula. Lihatlah sedikit demi sedikit tanah Johor jatuh ketangan orang asing walaupun atas nama usahasama. Maka jadilah pemimpin Umno dan kerabat sebagai agen untuk mengadaikan tanah rakyat Johor. Sudah tiba masanya rakyat Johor pula yang memurkai kerabat dan pemimpin Umno.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular