Buat sahabat K.B.O.Online... Saya terpanggil membuat sedikit ulasan sahabat tentang tentang tajuk " Hadi ulangi kesilapan Asri". Terima kasih di atas fakta-fakta yang sahabat lontarkan. Memang di zama Datuk Asri, ramai pengikut Pas terlalu taksub diatas kehandalkan beliau dalam berpidato yang dapat membuat ribuan pendengar terpesona diatas hujah-hujah beliau. Dan saya masih sempat mendengar akan kehebatan beliau.
Walaupun beliaulah antara pemimpin yang hadir dalam perbincangan dalam usul penyertaian Pas di dalam Barisan Nasional. Tetapi kita tidak boleh menafikan jasa-jasa yang telah beliau curahkan terhadap perjuangan Pas.
Begitu jua dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah, Cikgu Wahab, Datuk Hassan Adli, Hassan Haji Muhamad dan ahli-ahli jawatankuasa kerja Pas yang lain telah meletak jawatan serentak sebelum selesai ucapan dasar Dato' Asri selaku Yang Dipertua Agong dibahaskan oleh perwakilan. Selepas Dato' Asri dan rakan-rakannya meletakkan jawatan maka bermulalah sejarah kepimpinan ulama didalam Pas.
Ustaz Yusof Rawa telah dipilih oleh Muktamar Pas sebagai Yang Pertuan Agong ( sekarang Presiden) manakala Timbalan YPA pula ialah Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor dan dua orang Naib YGA yang terpilih didalam Muktamar itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nakhaie Haji Ahmad.
Walau pun Dato' Asri dan Geng-geng nya keluar parti, Ustaz Hassan Adli sebagai menteri kerajaan tetap berada didalam BN walau pun Pas sudah keluar BN berikutan krisis pada tahun 1977. Beliau juga telah menyeru agar ahli-ahli Pas agar tetap bersama-sama denganPas. Beliau melarang ahli-ahli Pas mengikut jejak langkah beliau yang masih di dalam BN.
Apabila Pas menyertai Bn, ramai pemimpin Pas keluar daripada Pas sepeti Abdul Rahman Haji Mohamad (Pak Rahman), orang kuat Pas di Negeri sembilan, yang pernah bertanding di atas tiket bebas kerana menentang Pas menyertai BN dan juga Cikgu Haji Yusof bin Ayub telah menyertai Dap . Mereka telah kembali kepangkuan Pas setelah Pas keluar BN.
Seorang tokoh Pas iaitu Taha Kalo, pada ketika muktamar Pas hendak membincangkan soal penyertai parti itu kedalam BN. Dengan mengeluh dan dengan perasaan sayu dan sedih berkata'
" Kalaulah Dr. Burhanuddin dan Ustaz ZulkifliMohammad masih hidup,
Pas tidak akan menyertai Barisan Nasional yang ditaja oleh Umno itu".
Kenyataa sahabat K.B.O.Online yang menyatakan bahawa penyokong Pas, menyokong cadangan Dato' Asri bergabung dengan BN adalah satu ulasan yang dangkal kepada sejarah kerana apa yang belaku adalah bersifat patuh kepada pemimpin bukannya menyokong apa yang Dato' Asri lakukan. Sedangkan Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri tidak tahu siapa sebenarnya yang menjadi " Mastermind " yang menbawa Pas kedalam kandang BN.
Sebenarnya Dato' Asri tidak dipersalahkan secara total diatas kekalahan Pas pada pilihanraya pada tahun 1978. Saya masih ingat bagaimana BN dan Umno berpesta besar apabila kelantan jatuh kepada BN. Cuti umum telah diisytiharan keseluruh negara. Apa yang beliau disalahkan adalah kerana beliau masih cuba untuk bersama BN. Sehinggakanlah beliau menubuhkan parti Hamim dan menyertai parti koponem BN. Selepas beliau disingkirkan pada 1982.
Seperti kata sahabat K.B.O.Online, Pas tidak mempunyai kekuatan melainkan kerana kerana timbulnya isu perpecahan dalaman Umno seperti 1990 bersama Semangat 46 dan 1999 dengan PKR. Sebenarnya sejarah telah membuktikan bahawa Pas memang satu parti yang kuat jikalau kita melihat sejarah penubuhan Pas, Terengganu adalah kerajaan pertama yang diperintah oleh Pas pada tahun 1959, sebelum kita merampas Kelantan. Adakah pada masa itu Pas memdapat apa-apa pertolongan dari mana-mana pihak.
Seperti jua bagaiman ahli-ahli Pas terpaksa dipulihkan selepas pemimpinan mengambil alih pucuk tertinggi Pas. Bayangkan pucuk pimpinan Pas terpaksa memulihkan kembali luka yang hampir menjadi barah didalam Pas. Apakah kita lupa segala jasa-jasa mereka yang telah menyelamatkan akidah kita yang telah dipesongkan oleh Umno. Saya akan menjawab segala artikel saudara dalam penulisan saya yang akan datang.......... Insyaallah
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 13 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Syarikat pengeluar kad kredit disaran menanggung caj perkhidmatan sebanyak RM50 yang dikenakan ke atas setiap kad kredit utama bagi tahun pe...
-
Seorang blogger, Amin Iskandar telah membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan D...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8. Ketika ini ramai pemimpin Umno cuba mengintai untuk masuk ke lubuk di antara parti-parti yang be...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali...
-
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kep...
-
Inilah LOGO unit tu. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya? Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 ...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan