Translate

Memaparkan catatan dengan label Skandal Rosmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skandal Rosmah. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Disember 2013

Siasat Anak Rosmah Dengan Pembelian Kondo RM110 Juta



Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR.

"Dengan segala bukti ini - sangat jelas bahawa keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan mereka.

"Dari mana mereka mendapat wang dan pendapatan yang besar ini?" soal Naib Presiden PKR Tian Chua kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Tian Chua yang juga anggota parlimen Batu berkata, berdasarkan standard pemerhatian negara-negara lain, hidup melebihi kemampuan akan mendorong siasatan badan pencegahan rasuah.

Laman pembocor maklumat Serawak Report semalam melaporkan, anak lelaki isteri perdana menteri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 36 tahun membeli seunit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Layakkah Anak Beliau Memiliki Hartanah Yang Bernilai Tinggi Itu?

 Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York, menurut Sarawak Report.


Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal yang menyatakan Riza membeli hartanah tujuh bilik itu pada 19 November 2012.

Laporan New York Times itu menyatakan, unit megapuri (penthouse) yang terletak di Central Park West dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankan sebaik tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.

Laporan Sarawak Report itu turut mendedahkan penglibatan Riza dibelakang pembikinan filem ‘The Wolf on Wall Street’.

Los Angeles Times melaporkan, filem ‘R-rate’ itu menelan belanja sekitar USD 100 juta.

Sarawak Report turut bertanyakan tentang soalan: ‘Dari mana wang ini datang?’

Malah, lebih mengejutkan penglibatan jutawan Taek Jho Low sebagai rakan rapat Riza Shahriz. Jho Low sebelum ini dilaporkan berkata bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosman Mansor adalah ‘kawan baik’ kepadanya.

Nama Jho Lho sebelum ini dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jumaat, 1 Februari 2013

Analisis: Umno Sudah Tersedia Untuk Dibersarakan.

Bagaimana jika aku mansuhkan pilihan raya agar aku terus berkuasa.

Apabila Najib meminta simpati rakyat agar beliau diberi semula mandat untuk memerintah agar tranfomasi beliau dapat di laksanakan, secara tidak langsung beliau memberitahu dunia bahawa pemerintahan Umno/BN sudah sampai jangka hayatnya. Rayuan demi rayuan di laungkan oleh beliau dengan bantuan jeneral tua berpencen (Mahadhir) yang masih mengaku beliau masih lagi hebat dan berkuasa.

Beliau adalah pengasas kepada Umno Baru setelah berjaya mengharamkan Umno Lama dengan taktik yang paling kotor. Penubuhan Umno Baru adalah platform beliau untuk terus berkuasa secara total dengan penyingkiran secara besar-besaran terhadap penentang beliau. Ketika itulah beliau betul-betul di puncak kuasa sehingga tiada siapa yang berani menentang beliau dan beliau selayaknya digelar maha firaun moden.

Dari Ketua Hakim sehinggakan hakim-hakim kanan, semuanya jatuh ditangan beliau. Kegilaan beliau tidak terhenti begitu sahaja apabila beliau melepaskan para pengampunya untuk menyerang Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu adalah benteng terakhir untuk umat Melayu berpayung tetapi beliau telah menarik semua kekebalan dan gelaran Raja-Raja Melayu dengan meminda perlembagaan dengan sokongan majoriti. Walau pun kita tidak menafikan akan tingkah laku Raja-Raja Melayu ada yang memalukan, apatah lagi dengan imej Raja sebagai Ketua Agama Islam tetapi itu bukan caranya kerana secara tidak langsung benteng bangsa Melayu semakin retak.

Akulah maha firaun tua yang masih lagi berkuasa dan ditakuti.

Tiada siapa yang berani berhadapan dengan beliau kerana segala salah laku pemimpin Umno/BN ada didalam poket beliau. Semua menteri yang berada dibawah beliau mempunyai skandal kerana itulah yang beliau mahukan. Jika ada yang berani melawan, maka pasti mereka akan rebah terpelanting dengan bermacam dakwaan. Ada menteri yang terpaksa bersara awal walau pun itu bukan kemahuan nafsu serakah mereka.

Kemuncak kepada kejatuhan Umno ialah tindakan kurang bijak beliau memecat timbalannya, DSAI dan pada PRU10, Umno/BN kalah banyak kerusi dan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Itulah pemulaannya era kejatuhan Umno kerana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap pemerintahan kuku besinya. Rakyat Malaysia sudah muak dengan cara beliau memperkayakan anak-anak dan kroni-kroninya.

Kemenangan besar Umno/BN pada PRU11 adalah petunjuk awal bagaimana rakyat Malaysia memberi peluang kedua kepada Umno kerana mereka melihat yang Pak Lah adalah pemimpin yang lebih lembut berbanding dengan Mahathir sehinggakan Pak Lah dipanggil Mr. Clean. Harapan rakyat begitu besar dengan perlantikkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 5 tetapi harapan tinggal harapan kerana Pak Lah adalah seorang pemimpin yang cukup lemah.

Pertemuan antara buku dan ruas, siapa yang akan menang?

Menantunya KJ dan budak tingkat empat amat berkuasa ketika itu sehinggakan menantunya yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan akan diiringi oleh pihak polis sedangkan beliau hanyalah naib ketua pemuda Umno sahaja. KJ dan rakan-rakannya amat berkuasa untuk menentukan dasar kerajaan. Malah setiap calon untuk PRU12 mestilah mendapat restu daripada KJ. 

Perkara ini benar-benar menjengkel Mahathir dan pengikut setianya kerana beliaulah pengasas kepada Umno Baru. KJ ketika itu masih lagi budak hingusan dan ia benar-benar mencabar kehebatan Mahathir sehinggakan beliau mengumumkan keluar parti. Mahathir mula menyusun strategi untuk menjatuhkan Pak Lah dengan bantuan Muhyiddin Yassin. KJ benar-benar membuat Mahathir hilang sabar kerana ia menganggu perniagaan anak-anaknya. Kekalahan teruk BN pada PRU12 adalah jalan terbaik untuk beliau menyingkirkan Pak Lah dan rancangan beliau berjaya dengan perletakkan jawatan oleh Pak Lah selepas beberapa bulan PRU12.

Aku adalah samseng kampung dusun yang amat ditakuti.

Mahathir merasakan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri adalah tepat sedangkan beliau sebenarnya telah melakukan kesilapan besar. Najib adalah seorang yang lemah dan kepimpinannya belum penuh diuji jika mengikut sejarah kerjaya politik beliau hanyalah sebagai bidan terjun dengan mengunakan nama besar bapanya. Beliau menjadi ahli parlimen Pekan pun kerana orang mengenangkan jasa-jasa bapanya, Tun Abdul Razak.

Jika kita mengkaji secara mendalam, isteri beliau Rosmah Mansor lebih berkuasa dan mempunyai kuasa veto untuk setiap aktiviti Najib dalam pentadbiran kerajaan . Beliau mempunyai jabatan, sekumpulan pegawai berpangkat tinggi setaraf dengan pegawai-pegawai yang berada didalam lain-lain kementerian., pekerja, peruntukan yang besar dalam setiap bajet yang diumumkan oleh suaminya sendiri sebagai Menteri Kewangan. Malah pejabat Rosmah yang dipanggil 'First Lady Of Malaysia' (FLOM) hanya bersebelahan dengan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Mahathir boleh bercakap bergegar-gegar sehingga terpelanting ribuan kerusi-kerusi kosong yang berada di hadapannya tetapi apabila berkaitan dengan Rosmah, beliau terus menjadi kelu seribu bahasa. Nama Rosmah Mansor adalah satu nama keramat yang tiada siapa boleh menyebutkannya hatta Mahathir sendiri. Walau pun Mahathir sudah cukup dalam ilmu kepolitikannya yang beliau tuntut lebih dari 60 tahun, ia seperti satu sumpahan buat beliau walau pun kehebatan ilmu Mahathir diakui kawan dan lawan.

Inilah kehebatan manusia yang bernama Rosmah Mansor yang amat digeruni sangat-sangat oleh mantan Perdana Menteri yang mengaku hebat tetapi kalah dengan Rosmah Mansor.  Jika Pak Lah tersungkur kerana menantu dan kekayaan anaknya, tidak mustahil Najib pun akan tersungkur kerana Rosmah Mansor. Mahathir boleh mengkritik Najib tetapi apabila berhadapan dengan Rosmah beliau akan menjadi kelu seribu bahasa sehingga ilmu-ilmu yang beliau pelajari untuk dituju kepada Rosmah akan tumbang satu persatu kerana pertahanan yang ada pada diri Rosmah.

Aku adalah First Lady Of Malaysia, siapa yang berani mempertikaikannya.

Berbalik kepada parti Umno Baru yang diasaskan oleh Mahathir yang semakin hari semakin nazak adalah benar. Pada pilihan raya 1999 (PRU10), rakyat menolak Umno kerana corak pemerintahan Mahathir yang sudah tidak terkawal. Demi menyelamatkan Umno, Mr Clean ditonjolkan sebagai pemimpin yang akan membersihkan segala kekotoran yang dilakukan oleh Mahathir, Umno/BN menang besar dalam sejarah penubuhannya pada PRU11.

Setelah satu penggal Mr Clean diberi kuasa, rakyat mula sedar bahawa Umno adalah parti untuk para pengampu membuat kekayaan yang luar biasa dan rakyat semakin terpinggir dengan bermacam-macam beban hasil dari ketidak telusan pemimpin atasan. Rakyat sudah mula hilang sabar dan pada PRU12, Umno/BN terus dihukum dengan begitu dahsyat sehinggakan mereka hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen dan terlepas 5 negeri yang mereka laungkan sebagai kubu kuat mereka.

Apa yang berlaku, Mahathir mula menyerang Pak Lah secara terang-terangan dan bagi Mahathir, Pak Lah adalah puncanya orang Melayu sudah hilang minat dengan Umno. Serang menyerang mula berlaku dalam Umno yang mana setiap pemimpinnya cuba menegakkan benang yang basah. Muka-muka wanita Umno sudah hilang seri lalu ditubuhkan Puteri Umno dengan awek yang cun-cun. Pemuda Umno hilang kejantanan mereka lalu ditubuhkan kelab Putera Umno dengan menampil pemuda-pemuda yang cukup perkasa walau pun jalannya baik sikit dari makyah.

Islam adalah agama anutan aku. Aku juga contoh muslimah yang sejati.

Kemuncaknya ialah sekarang ini yang mana Najib mula tidak berselindung akan ketakutan beliau pada PRU13. Belum pernah berlaku pilihan raya umum akan dipanggil kerana ia sudah tidak boleh di tangguhkan lagi atau bahasa mudahnya, Najib membubarkan parlimen atau parlimen akan terbubar secara automatik kerana tempoh matangnya sudah cukup dan jika parlimen terbubar secara automatik, bermakna Umno/BN adalah parti yang akan hilang kekuasannya buat selama-lamanya. 

Penyakit yang ada pada Umno/BN sudah tiada ubat untuk disembuhkan walau pun pakar-pakar dari pelusuk dunia dipanggil untuk memulihkannya. Umno sudah benar-benar nazak sehinggakan Mahathir, Najib dan Rosmah terpaksa menebalkan mukanya merayu agar Umno diberi peluang lagi untuk memerintah. Bagi rakyat, sudah tiba masanya Umno ditalqinkan di atas segala kejahatan yang mereka lakukan kepada rakyat marhaen. Inilah perjalanan terakhir Umno selepas 55 tahun menghambakan rakyat sendiri. sehinggakan rakyat terpaksa menjadi peminta sedekah di negara sendiri walau pun negara cukup kaya untuk memberi segala kesenangan untuk mereka. 

Saya menambung dari sejak kecil untuk membeli barang kemas.

Rakyat sudah meluat dengan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin Umno, anak-anak mereka dan juga kroni-kroni mereka. Kesabaran rakyat dengan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin Umno/BN sudah sampai kemuncaknya sehinggakan mereka sudah tidak takut untuk keluar kejalan-jalan raya sebagaimana yang berlaku pada KL112. Inilah harga yang terpaksa ditanggung oleh pemimpin Umno yang diketuai oleh Mahathir, Najib dan Rosmah. Bak kata Mahathir, betapa bersyukurnya beliau kerana akta ISA dimansuhkan, jika tidak beliau pasti akan merasa penangan akta drakula ini.

Khamis, 14 Jun 2012

Rosmah Kata Isu Menantunya Sengaja Diperbesarkan, Betul Ker....!!!!!!!



Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

NONE"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).

Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.

Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Cuba gambarkan sanggup menipu & memikat
Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar dNooryana Najwa Najib and Daniyar Nazarbayevidakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.
Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke universiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Sumber

Khamis, 2 Februari 2012

Penulis Blog Dedahkan E-mel 'Belanja Sakan' Rosmah

Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

NONEBuat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta ‘publicist’ beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.
 
Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

NONE"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek ‘Jelajah Asia’ dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

carl kapp sydney designer"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu. MK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular