Satu berita yang amat mengejutkan saya apabila kerajaan Umno Terengganu cuba menghidupkan semula pesta khurafat itu. Sebagai anak Terengganu, saya menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan Umno tersebut. Setelah berpuluh-puluh tahun PAS berjaya memulihkan akidah rakyat Terengganu, sekarang mereka cuba memesongkan semula akidah rakyat Terengganu.Dengan mengada dan menghidupkan semula pesta khurafat yang bercanggah dengan Islam itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za'abar Datuk Mohd. Adib berkata, ia bertujuan menjadikan pesta itu sebagai platform bagi acara pelancongan yang unik di negeri Terengganu setiap tahun.
Beliau berkata, selain itu, ia juga untuk menghidupkan kembali tradisi 'Pesta Main Pantai' yang amat sinonim dengan masyarakat Terengganu.
Mereka melakukan atau menghalalkan cara dengan memberi alasan diatas faktor pelancongan. Walau apa pun cara ataupun nama, kenapa 'pesta main pantai' cuba dihidupka kembali yang nyata ia adalah satu pesta khurafat. Ia bukanlah satu tradisi yang sinonim dengan masyarakat Terengganu seperti yang dilaung-laungkan oleh Umno. Kalau ianya sinonim dengan ahli dan penyokong Umno maka betullah apa yang dikatakan oleh Datuk Za'abar itu.
''Pesta ini bukan sahaja tertumpu kepada hiburan berbentuk karnival malah turut menonjolkan kepelbagaian aktiviti termasuk persembahan kesenian,'' katanya pada sidang akhbar Pesta Terengganu 2009 di sini hari ini.Buat Umno, sekiranya mereka ingin hidup dengan kesesatan maka dipersilakan tetapi janganlah kamu membawa rakyat Terengganu bersama.dengan kesesatan mereka. Umno sememangnya semakin sesat lagi menyesatkan.Mereka semakin jauh dari ajaran Islam dengan melakukan berbagai kesesatan dalam kehidupan mereka. Ini boleh dilihat daripada segala perbuatan dan kehidupan mereka yang semakin menjauhi tuntutan agama.
Mengenai asal usul Pesta Main Pantai, beliau berkata, pada masa lampau, ia merupakan perhimpunan keluarga petani-petani pada setiap tahun di tepi pantai untuk melepaskan penat lelah selepas menuai padi.Beliau berkata, pada tahun ini, Pesta Main Pantai tidak lagi diadakan di pantai Batu Burok.
Mengulas lanjut, Zaabar berkata, Pesta Terengganu 2009 adalah program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Perkasa Alam Terengganu.
Pesta Main Pantai adalah satu pesta permujaan yang telah dilakukan oleh orang-orang dahulu. Pesta tersebut kalau di amati, ia adalah satu pesta khurafat dengan menghanyutkan sesuatu yang boleh dikata satu persembahan kepada hantu laut. Sebagai menghargai hasil yang telah diperolehi oleh petani-petani tersebut. Antara sedar atau tidak, mereka telah melakukan satu khurafat yang membelakangkan Allah. Kerana itulah alim-ulamak di Terengganu menentang keras amalan tersebut. Sebagaimana 'main teri', iaitu satu cara perubatan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Terengganu untuk menyembuhkan penyakit dengan memuja ataupun memanggil puteri.
Apatah lagi apabila pesta itu diadakan dalam dalam keadaan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan. Ini bertetapan dengan cara hidup para pemimpin Umno. Bagi mereka agama nombor dua dalam kehidupan mereka kerana yang pertama dalam hidup mereka ialah duniawi. Tidak salah sekiranya kita mencari duniawi tetapi biarkanlah ia berlandaskan Islam. Kerana Islam sendiri tidak menolaknya, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda" Beribadatlah kamu seperti mana kamu akan mati ke esokan harinya dan bekerjalah kamu seumpama kamu akan hidup seribu tahun lagi". Memang Islam mengalakkan kita mencari kekayaan dunia kerana dalam pekerjaan , 90 peratus adalah berniaga. Tetapi ia mestilah dilakukan dengan jalan yang betul, yakni berlandaskan Islam. Mesti ada keseimbangan antara dunia dan akhirat, antara kehidupan dengan kematian, antara nafsu dengan akal.
Apakah perkara seperti ini ada pada diri para pemimpin Umno yang mengaku sebagai parti yang mendaulatkan Islam. Lihatlah dan cerminkan diri dahulu, apakah mereka betul-betul meletakkan Islam ditempat yang betul atau pun hanya mengantungkan tulisan khat di dinding rumah sahaja. Kemudian mereka berkata, lihatlah kat dinding dalam rumah aku, ada ayat Al-Quran. Apakah itu cukup untuk mencerminkan yang mereka betul-betul mendaulatkan Islam. Buat para pemimpin Umno, renungkanlah dulu diri sendiri sebelum mendabik dada dengan menyatakan yang mereka adalah betul dan orang lain adalah salah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan