Translate

Ahad, 19 Julai 2009

Fitnah Yang Nyata Daripada Akhbar Sinar Harian.

Saya terbaca satu etikel dalam Akhbar Sinar Harian yang hanya bertajuk YEOP yang ditulis seperti berikut; //Yeop nak tahu juga, betul ke kerajaan Barisan Nasional(BN) ketika bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir dulu tolak pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Pas Kelantan suatu ketika dahulu?. Setahu Yeop, Tun Mahathir tidak pernah tolak. Malah beliau minta Tok Guru kaji dulu. Kalau sesuai(nak laksanakan hudud), laksanakanlah di Kelantan dahulu. Itu yang Tun Mahathir beritahu kepada tok guru. Lagipun Sultan Kelantan ketika itu sudah lulus. Tapi malangnya, Pas Kelantan tak laksanakan. Mereka beri alasan Nak BN yang laksanakan diseluruh negara. Ke situ pulak. Bila orang dah beri lampu hijau, mereka pulak tak nak. Nampak sangat mereka mempolitikkan agama. Kepada penyokong fanatik parti itu, carilah maklumat yang mengatakan Tun Mahathir tolahperlaksanaan hudud. Hukum itu tidak pernah ditolak. Malah Tun Mahathir kata, kalau nak laksanakan juga, kaji dulu takut-takut ada cacat cela. Tun Mahathir kata, nak laksanakan di peringkat Malaysia memang tak boleh sebab negara ini melibatkan pelbagai kaum. Lagipun Melayu dengan bangsa lain tak banyak beza dari segi jumlah keramaian. Di Kelantan bolehlah sebab 90 peratus penduduknya adalah beragama Islam dan Melayu. Jadi, kenapa Pas Kelantan tidak mahu laksanakannya? Sultan Kelantan pun ketika itu tertunggu-tunggu juga perlaksanaannya. Tetapi sehingga kini tidak menjadi kenyataan. Yang diura-urakan oleh pemimpin Pas ialah BN atau Umno tolak hukum Tuhan. Sah BN dan Umno adalah kafir kerana terang-terangan tolak hukum hudud. Ke situ pulak mereka buat isu. BN dan Umn o juga yang dipersalahkan. Golongan seperti inikah yang hendak dihormati? Yeop membesar dalam kemelut ini. Fikiran Yeop bertambah matang menilai isu ini sehinggakan Yeop buat keputusan untuk tidak menghormati tok guru politik. Kalau dia keluar dari politik, itu Yeop hormat dan kalau boleh nak cium tangannya hari-hari nak ambil berkat kesufiannya.
Mula-mula malas yang layan dengan orang-orang seperti ini kerana tidak ada faedah langsung nak baca tulisan fitnah seperti ini. Konon-konon, bolehlah ganti Awang Selamat bila dah pencen nanti. Pasal Utusan Malaysia lagi besar pengaruhnya daripada Sinar Harian.
Memandang kan mungkin ada segelintir pembaca angkatan baru, maka saya terpaksa mengulas sedikit tentang fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan PAS Kelantan. Untuk yang menggelar dirinya Yeop, jangan ditulis apa yang kita tidak tahu dan jangan di ulas selagi kita tidak mendapat maklumat yang tepat.
Bukan nak mengajar tetapi sekadar memberi nasihat. Sekiranya hendak menjadi penulis yang betul-betul telus, kaji dan selidik dulu fakta-faktanya. Jangan sampai orang kata , tak tahu tapi buat-buat tahu. Manusia di zaman sekarang ini lebih suka mencari glamor biar pun tulisannya tidak beretika langsung. Sekurang-kurangnya belajar lah agama sedikit sebagai panduan dalam penulisan. Kita boleh tulis apa yang kita nak tulis, tapi janganlah sampai memfitnah. Bukankah fitnah itu tidur, jadi jangan dikejutkannya. Kalau hendak jadi penulis, kita hendaklah berpegang kepada prinsip. Contohnya kalau hendak tahu keburukan tanyalah musuhnya dan sekiranya hendak tahu kebaikan, tanyalah kawannya. Jadi kita terbalikkannya, untuk mencari kebenaran. Janganlah kita menyangka apabila orang memaki hamun saudara, maka saudara kata aku dapat pahala dia dapat dosa. Tetapi kita kena tahu juga kenapa orang itu memaki hamun kita sebelum kita mengira pahala yang akan kita dapat. Saya tidak takut pahala yang dapat tetapi saya takut bala yang diterima kerana Allah bagi kita kelebihan menulis tetapi kita mengejutkan fitnah daripada tidur. Berbalik kepada hukum hudud, apakah saudara pasti maklumat yang saudara dapat itu adalah tepat. Saya sebenarnya tidak mengetahui dari mana saudara mendapat maklumat tersebut. Yang pasti bukan lampu hijau yang dapat tetapi lampu merah yang berikan. Apakah kata-kata orang yang menghina Sunnah akan memberi lampu hijau kepada kerajaan Kelantan agar hukum Hudud di laksanakan di Kelantan. Sedangkan janggut Rasulullah s.a.w. pun dia hina inikan pula memberi lampu hijau untuk hukum Hudud. Tentang isu kafir mengkafir pula, saya hendak tanya saudara pemimpin PAS mana yang mengkafirkan orang Umno. Kerana isu ini bukannya boleh dipermain-mainkan macam kita bersembang di kedai kopi. Apa yang pemimpin PAS katakan ialah perkara-perkara yang boleh menjadi seseorang itu kafir, bukan menuduh. Tetapi siapa yang makan cili maka dialah yang merasa pedasnya. Kerana itulah pada tahun 80 an, PAS mencabar Umno berdebat tentang isu kafir mengkafir, sembahyang dua iman dan sebagainya melibat akidah orang Islam. Saya tidak boleh mengatakan orang Melayu kerana Melayu itu tidak mencermin kan ia seorang Islam. Apakah saudara tidak belajar daripada sejarah. Penjajah tidak sesekali memberi kemerdekaan selagi mereka tidak meninggalkan pewaris yang betul-betul akan mempertahan kan ideologi sekularismenya kepada bangsa yang dijajah. Lebih-lebih lagi apabila negara itu adalah milik umat Islam. Jadi renung-renung dan fikir-fikirlah semasa akal yang dianugerah kan oleh Allah masih lagi cergas. Tepuk dada tanya selera, jangan ditanya nafsu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular