Translate

Memaparkan catatan dengan label Rasuah Pemimpin Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasuah Pemimpin Umno. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

Hebat Tok Nan Tadbir Pahang: Baru 2 Hari Didaftarkan, Dah Dapat Kontrak Selenggara Jalan Selama 7 Tahun Tanpa Melalui Tander.

























Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun hanya selepas 2 hari ditubuhkan.

Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran 1033787. 

(Surat kelulusan kontrak tujuh tahun dari kerajaan negeri Pahang kepada YP yang diluluskan pada 6 Februari 2013)

“Ini bermakna syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Ini jelas satu salahguna kuasa dan cara merompak duit rakyat sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Johari Harun  (No KP: 700120-06-5739) yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di Batu Caves. (SSM3.jpg)

Tidak dapat dipastikan samada mereka khasnya Syufina Yaakob mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Semakan Harakahdaily dengan laman web SPR mendapati, Johari Harun mengundi di Janda Baik, Ketari di bawah parlimen Bentong, kawasan datuk Adnan Yaakub. Namun begitu semakan terhadap nama Syufina berdasarkan no kad pengenalannya mendapati  tidak ada sebarang rekod dinyatakan.

Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance.

Kontrak 7 tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013. (lihat SSM4.jpg)

Satu surat rasmi mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan satu kontrak penyelenggaraan jalan negeri Pahang kepada sebuah syarikat selama tujuh tahun.

Dalam surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya, kontrak tersebut diberikan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd bermula 1 April 2013.

“Pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri,” baca surat tersebut yang ditujukan kepada “Jurutera Daerah JKR Kuantan/ Temerloh / Jerantut / Pekan / Maran / Bentong / Rompin / Kuala Lipis / Cameron Highlands / Raub / Bera.”

“Ia telah menimbulkan persoalan kenapa ia dibuat untuk tempoh yang begitu panjang?” soal Tuan Ibrahim.

Surat itu turut menyatakan bahawa jalan-jalan yang terlibat dalam kontrak ini ialah jalan-jalan negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tetapi tidak termasuk jalan di dalam kategori yang lain.

(Bukti syarikat YP baru ditubuhkan pada 4 Februari)

Surat itu turut mengarahkan sebarang rundingan yang belum dimuktamadkan dengan kontraktor lain perlu dibatalkan.

“Oleh yang demikian, segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori Jalan Raya Negeri Di Bawah JKR yang masih di peringkat tawaran dan masih belum disetuju terima kepada kontraktor hendaklah dibatalkan. 

"Walaubagaimanapun, kerja-kerja undi dan sebut harga yang telah disetujuterima oleh kontraktor boleh diteruskan sehingga siap,” tulis surat itu lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menuntut penjelasan daripada Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai kontrak berkenaan.


1.     Mengapa Syarikat YP Maintenance dipilih? Apakah nasib bakal melanda kontraktor-kontraktor jalan Kelas F dan peluang kerja anak tempatan?

2.     Apakat butiran perjanjian antara kerajaan negeri dengan Syarikat YP Maintenance?

3.     Bagaimana perjanjian ini boleh menguntungkan warga Pahang? Apakah sebutharga YP Maintenance jauh lebih rendah berbanding kontraktor lain?

4.     Apakah YP Maintenance memenangi kontrak ini melalui tender terbuka?

5.     Berapa jumlah nilai kontrak 7 tahun tersebut? Mengapa 7 tahun dan bukan diperbaharui setiap tahun?

6.     Jika YP Maintenance tidak dapat melaksanakan tugas kontrak, apakah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mendenda dan membatalkan kontrak?

“PAS dan Pakatan Rakyat Pahang berjanji akan menilai kembali kontrak ini, dan tidak akan mengagak-agak mengambil tindakan susulan untuk menjaga nasib kontraktor F dan anak tempatan apabila kami diberi mandat menerajui Pahang selepas PRU13,” tegas Tuan Ibrahim.

PAS dan Pakatan Rakyat Pahang, katanya tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan menjadi ‘SYABAS’ kedua seperti di Selangor dan syarikat bekalan air PAIP di Pahang, di mana kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta ringgit tanpa mendapat kembali perkhidmatan yang sewajarnya.

“Kontrak ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN tengah membuat persiapan untuk tewas dengan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada syarikat kroni untuk menjamin pendapatan mereka pada masa hadapan,” tambah beliau. Sumber

Khamis, 7 Februari 2013

Longgokan Duit: SPRM Tak Nak Siasat Ker...!!!


(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.

“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,” kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

“Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu.

“Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci,” ujarnya.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung.

Katanya, pada awalnya ketika diberitahu pekerja di ladang berkenaan beliau kurang yakin, namun apabila ditunjukkan bukti bergambar keraguan hilang.

Katanya, insiden yang berlaku itu bukan perkara kecil sebaliknya ia melibatkan sesuatu berprofil tinggi, mempamerkan longgokan wang di hadapan penduduk kampung menjelang pilihan raya.

“Oleh itu saya berharap pihak berkaitan menyiasat isu tersebut kerana ia membabitkan maruah penduduk kampung,” ujarnya di sini.

Semalam lebih 50 penduduk dari beberapa kampung di Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Ikmal dan Naib Ketua Umno Tanah Merah, Bakri Mustapa yang didakwa tidak datang mengajar di sekolah.

Surat arah kempen 

Sementara itu dalam perkembangan lain jabatan dan agensi di bawah portfolio agama Jabatan Perdana Menteri difahamkan menerima surat arahan daripada pegawai seorang menteri supaya membantu kempen di sebuah kawasan parlimen di Kedah.

Sumber sebuah jabatan berkaitan memberitahu, pihaknya menerima arahan bertulis supaya datang berkempen membantu menteri yang dijangka bertanding di Yan, Kedah.

“Bukan lagi arahan secara lisan sebaliknya dibuat secara bertulis,” dakwanya. Sumber

Sabtu, 14 Januari 2012

Malaysia Pusat Wang Haram Asia?


Dalam laporan bertajuk “Aliran Wang Haram dari Negara-negara Sedang Membangun: 2002-2006 (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002-2006) yang diterbitkan dalam tahun 2008, Global Financial Integrity (GFI), sebuah pertubuhan penyiasatan kewangan antarabangsa, mendedahkan wang haram (illicit money) berjumlah USD1 trilion mengalir keluar meninggalkan negara-negara sedang membangun setiap tahun dalam tempoh 2002-2006. Di dalam laporan selanjutnya yang diterbitkan dlam tahun 2011 bertajuk “Aliran Wang Haram dari Negara-negara sedang Membangun: 2000-2008 – Kemaskini dengan Fokus kepada Negara-Negara Asia” (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2008 – Update with a Focus on Asia), pertubuhan itu mendapati pemindahan wang haram yang lebih besar, iaitu, US1.26 trilion, berlaku setiap tahun dalam tempoh 2002-2008. GFI di dalam laporan yang dikemaskinikan ini menyebut perkara-perkara berikut:
Negara-negara Asia adalah penjana utama wang haram menyumbang sebanyak 44.4% kepada jumlah aliran wang haram dunia.
10 negara menyumbang sebanyak 70% kepada jumlah aliran wang haram dunia terdiri dari, mengikut urutan ranking masing-masing, China (USD2.18 trilion), Russia (USD427 bilion), Mexico (USD416 bilion), Saudi Arabia (USD302 bilion), Malaysia (USD291 bilion), Emiriyyah Arab Bersatu (USD276 bilion), Kuwait (USD242 bilion), Venuzuela (USD157 bilion), Qatar (USD138 bilion) dan Nigeria (USD130 bilion).
Lima negara Asia yang mengalami pemindahan wang haram ke luar negeri yang besar terdiri dari China (USD2.18 trilion), Malaysia (USD291 bilion), Filipina (USD109 bilion), Indonesia (USD104 bilion) dan India (USD104 bilion). Kelima-lima negara ini menyumbang 96.5% kepada jumlah aliran keluar wang haram dari Asia.
Aliran keluar wang haram dari negara-negara pengeksport petroleum seperti Russia, Emiriyyah Arab Bersatu, kuwait dan Nigeria semakin meningkat.
Bagi Malaysia, laporan terkini terbitan GFI itu mendedahkan sebanyak US291 bilion (RM1,077 bilion) wang haram telah mengalir keluar dari negara ini dalam tempoh 9 tahun (2000-2008). Penemuan ini amat memeranjatkan kerana, pertama, dari kalangan 152 buah negara, aliran keluar wang haram dari Malaysia adalah yang kelima terbesar di dunia dan yang kedua terbesar di kalangan lima negara Asia, tidak sepadan dengan saiz ekonomi.  Dari segi saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia adalah sebuah ekonomi yang kecil pada kedudukan ke 38 dari 190 buah negara.  Kedudukan Malaysia dalam aliran keluar wang haram jauh lebih buruk berbanding negara Thailand (ke 24) yang saiz ekonominya lebih besar, Brunei (ke 30), Bangladesh (ke 46) dan Zimbabwe (ke 73).
Kedua, dalam tempoh kajian (2000-2008) Malaysia menguatkuasakan kawalan pertukaran asing yang ketat yang tidak membenarkan warga negara dan pelabur asing membawa wang ke luar negera sesuka hati. Sejak 1998, pasaran luar persisiran pantai bagi ringgit telah dihentikan, matawang ringgit denominasi besar (RM1000 dan RM500) dimansuhkan, pelabur-pelabur luar dibenarkan menghantar dividen ke luar negara hanya selepas satu tahun ia diperolehi dan pelbagai lagi sekatan yang menghalang aliran keluar dana dari Malaysia.
Ketiga, aliran keluar wang haram itu berterusan dalam tempoh yang panjang sedangkan di Bank Negara Malaysia telah diwujudkan Unit Perisikan Kewangan atau “Financial Inteligence Unit” (sejak 2002) bagi mengesan aktiviti penyeludupan wang haram ke luar negara dan juga Bank Negara menguatkuasakan undang-undang “money laundering.”
Ini mengundang persoalan: Bagaimanakah wang haram yang begitu besar jumlahnya boleh mengalir keluar dari Malaysia tanpa dapat dikesan oleh “radar” Bank Negara Malaysia?
Wang haram atau “illicit money” adalah wang yang dijana oleh pemiliknya secara tidak sah atau menyalahi undang-undang dan dipindahkan ke luar negara atau digunakan oleh pemiliki dengan cara yang melepasi pengesanan dan rekod oleh pihak berkuasa di negara asal wang berkenaan. Sebahagian besar wang haram ini mengambil bentuk wang rasuah, bayaran komisyen yang tidak sah, pelarian dari cukai, wang rompakan dan penipuan, wang dari hasil penjualan dadah dan wang yang dijana dari pelbagai kegiatan haram. Ianya mengalir keluar negara dengan pelbagai cara seperti pemesongan nilai perdagangan (trade mispricing), penyeludupan, pergerakan wang tunai secara pukal (misalnya, dimuatkan di dalam kapal terbang pribadi) dan pindahan telegrafik (wire transfer).
Bagi Malaysia, memandang amalan rasuah amat berleluasa dan semakin teruk, maka dipercayai wang haram yang mengalir keluar dari Malaysia ke luar negara sebahagian besarnya adalah wang rasuah. Besarnya jumlah wang haram yang meleleh ke luar adalah satu mercu tanda penunjuk kepada parahnya gejala rasuah di Malaysia. Ia mensahihkan kedudukan Malaysia sebagai negara ke 60 dalam indeks persepsi rasuah dunia (2010).
Aliran keluar wang haram yang begitu besar dan gagal pula dikesan oleh pihak berkuasa menimbulkan berbagai kekhuatiran. Pertama, dikhuatiri di Malaysia wujud sindiket penyeludupan wang haram ke luar negara yang gagal dikesan dan dibenteras oleh pihak berkuasa.
Kedua, dikhuatiri aktiviti penyeludupan wang haram ke luar negara ini melibatkan “pemakan rasuah” bertaraf  “ikan jerung” kerana tidak mungkin pemakan-pemakan rasuah yang bertaraf  “ikan bilis” memiliki kemampuan untuk memindahkan wang haram ke luar negara selain daripada menyimpan wang itu di bawah tilam di kamar tidur.
Ketiga, yang paling dikhuatiri ialah kegiatan pemindahan wang haram ke luar negara ini mungkin mendapat restu dan perlindungan dari pihak berkuasa termasuklah pihak berkuasa Kastam dan Bank Negara Malaysia.  Ketidakberkesanan penguatkuasaan undang-undang yang ada dan lemahnya pihak berkuasa untuk bertindak mungkin disebabkan wujudnya “tangan-tangan ghaib” yang lebih berkuasa.
Wang haram yang berjaya dipindahkan ke luar negara akhirnya akan disimpan bank-bank di negara maju yang menyediakan kemudahan akaun rahsia (secret account) seperti yang disediakan oleh Swiss Bank (di bawah Swiss Banking Act 1934) atau dilaburkan dalam pelaburan hartanah di luar negara. Banyak maklumat dipaparkan di dalam media massa tentang cerita-cerita rakyat Malaysia memiliki akaun bank yang besar di luar negara dan memiliki hartanah di lokasi yang dihuni oleh golangan kaya dan terkenal namun jarang sekali didengar tentang laporan penyiasatan tentang asal usul wang itu. Tidak lama dahalu seorang ahli politik bertaraf menteri besar telah ditangkap oleh pegawai kastam di sebuah negara maju kerana cuba menyeludup wang tunai berjuta-juta ringgit nilainya ke negara itu tetapi undang-undang di Malaysia seolah-olah tidak cukup taring untuk bertindak tegas ke atas penyeludup wang haram itu. Sejak kebelakangan ini pula banyak berita yang menuduh seorang ahli politik dari Malaysia bertaraf ketua menteri dan ahli keluarga memilki pelbagai pelaburan dan aset di luar negara bernilai berbilion-bilion ringgit, namun tiada penyiasatan serius dijalankankan oleh pihak berkuasa, mensahihkan sangkaan bahawa di sana ada tangan-tangan ghaib yang melindungi pemakan rasuah menyeludup wang haram ke luar negara.
Apabila sejumlah wang sesebuah negara dipindahkan ke negara lain, peredaran wang yang dipindahkan  itu terhenti. Dalam istilah ekonominya dikatakan “jumlah wang itu telah dibunuh.” Wang yang beredar dari tangan ke tangan – dari pengguna kepada pengeluar barangan dan dari pengeluar kepada pembekal faktor pengeluaran (modal, buruh, pemilik tanah dan bangunan dan pembekal bahan mentah) - akan mewujudkan kegiatan ekonomi dan menjana pekerjaan, pendapatan dan kekayaan. Selagi wang itu beredar dari tangan ke tangan di dalam negara, maka selama itulah wang itu akan terus menyumbang kepada pembesaran dan pertumbuhan kegiatan ekonomi, pendapatan dan kekayaan. Ini bermakna wang negara yang ditompokkan di dalam bank luar negara merugikan negara dan semakin besar jumlah wang yang dilarikan maka semakin besar kesan negatifnya kepada ekonomi negara. Rendahnya kadar pertumbuhan ekonomi dalam tempoh satu dekad yang lepas rupa-rupanya disebabkan, antara lain, oleh besarnya jumlah wang yang “dibunuh.” Besarnya jumlah wang haram mengalir ke luar negara secara berterusan dalam jangka masa yang panjang telah menyebabkan ekonomi Malaysia terperangkap dalam jerat “ekonomi berpendapatan pertengahan.”  Wang yang sebegitu besar jumlah, seandainya kekal beredar di dalam negara, mampu melonjakkan pendapatan negara ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu diyakini sekiranya amalan rasuah dapat dibanteras, pacuan roda ekonomi Malaysia akan menjadi lebih pantas.

Dr Rosli Yaakop
Subang Jaya
Jumaat, 12 Januari 2011
Wang haram

Isnin, 5 Disember 2011

Abd Hamid Pawanteh, Bekas MB Perlis Di Tuduh Terima Rasuah, SPRM Tunggu Apa Lagi...!!!!!

Image Detail

Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.
Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.
Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.
Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.
Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.
Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.
Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.
Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan,
Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi. Insider
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular