Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, seorang tok guru yang dilantik oleh Pas menjadi Menteri Besar Kelantan, dianggap sebagai seorang Menteri besar yang berjaya membawa haluan kepimpinan dan pentadbiran berlandaskan ajaran Islam walaupun Umno-BN menganggap ulama tidak layak memimpin negara bagi menghadapi cabaran dan tuntutan pembangunan. Menteri Besar itu sudah berjaya menghapuskan apa yang di gelarkan orang Umno-BN bahawa Pas ialah 'parti pak lebai'. Umno -BN kelantan kecundang pada pilihanraya tahun 1999 selepas Ketua Perhubungannya, Tengku Razaleigh Hamzah mengatakan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz hanya layak menjadi mufti sahaja. Beliau tidak sedar melalui kepimpinan ulama inilah Kelantan sejak tahun 1990 tersohor sehingga ke peringkat antarabangsa kerana keadilan dan kesederhanaannya.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang di anggap sebagai simbol kepimpinan ulama di dalam Pas berikutan dengan kehebatan beliau menentang dasar perjuangan Umno-BN sejak awal 1980 an. Ceramah-ceramah beliau berjaya menarik rakyat kepada perjuangan Pas dan menarik perhatian antarabangsa setelah Pas menjadi malap dan lesu ketika berada didalam BN antara tahun 1974-1977. Akibat kekalahan Pas di Kelantan dalam pilihanraya tahun 1978. Dato' Asri selaku Yang di Pertua Agung Pas mula ditentang secara terbuka oleh ahli-ahli Pas. Ketika itu nama Dato' Asri sedang ditenggelamkan oleh nama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disifatkan sebagai mempunyai pendirian dan sikap yang tegas dan jelas terhadap hala tuju perjuangan Islam. Apabila menjadi Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menghadapi cabaran rakyat untuk membawa ke pengadilan mereka yang bertanggungjawab melakukan berbagai-bagai penyelewengan ketika Terengganu ditadbir oleh Umno-BN.
Umno terpaksa menggunakan khidmat raja-Raja Melayu untuk mengembalikan keyakinan orang melayu kepada Umno dan BN. Bagi Umno orang melayu berpecah belah kerana tidak bersatu didalam Umno. Tetapi, apabila majoriti orang melayu tidak lagi menyokong Umno, bolehkah Umno menganggap dirinya sebagai tunggak perpaduan melayu?. Adakah perpaduan untuk mempertahankan kezaliman dan kemungkaran boleh diterima oleh manusia yang waras?. Umno ditentang kerana pemimpin-pemimpin parti ini tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai penegak keadilan, pembela bangsa, agama dan tanahair. Itu sebabnya sudah dikatakan bahawa Umno tidak lagi relevan bagi orang melayu.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 12 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP)...
-
Apabila membicarakan soal pengkhianat Islam, masing-masing akan menunding jari antara PAS dan Umno. Sebelum kita menunding jari kepada mana-...
-
Kali ini kita berbincang tentang keadilan dalam berkenaan beristeri lebih daripada satu. Di sini kita akan melihat bagaimana Allah s.w.t. te...
-
Setelah 4 hari tidak dapat berblog dan membaca berita-berita terkini kerana berada diluar liputan, sekarang baru boleh membuka internet. Tid...
-
SERUAN PEMIMPIN AGAMA BATIL MENUJU KE LEMBAH NERAKA Di dalam Qur'an, Allah menjelaskan bahawa di sana terdapat para pemimpin k...
-
Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran neger...
-
Apa yang TGNA katakan tentang kerajaan perpaduan adalah betul kerana beliau telah merasa betapa peritnya apabila Pas diperlakukan oleh kera...
-
Mempertahankan Teori yang Dibatalkan Sains Sebahagian besar para saintis hari ini secara terangan mengakui punca yang mendorong m...
-
Adalah amat malang bagi parti yang baru bergelar Parti Islam Umno begitu takut dengan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dew...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan