Translate

Memaparkan catatan dengan label PRU13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU13. Papar semua catatan

Khamis, 11 April 2013

Najib Mula Makan Panadol Bila Pemimpin Yang Digugurkan Akan Membuat U-Turn.



Rupanya patutlah bekas perdana menteri, Najib  hari ini menangguhkan pengumuman senarai calon Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihanraya umum tak lama lagi.

Dengan menjadikan alasan mahu memujuk beberapa pemimpin yang merajuk kerana digugurkan, sebenarnya ia hanyalah alasan dangkal kerana dikhabarkan keadaan agak kecoh apabila pemimpin yang mengetahui nama mereka tidak tersenarai mula merayu dan mahu berjumpa sendiri dengan Najib Altantuya.

Mengikut maklumat yang bocor, sumber ini mendedahkan lebih 25 calon Umno sendiri tergolong dalam salah satu dari tiga kategori iaitu:

a) Senarai calon yang digugurkan secara automatik

b) Senarai calon yang tidak dibenarkan bertanding; dan

c) Senarai calon kekal tiada dalam senarai tapisan pertama dan kedua


Mendahului senarai adalah bekas ahli parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed Yakcop diikuti oleh beberapa nama besar lain seperti bekas ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, BEKAS ahli parlimen Putrajaya, Adnan Mansor dan tidak ketinggalan, bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Kepala Batas.

Inilah senarai yang dikatakan bocor selepas mesyuarat tertutup antara pemimpin BN siang tadi di ibu pejabat parti itu Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN:

1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor)
2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok)
3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding)
4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang)
5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas)
6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut)
7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah)
8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang)
9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar)
10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang)
11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan)
12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara)
13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang)
14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau)
15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin)
16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol)
17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas)
18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu)
19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang)
20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar)
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar)
22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya)
23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)

SENARAI CALON TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN:

1. Reezal Merican Naina Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas)
2. Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling)

KEKAL TIADA DALAM SENARAI:

1. Abdul Rahim Tamby Chik (Pengerusi GABEM)
2. Mohd Isa Samad (Pengerusi FELDA)
3. Radzi Sheikh Ahmad (BEKAS ahli parlimen Kangar)
4. Syed Hamid Albar (BEKAS ahli parlimen Kota Tinggi)


Menurut sumber blogger pro-Umno ini juga, ada beberapa nama lain yang tidak tersenarai pada awalnya kemudian dicalonkan semula bagi memperkuatkan kedudukan BN antaranya:

1. Khairy Jamaluddin (BEKAS ahli parlimen Rembau)
2. Zainal Abidin Osman (BEKAS calon parlimen Nibong Tebal)
3. Shaziman Abu Mansor (BEKAS ahli parlimen Tampin)

Setakat maklumat ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan dari ibu pejabat Umno bagaimanapun senarai ini belum muktamad kerana Najib Altantuya masih belum berpuas hati dengan senarai terbaru yang ditapis hari ini.

Besar kemungkinan lebih banyak bekas penyandang yang bakal gugur akan memprotes keputusan Najib yang menyebabkan dia kini dalam dilema. ~jalan pulang

Jumaat, 5 April 2013

Hebat Tok Nan Tadbir Pahang: Baru 2 Hari Didaftarkan, Dah Dapat Kontrak Selenggara Jalan Selama 7 Tahun Tanpa Melalui Tander.

























Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun hanya selepas 2 hari ditubuhkan.

Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran 1033787. 

(Surat kelulusan kontrak tujuh tahun dari kerajaan negeri Pahang kepada YP yang diluluskan pada 6 Februari 2013)

“Ini bermakna syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Ini jelas satu salahguna kuasa dan cara merompak duit rakyat sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Johari Harun  (No KP: 700120-06-5739) yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di Batu Caves. (SSM3.jpg)

Tidak dapat dipastikan samada mereka khasnya Syufina Yaakob mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Semakan Harakahdaily dengan laman web SPR mendapati, Johari Harun mengundi di Janda Baik, Ketari di bawah parlimen Bentong, kawasan datuk Adnan Yaakub. Namun begitu semakan terhadap nama Syufina berdasarkan no kad pengenalannya mendapati  tidak ada sebarang rekod dinyatakan.

Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance.

Kontrak 7 tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013. (lihat SSM4.jpg)

Satu surat rasmi mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan satu kontrak penyelenggaraan jalan negeri Pahang kepada sebuah syarikat selama tujuh tahun.

Dalam surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya, kontrak tersebut diberikan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd bermula 1 April 2013.

“Pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri,” baca surat tersebut yang ditujukan kepada “Jurutera Daerah JKR Kuantan/ Temerloh / Jerantut / Pekan / Maran / Bentong / Rompin / Kuala Lipis / Cameron Highlands / Raub / Bera.”

“Ia telah menimbulkan persoalan kenapa ia dibuat untuk tempoh yang begitu panjang?” soal Tuan Ibrahim.

Surat itu turut menyatakan bahawa jalan-jalan yang terlibat dalam kontrak ini ialah jalan-jalan negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tetapi tidak termasuk jalan di dalam kategori yang lain.

(Bukti syarikat YP baru ditubuhkan pada 4 Februari)

Surat itu turut mengarahkan sebarang rundingan yang belum dimuktamadkan dengan kontraktor lain perlu dibatalkan.

“Oleh yang demikian, segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori Jalan Raya Negeri Di Bawah JKR yang masih di peringkat tawaran dan masih belum disetuju terima kepada kontraktor hendaklah dibatalkan. 

"Walaubagaimanapun, kerja-kerja undi dan sebut harga yang telah disetujuterima oleh kontraktor boleh diteruskan sehingga siap,” tulis surat itu lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menuntut penjelasan daripada Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai kontrak berkenaan.


1.     Mengapa Syarikat YP Maintenance dipilih? Apakah nasib bakal melanda kontraktor-kontraktor jalan Kelas F dan peluang kerja anak tempatan?

2.     Apakat butiran perjanjian antara kerajaan negeri dengan Syarikat YP Maintenance?

3.     Bagaimana perjanjian ini boleh menguntungkan warga Pahang? Apakah sebutharga YP Maintenance jauh lebih rendah berbanding kontraktor lain?

4.     Apakah YP Maintenance memenangi kontrak ini melalui tender terbuka?

5.     Berapa jumlah nilai kontrak 7 tahun tersebut? Mengapa 7 tahun dan bukan diperbaharui setiap tahun?

6.     Jika YP Maintenance tidak dapat melaksanakan tugas kontrak, apakah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mendenda dan membatalkan kontrak?

“PAS dan Pakatan Rakyat Pahang berjanji akan menilai kembali kontrak ini, dan tidak akan mengagak-agak mengambil tindakan susulan untuk menjaga nasib kontraktor F dan anak tempatan apabila kami diberi mandat menerajui Pahang selepas PRU13,” tegas Tuan Ibrahim.

PAS dan Pakatan Rakyat Pahang, katanya tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan menjadi ‘SYABAS’ kedua seperti di Selangor dan syarikat bekalan air PAIP di Pahang, di mana kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta ringgit tanpa mendapat kembali perkhidmatan yang sewajarnya.

“Kontrak ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN tengah membuat persiapan untuk tewas dengan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada syarikat kroni untuk menjamin pendapatan mereka pada masa hadapan,” tambah beliau. Sumber

Betul ker Khairy...!!!! Atau Saja Main Wayang Macam Bekas Adun Batu Kurau, Najmudin Elias.


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan keputusan sama ada bertanding atau tidak diserahkan kepada kepimpinan parti walaupun "lebih cenderung" untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, komitmen beliau adalah memastikan kemenangan BN lebih diutamakan jika pun tidak berpeluang untuk disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, setiap keputusan dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pencalonan akan diterima dengan terbuka.
Tambahnya, pemimpin-pemimpin muda tidak boleh berkecil hati dan menentang jika tidak dipilih menjadi calon, sebaliknya pilihan raya umum menjadi bukti kesetiaan kepada BN.
“Ramai yang tanya saya melalui Twitter sama ada saya bertanding atau tidak. Saya sudah maklum kepada Najib, keutamaan saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13.
“Tetapi saya seorang yang agak ‘old-fashioned’, saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur.
"Kalau diminta undur, saya akur juga. Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.
“Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prinsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon, kita kena bergerak dalam satu pasukan,” kata beliau dalam laman sosial Facebook hari ini.
Semalam, Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU13.
Mengulas lanjut Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, dengan pengalaman dimiliki walaupun tidak menjadi salah seorang Ahli Kabinet dan menjadi ejekan musuh politik, namun ia mampu melaksanakan tugas dengan baik.
Katanya, perkara yang penting adalah untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengutamakan jawatan di dalam parti.
“Mungkin pengalaman saya boleh jadi teladan, walaupun telah empat tahun saya berkhidmat di dalam Umno dan BN namun saya tak pegang sebarang jawatan dalam Kabinet, ramai musuh ejek, tapi saya dapat laksanakan tugas dengan baik.
“Jadi apa yang penting bagi kita adalah amanah dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya lagi.
-sinarharian.com

Jumaat, 2 Disember 2011

Asri Nafi Sertai Umno Dan Mahu Kekal Sebagai Pemerhati Luar.


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan beliau tidak ada sebarang rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Umno buat masa sekarang.
Sehubungan itu kata beliau, kehadirannya pada Perhimpunan Agung Tahunan 2011 yang berlangsung sekarang hanyalah sebagai tetamu jemputan dan tidak harus dilihat sudah pun memutuskan untuk menyertai Umno.
Katanya, kehadirannya pada perhimpunan parti itu sekarang tidak boleh dianggap beliau sudah atau akan menyertai Umno.
Ini kerana, kata Asri (gambar), beliau pernah menerima dan menghadiri jemputan parti-parti lain termasuk PAS.
“Tidak, tidak. Saya hanya hadir sebagai tetamu jemputan, mereka jemput saya hadir, hormati jemputan, lagipun secara kebetulan saya ada masa,” kata beliau sambil menambah mahu kekal seperti sekarang di mana menjadi pemerhati dan penganalisis dari luar.
“Saya pun sepatutnya hadir pada 27 November lalu atas jemputan PKR, tetapi saya tidak sempat. Dulu saya pernah hadir muktamar PAS. DAP pun pernah jemput saya dua tahun lalu, tetapi saya tidak sempat pergi,” kata felo Pusat Pengajian Islam Oxford ini.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Asri berkata, “saya lebih suka berada seperti sekarang, menjadi pasukan ketiga, melihat dari luar.”
Selaku tetamu Umno Asri mengambil bahagian dalam hampir kesemua acara utama dan sampingan sejak empat hari lalu.
Beliau pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tahun lalu bersama sekumpulan ulama muda, tetapi akhirnya memberi kenyataan bahawa mahu kekal tidak menjadi ahli politk mana-mana parti.
Asri juga berkata beliau gembira menjadi “pihak ketiga” dengan memberi pandangan dan nasihat kepada parti-parti politik.
“Ini bermakna parti-parti politik masih sanggup menerima pandangan daripada pihak ketiga. Ini perkembangan yang sihat,” kata beliau lagi. Insider

Ahad, 27 November 2011

Kecaman Mahathir Dan Nurani Saifuddin.

Ahmad Lufti Othman.


Wawancara Mingguan Malaysia, Ahad lalu dengan Dr Mahathir Mohamad, mengenai persiapan Umno menjelang PRU13, sempena perhimpunan agung parti itu, bermula 29 Nov ini, dikatakan mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pemimpin dan aktivisnya. Mingguan dan Utusan Malaysia nampaknya masih menjadikan bekas Perdana Menteri itu sebagai sumber berita utama berbanding akhbar arus perdana yang lain.

Bercakap kelemahan Umno, seperti lazimnya, Mahathir mengecam dan meletakkan sepenuh kesalahan kepada pengganti beliau, Abdullah Ahmad Badawi: "Umno sudah menjadi rosak teruk apabila Abdullah mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya."

Bagaimanapun, Mahathir yang dilihat lebih percaya kepada Muhyiddin Yassin, turut menyindir Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Najib Razak: "Umno memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin Umno yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru."
(Khabarnya Mahathir tidak senang dengan kegemaran Najib yang kerap melancong keluar negara).

Mahathir terus memperlekeh kemampuan pemimpin Umno, termasuk para menteri dan ketua bahagian, yang disifatkannya gagal menjawab serangan pembangkang khususnya mengenai rasuah dan kronisme. "Di kalangan pemimpin Umno tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti (semasa) bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi," bidasnya.

Ditanya apakah orang Melayu sudah kritikal terhadap Umno, beliau menjawab: "Ini adalah soal impression bahawa Umno dipimpin orang yang korup dan orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan. Ini adalah benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah. Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah ..."

Segera saya teringat buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan tahun 2010, yang dihasilkan sekumpulan pengkaji Transparency International. Mahathir merupakan salah seorang yang diwawancara. Beliau dipetik sebagai berkata: "Hakikatnya setiap orang yang dilantik ke jawatan Majlis Tertinggi Umno dalam tahun 2009 memang kerana mereka menggunakan wang. Jadi bolehlah anda mengatakan bahawa jawatankuasa pusat Umno sebenarnya terdiri daripada orang yang bersikap rasuah."

Seorang teman mengirim emel kepada saya, mengutip respons Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Md Alwi Che Ahmad dalam Facebook. Saya tertarik dengan ungkapan Alwi, di antaranya: "Hari ini Tun M kata macam-macam, Melayu gaduh sama sendiri, pemimpin Umno tiada pelapis ... saya nak tanya Tun M, bukankah di zamannya Umno dan PAS mula gaduh? Dia benci PAS sebab Yusof Rawa pernah kalahkan beliau. Lepas itu dia pecat Musa Hitam, kemudian  guna Pak Ghafar, lepas itu suruh Anwar kalahkan Ghafar. Sebelumnya dia benci Tengku Razaleigh, kemudian  pecat Anwar ...

Dalam FB, Alwi kelihatan berdebat dengan seorang penyokong Mahathir. Beliau turut merakamkan: "Dulu saya selalu hantar Tun M keluar negara. Cium tangan hormat pemimpin dan orang tua. Tetapi suatu hari di bilik bunga raya, saya tengok Pek Khing letak tangan atas bahu Tun M, Vincent Tan pula salam biasa, saya jadi kaget. Lepas itu saya refused menghantarnya tetapi hati saya memberontak. Aku hormatkan dan muliakan pemimpinku, (tetapi) bangsa lain ....

"Saya cuma minta dia berlaku adil dalam kritikannya .... anak-anaknya tiada yang tidak kaya raya, kapalterbang sendiri pun ada, dia hentam Cina, tapi di sekelilingnya semua Cina berjaya, saya hanya mahu dia berlaku adil!"

Apa pun, saya lebih terkesan dengan gesaan Mahathir agar Umno memberikan tumpuan untuk menarik pengundi Melayu. Bekas Presiden Umno ini tidak pula menunjukkan kebimbangannya dengan trend pengundi bukan Melayu, khususnya komuniti Cina, yang dijangka terus menolak BN dalam PRU13 nanti.

Mahathir seperti mahu menyampaikan mesej bahawa jika berlaku swing undi di kalangan orang Melayu -- walaupun sedikit -- peluang BN untuk mengekalkan penguasaan di Putrajaya terjejas dengan teruk.

Dari sisi lain, bukankah selama ini banyak pihak risau tentang keupayaan PAS untuk mendekati dan meraih sokonganmasyarakat Melayu luar bandar, khususnya di kampung-kampung tradisi dan peneroka Felda? Maknanya, yang perlukhuatir dan berusaha berlipat ganda untuk memenangi minda dan hati orang Melayu adalah PAS, bukannya Umno, 'kan?

II.

Dua hari sebelum berlangsungnya majlis diskusi e-buku, Kalau Saya Mahasiswa, di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, saya menerima SMS Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mempelawa untuk turut memeriahkan program berkenaan.

Saya memanjangkan jemputan itu kepada rakan-rakan lain. Bukunya itu telah saya hadam, namun saya percaya sudut pandangannya tentang dunia kampus tetap segar dan mencabar, apatah lagi UIAM merupakan gelanggang paling sesuai membicarakan isu-isu yang membelenggu kebebasan akademik, menjerut suara mahasiswa dan memperbudak golongan cendekiawan.

Keuzuran menghalang saya, diganggu pula dengan deadline Harakah. Final bola sepak Sukan SEA di antara Harimau Muda dengan pasukan Indonesia di malam sama memang mengujakan tetapi saya hanya beminat untuk mengetahui keputusannya. Jantung saya masih tidak selesa untuk menanggung debaran yang memenatkan!

Tanpa mengetahui perkembangan diskusi itu, esoknya, pagi Selasa, saya bertanyakan Saifudin melalui SMS, dengan hasrat untuk turut mengulasnya dalam kolum ini. Tanpa menjelaskan, beliau hanya minta alamat emel saya.

Rupanya saya ketinggalan keretapi. Pada saat-saat akhir, UIAM membatalkan program itu. Saya turut merayau ke akaun Facebook Saifuddin. Beliau menyifatkannya, "ini tribulasi dan asam garam perjuangan". Kepada Malaysiakini, beliau berkata, "inilah kali pertama saya dijemput tapi program dibatalkan."

Waduh, alahai ... dan aneh sekali, di waktu Mahkamah Rayuan cuba memberikan ruang untuk warga kampus melaksanakan hak yang dijamin Perlembagaan, Rektor UIAM -- tentunya selepas mendapat arahan menteri, yakni boss Saifuddin sendiri -- yang mempunyai latar belakang undang-undang yang  hebat bertindak senekad itu atas alasan "isu Auku sedang hangat diperkatakan".

Belum pun berlalu episod hitam menimpa Prof Aziz Bari, UIAM seperti ghairah menagih kontroversi baru. Kali ini bukan membabitkan mana-mana tokoh pembangkang, kerana yang dihalangnya adalah seorang timbalan menteri dan Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Saya pernah mengusik Saifuddin; nampaknya beliau seperti keseorangan, atau mungkin hanya didokong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Ketiga-tiga mereka popular dengan aktiviti bola keranjang, YB'sCanJump. Jawabnya, "ada ramai lagi tetapi tidak berani bersuara."

Mengapa Saifuddin digeruni? Meskipun tegas mempertahankan prinsip dan berani menongkah hujah lapuk yang dikemukakan rakan-rakannya dalam BN, termasuk menyanggah daleh kolot pegawai kanan universiti, tutur katanya tetap teratur dan sopan. Dalam satu program TV, Saifuddin membidas tajam pendirian bebal bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Ali Shah.

Dalam e-bukunya, Saifuddin menegaskan,  Auku jelas mengongkong dan mengawal gerakan mahasiswa sehingga menjadikan mereka lesu.

Beliau juga menolak hujah yang mendakwa Auku tidak menyekat gerakan pelajar hanya kerana banyaknya jumlah program yang dijalankan di kampus. Beliau mengkategorikan tiga jenis program mahasiswa, iaitu aktiviti, bakti dan advokasi.

Baginya, program yang sekadar aktiviti kurang berkesan, manakala bakti dianjurkan dalam satu siri atau pakej yang punya matlamat tertentu. Sedangkan advokasi ialah prsoes pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan, yang dilakukan menerusi memorandum, perundingan, melobi dan sebagainya.

"Ada aktiviti yang sekadar aktiviti. Ada aktiviti yang bersifat bakti. Ada aktiviti yang bersifat bakti dan advokasi. Manakala ada aktiviti yang bersifat advokasi sahaja, dan ada yang bersifat advokasi dan bakti sekali gus, tetapi jarang terdapat advokasi dan aktiviti sekadar aktiviti.

"Gerakan mahasiswa ditandai oleh sifat atau ciri advokasi," jelas Saifuddin. Dan inilah jenis program yang terpaksa menempuh pelbagai halangan di universiti.

"Ada yang berpendapat Auku 1979 perlu untuk mengawal mahasiswa daripada berpolitik kerana bimbang mahasiswa menentang kerajaan. Soalnya, mengapa tidak ditanya mengapakah kerajaan ditentang oleh mahasiswa?" katanya, dipetik daripada e-buku "Kalau Saya Mahasiswa". 
HarakahDaily

Khamis, 9 Disember 2010

'Amanat Si Kitol', Bakal Calon Mesti Mesti Diterima Rakyat Dan Bukan Hanya Pandai Mengampu.

Siapakah calon pemuda yang benar-benar mempunyai karisma seperti yang beliau maksudkan itu. Apakah 'Si Kitol' termasuk diantara calon pemuda yang mempunyai pengaruh tersendiri untuk menang tanpa menumpang tuah si mentua?.

Siapalah dikalangan pemuda Umno yang sebegitu bodoh untuk mengampu 'Si Kitol' sekarang ini. Sedangkan beliau sendiri terkial-kial sendirian setelah bapa mentua bersara. Apakah sekarang ini beliau masih merasakan yang beliau masih lagi hebat?.

Jika pemuda Umno ada angan-angan untuk jadi calon, bukan beliau tempat orang nak mengampu kerana zaman kegemilangan dan keegoan beliau sudah tamat. Dulu bolehlah berlagak dengan menggunakan pihak polis sebagai pengiring semata-mata menunjukkan betapa berkuasanya beliau walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. 

Yang ada hanya sebagai naib pemuda Umno sahaja, itu pun dapat secara percuma kerana Hishamuddin nak mengampu Pak Lah. Ayat yang cukup terkenal dari mulut Hishamuddin ialah "Pak lah jangan masuk campur kerana kami hendak calonkan 'Si Kitol sebagai Naib Pemuda Umno".

View ImageMungkin 'Si Kitol' masih lagi berada dalam mimpi yang mengasyikkan yang kononnya Pak lah masih lagi berkuasa. Bagi penyokong Umno, mereka tidak boleh memaafkan 'Si Kitol' diatas kekalahan yang memalukan pada PRU12.

Diri beliau sendiri pun belum tentu lagi boleh bertanding semulakerana sudah ada suara-suara yang ingin menyingkir beliau daripada jawatan ketua pemuda Umno. Bagi pemuda Umno, hanya Rosmah sahaja tempat terbaik jika ingin menjadi calon pilihan raya tetapi syaratnya........ kipas....... kipas....... kipas jangan tak kipas, lenggoh tanga pun tak apa.............. janji kipas.

Jumaat, 3 Disember 2010

PRU 13......Umno Masih Teraba-Raba.

View Image
Apabila DS Najib membuat pengumuman untuk menangguhkan pemilihan dalam perhimpunan Umno yang akan datang, khabar-khabar angin mula bertiup kencang yang PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan. Mungkin juga PRU13 akan dibuat serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang sudah hampir tarikh luputnya.

Muhyiddin dalam kenyataannya kepada media tentang  perkara tersebutr, beliau menafikan dengan alasan yang Umno pernah beberapa kali melakukannya. Apa pun alasan yang diberikan ianya tetap tidak memuaskan kerana ada beberapa sebab yang boleh kita taksirkan, antaranya ialah;
  • Ramalan bomoh terkenal dari Kedah yang mengatakan BN akan dapat merampas beberapa negeri dari Pakatan Rakyat.
  • Najib melihat yang kedudukan BN semakin kukuh dengan kemenangan besar di Galas dan Batu Sapi.  
  • Yakin Bn akan menang besar pada PRU13.
  • Sokongan orang Melayu kepada Umno semakin meningkat.
  • Mengandaikan yang PKR semakin lemah semasa pemilihan baru-baru ini.
  • Melihat Pakatan Rakyat mula berpecah.
  • Melihat Perkasa semakin mendapat sokongan orang Melayu dan Umno boleh menumpang sekaki.
  • Masa terbaik untuk menyinkirkan KJ dengan meletakan calon pilihannya bagi jawatan ketua pemuda.
  • Sekiranya pemilihan Umno dilakukan sebelum pilihan raya, Umno mungkin akan berpuak jika calon yang bertanding kalah dalam pemilihan tersebut.
  • Ingin menguji populariti beliau dengan slogan One Malaysianya.
  • Ingin menghapuskan sumpahan R.A.H.M.A.N. sebagai mana Mahathir melakukannya terhadap sumpahan Mahsuri di Langkawi.
  • APCO telah menasihati beliau.
  • Rosmah telah memberi lampu hijau.
Dan banyak lagi andaian yang boleh difikirkan oleh pemerhatian politik kerana PRU 13 adalah penentu jatuh bangun Umno dan kerjaya politik beliau. Jika melihat kepada Bajet 2011, beliau seperti memberi petunjuk dengan menaikkan elaun JKKK yang mana pengerusi JKKK telah dinaikkan daripada RM450 kepada RM800 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM50. Kerana itulah bajet tersebut dipanggil Bajet mesra BN dan bukan Bajet mesra rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular