Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 17 Julai 2012

PAS Bukan Parti Peminta Sedekah Seperti Yang Difahami.


YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli (Adun Sura dalam parlimen Dungun)

Sudah lama PAS dituduh mempergunakan orang ramai dengan mengutip derma dalam setiap ceramah mereka. Ada yang menulis tanpa merujuk kepada sumber yang betul tentang derma-derma itu dan tidak kita nafikan yang PAS bukan seperti parti-parti politik elit yang terdapat di negara ini. Tuduhan-tuduhan ini sudah lama dicanangkan oleh media pencacai dan amat malang apabila rentak ini dipandang serius oleh sesetengah pihak yang berada didalam kelompok pro Pakatan Rakyat. Jika hendak disamakan dengan antara PAS dengan Umno ibarat bumi dengan langit bezanya kerana Umno dan komponennya memiliki dana yang cukup besar.

Sebelum itu kita harus fahami dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS ialah al-Quran dan as-Sunnah dan hanya PAS sahaja parti yang berada dilandasan tersebut di Malaysia. Sebagai seorang Islam kita telah diwajibkan mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. kita diwajibkan berjihad dijalannya yang mana takrif  'Jihad' sendiri cukup besar. Tidak seperti yang anak emas penjajah (Umno) diajar oleh bapak mereka, bila sebut 'Jihad' bermakna berperang dengan pedang dan mengenderaan kuda atau unta.

Inilah hasil pemikiran yang ditinggalkan oleh penjajah untuk anak emas mereka sebelum kemerdekaan diberikan kepada parti kaum elit (Umno/BN) dan ianya masih berada didalam pemikiran Melayu/Umno walau pun sudah hampir 55 tahun berlalu. Kerana itulah rasuah dan Umno tidak dapat dipisahkan bagai isi dengan kuku dan ia menjadikan Umno parti terkaya dinegara berbanding dengan PAS.

Orang ramai tidak pelik apabila PAS mengutip derma dalam setiap ceramahnya tetapi orang hairan atau terkejut jika Umno melakukan perkara yang sama seperti PAS iaitu mengutip derma dalam ceramah mereka. Jangan kata nak derma, setiap peserta yang hadir pada ceramah Umno akan diupah dengan duit poket, minyak kenderaan dan makan minum. Jika tidak, hanya kerusi-kerusi yang akan menjadi pendengar setia para penceramah Umno. Orang ramai juga akan merasa pelik jika PAS tidak melancar kutipan derma dalam ceramah mereka dan mereka pasti akan tertanya-tanya andainya ia berlaku. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh semua pihak.

Kenapa sampai sekarang PAS masih melancar tabung kutipan derma dan orang ramai tidak bersungut pun untuk menderma walau 10 sen pun kerana mereka tahu itu adalah jihad. Di zaman Rasulullah s.a.w. lebih hebat dimana ada para Sahabat r.a. yang menderma seluruh harta benda mereka tanpa meninggalkan apa-apa pun sepertimana dilakukan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Itulah saham-saham mereka untuk Allah dan RasulNya di Padang Mahsyar nanti.

Tradisi ini diteruskan oleh PAS dan PAS tidak pernah memaksa penderma untuk memenuhi tabung itu. Hakikatnya derma yang rakyat beri sebenarnya telah dikembalikan kepada rakyat semula melalui bantuan-bantuan pendidikan atau pun malapetaka. Oleh itu para pengkritik patut tahu kemana perginya setiap derma yang dihulurkan oleh orang ramai semasa ceramah diadakan. Dan setengahnya digunakan untuk terus mengerakan perjalanan parti.

Saya ingin mengambil satu contoh tentang YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli (Adun Sura). Sebagai seorang YB dengan elaun yang tak seberapa setelah potongan setiap bulan untuk parti, berapa sangat yang beliau dapat sedang beliau sentiasa turun padang mendengar permasaalahan rakyat dan membantu dari segi kewangan kepada yang ditimpa musibah yang belum diambil kira yang datang secara individu kerumah beliau. Jika diambil kira dari pendapatan beliau, mampukah beliau mengatasi segala kewangan yang ada dengan kerajaan negeri ditadbir oleh MB Mat Said.

Isteri beliau terpaksa berniaga untuk menampung keperluan keluarga beliau kerana tiada apa yang berbaki daripada elaun sebagai YB dan beliau bukannya YB-YB Umno yang mempunyai kepentingan dalam projek-projek kerajaan. Maka kesinilah perginya derma-derma yang orang ramai berikan kepada tabung PAS atau lebih tepat, 'Dari Rakyat Kepada Rakyat'. Tidakkah ini adalah saham akhirat untuk para penderma yang dididik dengan Islam oleh PAS. Mungkin kerana itu juga beliau disenangi oleh pengundi Cina dan telah memenangi Dun Sura selama 2 penggal. Sebelum itu, PAS belum pernah menang di kawasan Dungun melainkan satu kali melalui Ketua Muslimat PAS, Khadijah Sidek pada awal kemerdekaan.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular