Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 4 Januari 2014

Tiada Muzakarah Dengan Umno Kecuali Isu Rakyat.




PAS menegaskan parti itu hanya bersedia untuk mengadakan pertemuan dan bermuzakarah dengan Umno hanya membabitkan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat dan ketirisan sahaja dan bukannya isu propaganda daripada Umno.

Jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily, pendirian yang telah ditetapkan oleh PAS jelas bahawa apa jua isu yang berkaitan propaganda tidak akan dilayan malah tidak akan ada sebarang muzakarah antara kedua-dua parti itu.

"PAS jelas dalam pendirian bahawa tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Umno jika sekadar ingin membincangkan isu propaganda yang ditimbulkan oleh mereka seperti isu perpecahan oleng Melayu, isu ancaman kaum bukan Islam dan itu semua adalah propaganda dan mainan politik umno semata-mata. Tidak ada keperluan untuk kita duduk berbincang.

"Mana ada ancaman dari orang Cina, itu semua mainan politik murahan Umno, dia timbulkan isu, lepas tu nak ajak PAS berbincang. Jelas tidak ada muzakarah dalam isu mainan politik Umno," jelasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menjelaskan PAS akan membuka ruang untuk mencari jalan perbincangan jika Umno bersedia mendengar pendapat daripada PAS dalam soal hidup rakyat yang kian tersempit disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Malah katanya lagi, kesudian PAS untuk bermuzakarah juga turut melibatkan soal ketirisan dan rasuah yang semakin meningkat dan membimbangkan.

"Jika ini isunya kita bersedia untuk berjumpa dengan Umno tapi ingat jika ada isu lain diselit, muzakarah itu tidak akan jadi," tegas beliau.

Beliau menjelaskan muzakarah dengan Umno dalam isu-isu propaganda hanya agenda politik mereka bagi mendapatkan sokongan pengundi Melayu sedangkan perkara yang dilemparkan itu tidak pernah berlaku.HD
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular