Memang aku cukup geram dengan blog Alhusseyn, bukan selalu tetapi kadang-kadang kalau tulisan dia tidak kena dengan selera aku. Memang kami satu parti, tapi aku cawangan kereta dia cawangan lembu. Cuma yang bagusnya bila di gabung jadi kereta lembu, sedap sikit dengar.
Patutlah bila aku baca komen orang ramai dalam blog dia, kauw-kauw orang hentam dia. Padan muka dia, puas hati aku. Sebab itulah bila aku baca komen orang yang hentam dia aku hantar email kat orang tu, aku puji dia........ bagus......... tahniah........ kita sealiran, aku kata kat orang tu. Aku pun bukan kenal sangat dengan dia tu, berlagak aje lebih....... hampas tadak.
Kamu baca lah apa yang dia tulis kat blog, ikut selera dia ajer. Bukannya pandai nak ambil hati pembaca, tapi pasal tak ada pilihan, terpaksa baca juga blog dia. Geram........ geram lah juga, nak buat macam mana. Nak dijadikan cerita, masa PRK Kuala Terengganu, aku baca lah blog dia. Dia kata akan ke Kuala Terengganu dengan group-group dia satu van.
Kebetulannya aku memang nak pergi tapi tak ada member, pasal kat Ipoh aku memang tak kenal ramai orang. Jadi aku pun call lah dia dan buat temu janji dengannya. Kami jumpa kat balai raya Sungai Rokam, pejabat dia lah tu.
Kebetulan kat situ ada Cikgu Khairul........ Cikgu Khairul, tak kan kamu tak kenal. Satu Malaysia kenal dia pasal muka dia masuk berita TV3 suku dan siap dalam akhbar lagi, pasal kes kat Kuala Kangsar. Bukan terkenal kerana apa tapi muka wanted polis cari. Aku panggil dia Cikgu Taliban, kalau dia baca mesti perasan.
Kami pun bersembang lah pasal nak ke Kuala Terengganu, pergi dengan van buruk aku. Jadi adalah dua group. Group aku , Alhusseyn, Pahrul, BumiPerak dan En.Ahmad. Betul lah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bila kenal dia baru aku tahu macam mana perwatakannya. Rupanya memang dia seorang yang baik, perasan la tu. Tapi, tulisan hampas......... tak ada mutu langsung.
Memang group-group dia baik-baik orangnya. Baik Cikgu Khairul(Taliban), Pahrul, En Ahmad dan beberapa orang lagi. Tak tahu lah dia ingat ke atau tidak lagi kat aku. Aku rasa-rasa lah, dia ingat lagi kat aku.
Buat pengkritik dia yang kauw-kauw tu.............. sebenarnya beliau seorang yang komited dalam perjuangan Islam. Buka hendak memuji, tetapi itulah realitinya bila kita mengenalinya. Tulisan-tulisan yang beliau coretkan didalam blognya sebenarnya ialah untuk menyedarkan kita walaupun adakalanya tidak senada dengan kita.
Ini hanyalah satu coretan tentang pengalaman saya bila berada ditempat yang jauh daripada tempat kelahiran saya. Semoga beliau terus dan terus menulis dan mengkritik dalam melaksanakan kewajipan beliau sebagai seorang pejuang dalam gerakan Islam(PAS).
Dan tidak lupa buat Pahrul, Cikgu Khairul dan abangnya, Cik Mat dan orang-orang yang mengenali saya, dan terus menjadi sahabat di bumi yang tercinta ini. Salam berjuang buat mereka semua dan saudara-saudari, Muslimin dan muslimat dalam PAS. Semoga kita terus dan terus maju tanpa berundur walaupun berbagai-bagai halangan terpaksa kita tempuhi. Salam........................... berjuang.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 17 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan