yang Kenapa Pemuda Umno berselindung di sebalik Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebuah badan NGO dalam mengutuk tindakan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu kematian Teoh. Gunakan lah platform Umno sendiri dalam mengulas isu tersebut. Inilah sikap pemimpin Umno dalam isu kematian Teoh, yang kononnya ia adalah pendapat NGO. Beliau cuba mempolitikkan isu tersebut dengan mempergunakan badan bukan kerajaan untuk menunjukkanNGO tidak menyokong apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Apakah pendapat beliau boleh dikatakan mewakili keseluruhan ahli-ahli GPMS. Kita sebagai rakyat Malaysia tahu siapa sebenarnya GPMS yang sejak penubuhannya telah diperkudakan Umno, kerana sejak dari dahulu lagi ia adalah satu badan yang 100 % milik Umno. Semua pemimpin tertingginya adalah daripada Umno.
"GPMS melihat ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan boleh mewujudkan situasi tegang di kalangan rakyat. "Kita sedih dan simpati serta mengucapkan takziah terhadap keluarga Teoh, namun menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengambil kesempatan atas kematiannya," katanya.
Apakah benar apa yang dikatakan oleh beliau atau hanya cuba meneguk untuk menunjukkan kepada umum, yang mereka membela dan mahukan satu suruhanjaya Diraja dibentuk. Siapa sebenarnya yang mengambil kesempatan atas kematian Teoh. Cukuplah dengan mainan politik murahan yang beliau tonjolkan itu. Andainya Umno benar-benar ikhlas untuk membantu dalam mencari keadilan buat Teoh. Sudah lama yakni selepas kematiannya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja dibentuk kerana mereka(Umno) yang memegang kuasa. Tak payah hendak tunggu lama-lama, bak kata orang, hanya petik jari aje. Tetapi di atas kepentingan politik Umno-Bn, maka isu itu sengaja dilengah-lengahkan.
Beliau berkata, GPMS turut bersama pelbagai pihak meminta penubuhan suruhanjaya siasatan bebas untuk siasatan adil dan telus supaya keyakinan rakyat dipulihkan, sekali gus menghentikan polemik isu ini daripada diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.
Seiapa sebenarnya yang cuba menpolemikan isu tersebut, kalau tidak Umno yang cuba mengalihkan pandangan orang ramai dengan isu PKFZ yang bernilai RM 12 bilion, isu banglo mewah Khir Toyo RM 24 juta, isu sogokan RM 500 hingga RM 1,000 seorang untuk memangkah BN di Manek Urai, isu Stadium Sultan Mizan yang bernilai RM 400 juta runtuh di Terengganu, isu penyewaan helikopter kepada PDRM yang bernilai ratusan juta ringgit dan berpuluh-puluh lagi isu yang membabitkan para pemimpin Umno dan krono-kroni mereka. Jikalau hendak dibanding dengan isu kematian Teh Beng Hock dalam siasatan SPRM yang hanya bernilai RM 2,400 sahaja. Jadi, siapa sebenarnya yang mempolitikkan isu tersebut. Buat Pemimpin GPMS, janganlah menjadi jaguh di atas nama GPMS. Jangan menjadi politikus murahan atas nama keadilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan