Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 20 Julai 2012

Kenapa Najib Takut Untuk Mengadakan Pilihan Raya.


Najib Tun Razak bukannya seorang politikus yang licik sepertimana ahli-ahli politik yang berada di negara ini.Walau pun beliau adalah seorang berjawat jawatan Perdana Menteri, ini tidak bermakna beliau seorang yang arif dengan sepak terajang dunia politik. Beliau bukannya seorang ahli politik sejati kerana pembabitan beliau semata-mata kerana menumpang tuah bapanya, Tun Abdul Razak mantan Perdana Menteri ke 2.

Pembabitan beliau dalam politik pun boleh dikatakan sebagai bidang terjun selepas kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen Pekan yang kosong ketika berumur 23 tahun dan merupakan ahli parlimen termuda ketika itu. Kemenangannya pula kerana rakyat Malaysia menghormati bapanya dan ketika itu PAS berada didalam Barisan Nasional.

2 tahun selepas menjadi ahli parlimen, beliau dilantik oleh pengganti bapanya, Tun Hussein Onn yang juga bapa saudaranya sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978. Selepas bertukar 2 portfolio iaitu Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Kewangan, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada tahun 1982 sehingga 1986. Pada 1986, Perdana Menteri Mahathir Mohamed melantik beliau sebagai Menteri penuh dalam rombakan kabinet dengan diberi tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Beliau menjadi Exco Pemuda Umno pada 1976 dan kemudian dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno pada 1981. Beliau memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu. Datuk Mokhtar Hashim telah disabitkan bersalah membunuh Datuk Taha yang ketika itu disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau dilantik sebagai Pemangku Ketua Pemuda Umno setelah Anwar didesak bertanding jawatan naib Presiden Umno pada tahun 1987 dan menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah Umno Baru ditubuhkan oleh Mahathir apabila pendaftaran Umno diharamkan oleh Mahkamah Tinggi.

Pada tahun 1993, beliau bertanding jawatan Naib Presiden Umno setelah Anwar bertanding jawatan Presiden Umno yang ketika itu disandang oleh Ghaffar Baba yang mana akhirnya Anwar menang tanpa bertanding setelah Ghaffar Baba menarik diri di saat-saat akhir kerana tidak cukup pencalonan. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Pak Lah apabila Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri setelah 22 tahun memerintah secara kuku besi. Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada 3 April 2009 setelah Pak Lah dipaksa melepaskan jawatan tersebut atas desakan kuat ahli Umno yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri Mahathir. Desakan untuk menjatuhkan Pak Lah disebabkan kekalahan teruk Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR.

Jika kita membaca sejarah perjalanan politik Najib, beliau naik bukan kerana kehebatan beliau dalam arena politik tetapi lebih kepada menumpang tuah semata-mata. Pada saat-saat akhir sebelum bapanya meninggal, beliau masih muda dan hidup penuh dengan berfoya-foya. Beliau tidak pernah hidup dalam kesusahan kerana dari kecil lagi beliau disajikan dengan kehidupan yang penuh dengan kemewahan. Apabila beliau mengambil alih peranan bapanya sebagai ahli parlimen, barulah beliau mula berada di alam realiti. Kemenangan demi kemenangan yang beliau perolehi bukan dari hasil titik peluh beliau sendiri kerana rakyat menerima beliau pun bukan namanya Najib tetapi kerana beliau berbin Tun Abdul Razak.

Inilah pertama kali dalam sejarah hidupnya beliau akan mengetuai Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya umum. Walau pun beliau pernah mengetuai jentera Barisan Nasional menghadapi pembangkang ketika menjawat jawatan Timbalan Presiden Barisan Nasional, tetapi itu sekadar bertempur dalam pilihan raya kecil dan bukannya pilihan raya umum. Mungkin sebab itulah beliau sedang bermain teka teki untuk mengadakan PRU 13 kerana beliau tahu yang beliau belum pernah teruji secara berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Beliau yang tidak pernah merasai kekalahan dalam karier politiknya cukup gerun untuk memanggil PRU kerana beliau tahu yang beliau akan merasai bagaimana untuk menghadapi kekalahan.

Untuk menaikkan kembali imejnya yang teruk tercalar, beliau akan mempergunakan segala jentera dan wang milik kerajaan dalam usaha memenangi hati pengundi. Jika dilihat apa yang beliau lakukan ketika ini permintaan demi permintaan dikemukakan kepada parlimen untuk menambahkan lagi peruntukan yang mana Bajet 2012 telah habis di belanjakan oleh beliau walau pun pembentangannya baru masuk pertengahan tahun. Keborosan yang tidak terkawal mula dirasai oleh perbendaharan terhadap pentadbiran Najib yang berbelanja sesuka hatinya. Wang negara ditabur seperti ia milik beliau dengan bermacam-macam nama diberikan seperti Transformasi 100 hari Najib, Gagasan 1 Malaysia, BR1M, KR1M dan berbagai konsep 1Malaysia.

Pembunuhan warga Mongolia

Beliau telah menjadi sasaran Pakatan Rakyat tentang kelemahan yang mana rakyat melihat yang Rosmah lebih berkuasa darinya. Kecaman-kecaman yang dilemparkan gagal memberi apa-apa kerana sikapnya yang lebih suka berdiam diri. Dalam beberapa kes, kenyataan bersumpah tersebut kemudiannya dibatalkan. Terdapat juga di mana kenyataan bersumpah dilakukan atas nama orang lain. Kecaman terhadap Najib semakin rancak ketika ura-ura menyatakan bahawa Tun Abdullah bakal meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak Azilah Hadri dan Sirul Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati. Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya. Bagaimana pun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bukti dan laporan tersebut sama dengan kenyataan laman web pengkritik kerajaan.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) bersalah.
Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web RPK Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk 'Abuse of Power by the Deputy Prime Minister' pada 11 Oktober 2008 tuduhan pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafie Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi. Bagaimana pun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi bukti berkenaan tuduhan ini.

Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut. Beliau bagaimana pun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular