Apabila pelbagai pihak mendesak kerajaan agar satu Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat kematian Teoh, ini bermakna orang rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis yang sudah tercalar imejnya. Desak kan daripada rakyat patut diambil kira memandangkan ia melibatkan kepentingan awam.
Memang tidak dinafikan kepercayaan rakyat terhadap pihak polis sudah hilang memandangkan pihak polis sudah hilang kredibilitinya. Banyak kes-kes yang melibatkan kepentingan awam telah disiasat dengan menyembunyikan fakta-fakta yang sepatutnya tidak dirahsiakan. Apabila ditanya alasan yang diberikan ialah takut kehilangan bukti. Itulah sahaja alasan yang diberikan, ataupun untuk menghilangkan bukti.
Seperti mana pihak polis cuba menutup bukti kematian Kugan semasa dalam tahanan polis. Alasan yang diberikan sebab-sebab kematian ialah kerana 'ASMA'. Dengan pertolongan pakar patologi, mereka cuba menyembunyikan fakta sebenar kematian Kugan yang di seksa sampai mati.
Janganlah kerana beliau seorang penjenayah maka beliau boleh di seksa sebegitu rupa. Itu bukan bermakna pihak polis boleh diberi lesen untuk melakukan penyeksaan yang membawa kepada kematiannya. Walau siapa pun dia, maka hilang sifat kemanusiaan. Salah ataupun tidak itu bukan caranya beliau diperlakukan sebegitu rupa. Apakah pihak polis sudah memegang ideologi 'matlamat menghalalkan cara'.
Dalam kes mata lebam DSAI yang terkenal itu, satu siasatan polis telah dilakukan dan alasan yang diberikan oleh Dr. Mahathir ialah DSAI mencederakan diri beliau sendiri. Apabila desakan demi desakan dilakukan, maka satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dan hasilnya ialah beliau telah dipukul oleh IGP sendiri.
Jadi tidak salah sekiranya rakyat mahukan satu Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat punca kematian Teoh yang menjadi tanda tanya berbagai pihak. TPM dan pihak polis menggesa rakyat bertenang tanpa mengeluarkan apa-apa andaian tentang kematian Teoh. Macam mana nak bertenang sekiranya pihak polis yang melakukan siasatan. kerana semua orang sudah tahu yang pihak polis memang terkenal dengan kepakarannya dalam menyenbunyikan bukti.
Jangan salah sangka, kerana ini adalah pandangan orang ramai terhadap kredibiliti pihak polis. Dan rakyat pun tahu, ini bukannya kesalahan polis dalam melakukan siasatan yang melibatkan kes berprofil tinggi kerana mereka telah di ikat tangan dan ditutup mulutnya. Kerana itulah Suruhanjaya Diraja diperlukan kerana badan itu tidak terikat kepada sesiapa dan mereka boleh memanggil sesiapa sahaja, hatta PM sendiri sekiranya ia perlu untuk melengkapkan inkuari tersebut.
Suruhanjaya Diraja akan melaporkan terus kepada Yang Dipertuan Agong. Inilah yang rakyat mahukan. Sebagaimana kes klip video Linggam yang melibatkan orang-orang yang berpengaruh di Malaysia yang boleh dikatakan cukup kebal untuk disentuh tetapi tidak bagi Suruhanjaya Diraja.
Kita tunggu dan lihat apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu kematian Teoh yang penuh misteri itu. Kalau tidak bersalah, apa yang hendak ditakutkan. Apa yang kita mahukan adalah keadilan tanpa mengira ideologi, bangsa mahupun anutan masing-masing. Jikalau perkara seperti ini berlaku kepada pemimpin Umno-Bn pun kita akan menuntut agar diberi keadilan kepada mangsa.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan aja...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20...
-
Saya tertarik kepada satu komen dibawah ini, Tanpa Nama Berkata... betul2 ke saudara ni belajar sejarah.cube siasat ape faktor utame ...
-
CHAD Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan ba...
-
Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pul...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan