Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 12 Julai 2009

Manek Urai : Ustaz Nasharuddin Mat Isa... Satu Catatan...

Aktikal ini tidak mempunyai maksud apa-apa, cuma ia adalah satu luahan daripada saya yang sudah lama saya pendangkan. Oleh kerana isu kerajaan perpaduan sudah mula reda dari di perkatakan lagi, maka inilah peluangnya untuk saya meluahkan. Sebagai seorang pemimpin tertinggi didalam pimpinan PAS Pusat, iaitu sebagai Timbalan Presiden PAS iaitu mengikut haraeki ke tiga dalam parti PAS. Dan beliau juga sudah memegang jawatan tersebut selama 3 penggal, selepas meletak jawatan Setiausaha Agung PAS Pusat. Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agong PAS Pusat oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor, beliau adalah seorang pensyarah di sebuah universiti. Apabila timbul isu kerajaan perpaduan yang di ideakan oleh Tuan Guru Presiden, maka bermulalah detik-detik hitam didalam sejarah PAS. Kerana isu itu telah diputar belitkan oleh media massa pencacai Umno. Pengikut PAS telah berpecah kepada 2 puak, satu membantah dan satu lagi menyokong. Maka timbullah puak-puak yang dinamakan pro Muqabalah dan pro Edogan. Bermacam-macam pandangan, cecaan, maki-hamun dan kritikan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai orang yang mengaku sebagai pejuang-pejuang Islam. Bermacam kritikan dilemparkan oleh puak-puak pro Edogan terhadap pro Muqabalah dan sebaliknya. Orang yang paling banyak dikritik dan dihina adalah Ustaz Nasha sendiri. Yang mana isu ini dimainkan selepas selesai Muktamar Agong PAS yang ke 55. Apa yang boleh saya simpulkan disini adalah ada calon-calon yang tidak berpuas hati apabila kalah dalam pemilihan tersebut. Oleh kerana kekalahan tersebut maka mereka mula mencari pemimpin yang boleh di kambing hitamkan. Kerana mereka nampak dan tahu yang Ustaz Nasha adalah calon yang terbaik untuk dikambing hitamkan kerana sikap beliau yang terlalu setia kepada Tuan Guru Presiden, pemimpin yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan. Maka bermulalah agenda mereka yang tersurat dan tersirat untuk kepentingan servival politik mereka yang telah ditolak oleh para perwakilan. Kemudian mereka bersembunyi dibelakang Mursidur Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz. Mereka meletakkan segala bebanan dibahu Tuan Guru Nik Aziz yang mereka merasakan Tuan Guru Nik Aziz adalah satu tempat yang selamat dalam usaha mereka itu. Kerana Tuan Guru Nik Aziz yang mengikut hareaki orang nombor satu didalam PAS. Kerana Tuan Guru Nik Aziz adalah seoang pemimpin yang paling dihormati oleh kawan dan lawan. Kerana pengaruh besar beliau dipesada politik Malaysia dan Kelantan amnya, hinggakan tidak ada yang berani memburuk-burukkan peribadi beliau, kerana sekiranya Umno-Bn menburuk peribadi beliau, pasti ia akan disanggah oleh kawan mahu pun lawan. Lihatlah bertapa hebatnya pengaruh beliau. Apabila TGNA menolak gagasan idea TGHH tentang kerajaan perpaduan maka ramai yang melontar kata-kata kesat terhadap Ustaz Nasha dan Datuk Mustapa Ali. Segala kenyataan yang beliau lakukan semuanya disanggah sebergitu hebat sekali tanpa memahami maknanya apabila nafsu sudah meresapi fikiran dan hilang segala kewarasan dalam menegakkan Islam yang menjadi simbol sepada perjuangan PAS. Apa yang saya boleh katakan yang Ustaz Nasha sebagai orang nombor 3 dalam PAS tahu sepak terajang politik Umno. Beliau pasti tidak akan merosakkan parti yang telah memberi amanah kepada beliau untuk membawa halatuju parti. Mungkin cara pendekatan yang beliau lakukan ada yang tidak kena, tetapi patutkah beliau dimaki hamun dihina dan juga sampai tahap beliau diundi di laman-laman blog. Bolehkah ini dikata berjemaah didalam ertikata sebenar buat penulis-penulis yang mengaku sebagai pendokong-pendokong PAS. Yang satu masa lagi akan mengambil alih kepimpinan didalam PAS. Bagi saya, kalau wujubnya orang-orang seperti ini didalam PAS tidak mustahil satu-satunya parti yang berlandaskan Islam di Malaysia ini akan hancur. Saya bukan hendak membela sesiapa dalam isu kerajaan perpaduan ini kerana saya sendiri memang penentang total Umno. Kerana saya sudah merasai bagaimana peritnya hidup di bawah pemerintah Umno. Dan saya pasti akan menentang sekiranya PAS akan bergabung dengan Umno. Bagi penulis-penulis muda, saya ingin bertanya apakah kamu sudah merasai bagaimana hidup dibawah pemerintahan Umno-BN. Apakah kamu sudah merasa keperitannya, disisih, dianak tirikan dibumi sendiri dan banyak lagi kejahatan yang Umno lakukan terhadap bangsa mereka sendiri. Tetapi sebagai parti yang berlandaskan Islam, PAS sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk duduk semeja berbincang dalam memperkasakan lagi Islam Di Malaysia. Kita tidak pernah menutup pintu rundingan, biarpun untuk Umno sendiri. Kerapa kita menolak perkara yang baik, kerana marahkan pemimpin Umno maka kita menolak Umno sepenuhnya. Sebenarnya apa yang para pemimpin PAS lakukan baik melalui muqabalah, muzakarah ataupun debat ianya lebih kepada untuk berdakwah kepada anak-anak orang Umno. Kerana itulah kita minta diadakan secara terbuka, tidak secara terutup agar orang ramai akan dijelaskan makna sebenar parti Umno, apa yang diperjuangkan, Islamkah mereka dan bermacam-macam lagi. Kalau setakat hendak berdakwah kepada para pemimpin Umno, lebih baik kita berdakwah pada liang lampu. Kerana para pemimpin Umno ini sudah terlalu banyak sangat tahi telinga untuk mendengarnya, dah terlalu padat. Karat yang ada pada mereka pula dah tak boleh pakai berus besi. Jadi apa yang patut kita sasarkan adalah anak cucu mereka. Apakah kita lupa tentang peristiwa Taif semasa Rasulullah s.a.w. pergi berdakwah disana, Baginda disambut dengan lontaran-lontaran batu dan jalan yang Baginda lalui diletakkan duri-duri sehingga berdarah seluruh badan dan kaki Baginda. Kemudian Baginda bersandar disebatang pohon kurma kerana keletihan dan kesakitan. Lalu datang Malaikat Jibrail memohon keizinan Rasululah s.a.w. untuk menghancurkan penduduk Taif tetapi ditolak oleh Baginda dengan berkata, sekiranya penduduk Taif menolak Islam pasti akan datang anak-anak dan cucu-cucu mereka akan memeluk Islam. Lihatlah bagaimana cara Rasulullah menyebarkan Islam. Tidak dapat ibubapa, mungkin akan dapat anak cucu mereka. Kerana itulah saya mengatakan ada yang tidak berpuashati dengan Presiden Dan Timbalannya. Cuma mereka tidak beberapa berani untuk mengaitkan Tuan Guru Presiden kerana pengaruh beliau masih lagi hebat dan masih ramai lagi yang akan mempertahankan TGHH. Dan apabila isu tersebut telah selesai secara kekeluargaan, masih ada lagi suara-suara sumbang cuba menghidupkan kembali isu tersebut. Ini boleh dilihat dihari penamaan calon Manek Urai dimana kelibat beliau tidak kelihatan begitu ceramah-ceramah yang mana nama beliau tidak disenaraikan. Tetapi disangkal oleh TGNA yang membuatkan duri dalam daging ini kepanasan sama dengan KJ. Selepas ini apa pula perancangan mereka terhadap Ustaz Nasha. Kita tunggu dan lihatlah sahaja nantu. Sebelum itu tentang gambar TGHH tidak dinaikkan di Manek Urai, satu perkara yang amat malang bagi PAS apabila terdapat orang-orang seperti ini. Semuanya ada agenda mereka sendiri. Sudah tiba masanya PAS melakukan pembersihan dari dalam walaupun ia tidak akan menyenangkan sesetengah pihak. Biarlah kita kalah dalam pilihanraya daripada kita menyimpan manusia-manusia seperti ini. Yang bertopengkan Islam tetapi hati lebih cenderung kepada Umno.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular