Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 10 Mac 2010

Ahmad Awang Mengaku Enggan Bincang.


Photobucket
Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini tidak menafikan dakwaan bahawa beliau bertanggungjawab menggagalkan usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak.

Bagaimanapun bekas Pesuruhjaya Pas Perak ini mendakwa, antara sebab beliau mengambil tindakan itu ialah kerana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya membangkitkan perkara tersebut melalui telefon.

“Memang dia (Harussani) ada menghubungi saya dan menyatakan inilah masanya parti Melayu bergabung dan membangunkan Islam.

“Tetapi bila saya tanya dia mengenai ceramah-ceramahnya yang mengatakan bahawa lebih 10,000 umat Islam sudah murtad dan dia sendiri menyatakan UMNO gagal dalam hal itu, dia terus diam dan meletakkan telefon. Jadi, siapa yang tidak bekerjasama,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Harussani mengenai penolakan terhadap cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak.

Harussani mendakwa, Pas Perak tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan selepas mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Jelas Ahmad, tindakan UMNO menggunakan wakil menyuarakan hasrat parti juga tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk bergabung.

“Dia (Harussani) tidak ada kaitan dengan mana-mana parti, dia mufti sahaja. Kenapa pula dia yang perlu jadi orang tengah untuk berbincang?

“Kenapa Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (bekas Menteri Besar) sendiri tidak berjumpa atau menghubungi kami.

“Masa itu, hanya beberapa orang dari UMNO sahaja bersungguh-sungguh menelefon saya minta saya sebagai pihak Pas bersetuju untuk bersepakat dengan UMNO," katanya.

Beliau berkata, sekiranya UMNO ikhlas ingin berbincang dengan Pas untuk membina sebuah kerajaan Islam, semua mufti di Malaysia perlu menasihatkan Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya meletakkan Exco berkaitan agama dalam barisan kepimpinan mereka.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular